Satu perkara yang biasa ditanya kepada orang bujang ialah bila nak kahwin. Bila itu sudah dicapai, soalan cucu pula ditanya. Mungkin bagi sesetengah orang, itu bukan satu isu. Tetapi bagi pasangan ibu bapa di India, ketiadaan cucu selama enam tahun mendorong mereka menyaman anak mereka sendiri baru-baru ini.

Pasangan Sanjeev, 61, dan Sadhana Prasad, 57, melihat selepas membelanjakan sejumlah besar wang untuk membesarkan dan membiayai perkahwinan anak mereka Shrey Sagar, 35, maka cucu merupakan hadiah terbaik yang patut diberi kepada mereka. Saman difailkan di mahkamah Haridwar, Uttarakhand atas alasan isu ini mengganggu kesihatan mental mereka.

Dalam keterangannnya di mahkamah, Sanjeev memberitahu dia telah membelanjakan semua wang simpanan untuk membesarkan Shrey. Ini termasuk membiayai pengajian di sebuah sekolah penerbangan di Amerika Syarikat pada 2006. Ini bagi merealisasikan impian Shrey bergelar juruterbang.

Selepas kembali ke India setahun selepas itu, dia meraih pekerjaan sebagai juruterbang. Bagaimanapun, krisis ekonomi 2007-2008 mengakibatkan Shrey kehilangan pekerjaannya. Ini memaksa Sanjeev dan Sadhana terpaksa menyokongnya dari segi kewangan selama lebih dua tahun.

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

Setelah keadaan kembali pulih, pasangan Prasad menjodohkan Shrey dengan seorang wanita bernama Shubhangi Sinha, 31, pada 2016. Mereka berharap menerusi perkahwinan itu, mereka mendapat cucu sebagai teman pada hari tua mereka. Untuk perkahwinan Shrey, pasangan Prasad bukan saja membiayai majlis resepsi yang mewah tetapi membiayai percutian bulan madu mereka.

Tetapi selepas enam tahun berkahwin, pasangan itu langsung tidak menunjukkan tanda mahu mendapatkan zuriat. Dan ini merupakan sesuatu yang mengecewakan buat pasangan Prasad yang ingin dipanggil nenek dan datuk oleh bakal cucu mereka. Ini tidak dibantu oleh kata nista orang sekeliling – situasi yang pasti menambah tekanan pada mereka.

Sehingga artikel ini ditulis, tiada maklum balas yang dibuat oleh Shrey terhadap saman yang dikemukakan ibu bapanya. Petisyen saman yang difailkan akan didengar di makhkamah pada 17 Mei ini.

Jadi, mengapa hal pelik ini berlaku di India? Rupanya, ia ada kaitan dengan persepsi perkahwinan di India. Menurut pakar antropologi sosial Profesor AR Vasavi, persepsi perkahwinan di India bukan berkisar tentang pasangan semata-mata. Sebaliknya, perkahwinan dianggap penyatuan dua buah keluarga dengan mengharapkan kehadiran cucu merupakan satu norma.

Tambah Prof Vasavi lagi, keluarga berhak meminta pasangan dikurniakan anak kerana di India, institusi perkahwinan melihat proses kelahiran sebagai sesuatu yang suci. Apabila seseorang itu berkahwin, maka pasangannya perlu melahirkan anak bagi meneruskan kesinambungan sesebuah keluarga, kasta dan masyarakat.

Selain itu, ia juga mempunyai hubungkait dari kos ekonomi sesebuah keluarga. Prof Vasavi menambah, para ibu bapa berharap selepas membelanjakan banyak wang untuk membesarkan dan memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak, apa yang dimahukan mereka hanyalah seorang cucu. Dengan cucu, si anak dianggap telah memenuhi kewajipannya dari segi budaya kepada ibu bapanya.

Hal ini terpakai kepada semua orang di India dari golongan miskin hingga jutawan dan figura terkenal.  Mungkin ia sukar dipercayai tetapi ia turut ditekankan oleh jutawan terkenal Mukesh Ambani.

Siapa sangka Mukesh Ambani juga terikut norma masyarakat India iaitu keperluan mempunyai cucu. Sumber: Getty Images

Menurut wartawan Ritu Agarwal, hal ini mula sensasi pada 2019. Ini selepas Ambani memberi ‘petunjuk besar’ kepada menantu barunya, Shloka, sudah tiba masanya keluarga Ambani mempunyai ahli keluarga baru. Mesej ini terkandung dalam satu video ucapan selamat hari jadi kepada menantunya itu. 18 bulan selepas itu, Shloka selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

Mahkamah Agung India sememangnya mengiktiraf kewajipan moral dan undang-undang seorang anak kepada ibu bapanya termasuk menjaga mereka pada hari tua. Tetapi isu berkenaan kelahiran anak tidak semestinya tertakluk kepada wanita semata-mata. Ini kerana dalam sesetengah kes, si suami yang merasakan belum masa sesuai untuk membesarkan keluarga yang baru dibina.

Bagi Srishti (bukan nama sebenar), 28, dia merasa rimas bila ditanyakan hal sebegini. Kali pertama hal ini ditanya ialah enam bulan selepas perkahwinan dengan suaminya, seorang pengatur program komputer dilangsungkan. Tetapi kedua-duanya merasakan ini bukan masa sesuai untuk menambah anak. Sejak itu, hal ini dibangkitkan lebih tujuh kali setiap kali bertemu baik belah keluarganya mahupun keluarga mentuanya.

Ini kerana perkahwinan mereka merupakan perkahwinan yang diatur keluarga. Bagi mereka, lebih baik masa ini dihabiskan dengan mengenali dengan lebih rapat antara satu sama lain dan membina karier masing-masing. Selain itu, mereka juga harus bersedia dalam pelbagai aspek sekiranya mahu menyambut orang baru dalam keluarga.

RUJUKAN

Pandey, G. (2022, 15 Mei). Why an Indian couple is suing their son over grandchildren. BBC News.

Jackson, P. (2022, 14 Mei). Couple in India sue son for not giving them a grandchild. BBC News.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply