Semenjak akhir-akhir isu Baitulmaqdis dan palestin semakin hangat menjadi bualan masyarakat islam di seluruh dunia. Hal ini terjadi setelah presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan Jerusalem sebagai ibu kota kerajaan Israel. Tindakan Trump pastinya membangkitkan kemarahan jutaan umat Islam di seluruh dunia lebih-lebih lagi Masjidil Al-Aqsa merupakan tempat berlakunya Isra’ Mi’raj Nabi SAW, kiblat pertama umat Islam serta bumi para Anbiya.

Tindakan Trump ini turut mendapat kutukan daripada pemimpin dunia islam seperti di Malaysia, Turki, Arab Saudi, Jordan dan Mesir. Oleh itu, saya merasakan alangkah baik kita disegarkan dengan kisah Sultan Uthmaniyah iaitu Sultan Abdul Hamid II (1876-1909) mempertahankan bumi Palestin dari digadai kepada golongan Yahudi melalui pertubuhan Zionist ketika itu diketuai oleh Dr. Thedore Herzl.

Segalanya bermula pada tahun 1899, apabila Herzl menyatakan pada pembukaan persidangan Zionis ketiga bahawa hubungan mereka dengan kerajaan Turki Uthmaniyah harus dipertingkatkan sehingga pendatang asing Yahudi berjaya membina penempatan Mereka di Palestin di bawah naungan kerajaan Uthmaniyah demi merealisasikan hasrat mereka menubuhkan negara Yahudi di Jerusalem.

Herzl meyakini bahawa kerajaan Uthmaniyah adalah kunci utama kepada projek yahudi bagi menguasai tanah Palestin yang ketika itu di bawah kekuasaan kerajaan Uthmaniyah. Bahkan dua hari sebelum persidangan bermula Herzl telahpun menghantar sepucuk surat kepada Sultan Abdul Hamid II. Antara kandungan surat itu ialah “…anggota-anggota zionis bersidang di dalam persidangan Brazil menganggap bahwa adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk berlaku ikhlas dan menghargai layanan baik tuanku terhadap rakyat tuanku yang berbangsa yahudi. Angota-anggota Zionis juga ingin memberi bantuan kepada saudara-saudara mereka yang merempat di negara-negara Eropah dan memberikan saham di dalam menambah kemakmuran dan keagungan empayar Uthmaniyah. Mereka juga amat berharap dengan penuh ikhlas agar permohonan ini mendapat perkenan dan galakan daripada kebijaksanan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Waktu ini juga dianggap waktu plaing sesuai buat Herzl untuk mendapat keizinan daripada kerajaan Uthmniyah untuk penempatan yahudi di Palestin kerana berlakunya kegawatan ekonomi dalam Empayar Uthmaniyah apabila hutang negara pada waktu itu berjumlah 190 juta lira Turki.

Oleh itu, Herzl menawarkan khidmat pemodal dari yahudi. Bagi Herzl bantuan kewangan ini mampu memulihkan krisis dalam Uthmaniyah yang bergitu rumit untuk diselesaikan. Namun begitu, Sultan Abdul Hamid II tidak menghiraukan segala tawaran Herzl dan baginda tidak memberikan apa-apa jawapan. Herzl juga berusaha untuk berjumpa Sultan Abdul Hamid II namun segalanya gagal. Kegagalan berjumpa dengan Sultan Abdul Hamid II ini menyebabkan Herzl meminta ketua editor Barid al-Sharq dari Austria dan sahabat baik Sultan Abdul Hamid II iaitu Neolinski memberitahu Sultan Abdul Hamid II supaya menyerahkan pingat kepadanya.

Tujuannya adalah seperti yang dinyatakan oleh Herzl dalam memoirnya iaitu “…jika baginda enggan berjumpa dengan saya, paling kurangnya sepatutnya baginda memberi satu bukti kepada saya bahawa selepas baginda mendengar cadangan saya kemudian baginda menolaknya dan baginda mahu hubungan antaranya dengan saya masih kekal maka baginda mengurniakan saya satu pingat kehormatan darjah tinggi yang membuktikan perkara ini misalnya. Saya mahukan satu bukti di hadapan mereka yang saya akan berurusan dengan mwreka di london yang menunjukkan bahawa sya diterima oleh baginda.”

Hasrat ini tercapai apabila Neolinski datang kepada Herzl kemudian memberi kotak yang mengandungi pingat komodor darjat tertinggi. Namun selepas 4 bulan Herzl melakukan penghinaan pada pingat itu dengan menyerahkannya kembali kepada duta Turki.

Langkah Herzl menggunakan sahabat Sultan Abdul Hamid II bagi memujuk baginda membenarkan penempatan Yahudi di Palestine tidak berjaya apabila apabila Sultan Abdul Hamid II mengutus surat kpada Neolinski dengan berkata “…jika Herzl adalah sahabat anda sebagaimana anda adalah sahabat beta. Maka nasihatilah dia bahawa janganlah dia bergerak walaupun satu langkah ke hadapan dalam masalah ini. Beta tidak mampu untuk menjual satu incipun daripada bumi ini.

Kerana tanah air ini bukan milik beta tetapi ia milik adalah rakyat beta yang mendirikan empayar ini melalui titisan darah mereka. Beta akan memberikan tirisan darah beta sebelum membenarkan sesiapapun merampasnya daripada beta. Dua ketumbukan tentera Syria dan palestin (Arab) telah berperang di Balkan dan seorang lepas seorang mendapat syahid kerana tiada seorangpun di kalangan mereka rela menyerah diri. Mereka lebih suka mati di medan perang. Empayar ini bukan milik beta tetapi milik rakyat beta, Turki Muslim. Oleh kerana itu beta tidak boleh memberi mana-mana
bahagian empayar ini kepada siapapun.

Orang Yahudi hendaklah meyimpan sahaja wang mereka yang berjuta-juta itu. Mereka mingkin berjaya mendapatkan Palestin tanpa sebarang bayaran jika empayar ini dipecahkan-pecahkan tetapi tubuh beta sahaja yang boleh dipisah-pisahkan. Beta tak akan benarkan tubuh beta dibedah ketika masih hidup.”

Kegagalan ini menyebabkan Herzl menggunakan Maharaja Jerman iaitu Wiliem II untuk memujuk Sultan Abdul Hamid II membenarkan penempatan Yahudi di Palestin. Namun usaha ini masih lagigagal. Kegagalan ini menyebakan kemarahan Yahudi yang menguasai media dunia. Oleh itu mereka berusaha memburuk-brukkan Sultan Abduk Hamid II nelalui akhbar dan menyatukan musuh-musuh sultan yang terdiri daripada pendokong fahaman Demokrasi. Tugas penyatuan ini diusahakan oleh pengurus besar Freemason di Itali kerana jarak yang dekat dengan empayar Uthmaniyah.

Namun Herzl masih merancang segala muslihatnya untuk memujuk dan melembutkan hati Sultan abdul Hamid II. Antara tawaran yang dilakukan olehnya untuk memujuk Sultan abdul Hamid ii ialah:

1. Mengembalikan Cyprus kepada Kerajaan Uthmaniyah atau menggantikan wilayah oleh baginda dengan Palestin

2. Menubuhkan unversiti di Al-Quds kepada pelajar Islam dan mereka tidak perlu lagi ke Universiti Eropah. Oleh itu pelajar Islam tidak akan terpengaruh dengan ideologi di Eropah. Herzl juga berjanji, tenga pengajar terdiri daripada guru yahudi terbaik dalam semua pengkhususan.

3. Membantu Kerajaan Uthmaniyah menyelsaikan konflik di Armenia.

Namun segala tawaran ini tetap ditolak oleh Sultan Abdul Hamid II. Demi mengadakan temu janji dengan Sultan Abdul Hamid II, Herzl telah menghantar berpuluh-puluh surat menggunakan bahasa perhambaan. Namun surat-surat itu tidak mendapat persetujuan untuk surat-surat dengan baginda. Herzl juga menjemput wakil Uthmaniyah ke persidangan Zionis Munich pada tahun 1897 untuk membuktikan ketaatan mereka kepada Uthmaniyah.

Beliau juga menggunakan pegawai Uthmaniyah iaitu Nuri Pasha untuk membantunya mengatur pertemuannya dengan Sultan Abdul Hamid II dan menjanjikannya jumlah harta yang banyak. Herzl juga menawarkan pinjaman segera iaitu 8 juta Lira untuk memberikan saham landasan dalam pembinaan keretapi hijjaz yang merupakan projek mega Sultan Abdul Hamid II. Beliau juga turut berjanji akan memberhentikan segala serangan akhbar tehadap Sultan Abdul Hamid II dan empayar Uthmaniyah.

Namun tawaran ini masih lagi tidak berjaya dalam usaha mengatur pertemuannya dengan Sultan Abdul Hamid II. Kegigihan Herzl dalam menjayakan agenda penempatan Yahudi di palestin sebagai permulaan mewujudkan negara israel sehingga beliau sanggup menggunakan segala tipu helah hingga bersetuju dengan idea Neolinski iaitu Sultan Abdul Hamid II sendiri akan menguruskan Pertubuhan Zionist dan mengisytiharkan kepada orang Yahudi bahawa baginda akan menyerahkan Palestin kepada mereka sebagai wilayah di bawah kekuasaan baginda dengan mempunyai undang-undang dan tentera sendiri. Faedahnya, orang yahudi akan membayar cukai 1 juta pound setiap tahun kepada baginda. Namun Sultan Abdul Hamid II dengan tegas menolak segala tawaran herzl.

Usaha demi usaha dilakuan oleh Herzl untuk berjumpa Sultan Abdul Hamid akhirnya berjaya pada Mei 1901, beliau telah berjumpa Sultan Abdul Hamid II dengan bantuan secara langsung dari pegawai kanan istana Yaldiz. Dalam perjumpaan Herzl menyakinkan Sultan Abdul Hamid II bahawa Bank-Bank Yahudi akan membantu Uthmaniyah mengurangkan hutang semenjak tahun 1881M. Herzl juga berjanji akan merahsiakan perbualan mereka.

Sepanjang pertemuan Sultan Abdul Hamid II lebib banyak mendengar idea, agenda dan pandangan Herzl. Tindakan Sultan Abdul Hamid II menyebabkan Herzl yakin bahawa ideanya akan diterima Sultan Abdul hamid II namun akhirnya Herzl menyedari usahanya gagal dan mencapai jalan buntu. Herzl juga menyedari bahawa usahanya selama ini hanya sia-sia dan tidak akan berjaya.

Dia dipetik berkata:

“Melalui perbincangan dengan Sultan Abdul Hamid II , saya merasakan bahawa kita tidak boleh mengharapkan Turki melainkan setelah keadaan politik mereka berubah atau dengan melibatkan Turki dengan peperangan yang akan mengalahkan mereka atau melibatkan mereka dalam krisis dunia atau kedua-dua sekaligus.”

Sultan Abdul Hamid II berpendapat penempatan yang diberikan kepada orang Yahudi asing dari luar jajahan Uthmaniyah terutamanya dari Russia akan membahayakan dominasi kaum Arab di kawasan itu. Baginda berkata, “…kita mempunyai jumlah Yahudi yang mencukupi. Jika kita mahu mengekalkan dominasi Kaum Arab, kita perlu menolak idea penempatan pendatang asing di Palestin. Kaum Yahudi ini jika menduduki sesuatu kawasan mereka akan menguasai sepenuhnya kawasan tersebut dalam waktu yang singkat. Ini bermakna kita akan mengundang maut kepada saudara seagama kita.”

Selain itu, Sultan Abdul Hamid II mengetahui segala hasrat yang diberitahu Zionis kepadanya hanyalah muslihat. Dalam memoirnya Sultan Abdul Hamid II berkata:

“Ketua Zionis Herzl tidak akan mampu menyakinkan saya dengan pandanngan beliau . Beliau pernah berkata isu Yahudi akan selesai ketika yahudi berkuasa di bawah pimpinan mereka sendiri. Pandangan beliau benar kerana beliau cuba mencari bumi selamat untuk saudara-saudara Yahudinya. Cuma beliau lupa kebijaksanaan sahaja tidak mampu menyelesaikan semua masalah. Zionis tidak akan berpada dengan kerja pertanian di Palestin. Mereka akan menuntut sperti pembentukan kerajaan atau pemilihan calon. Saya amat memahami cita-cita mereka.

Cuma Yahudi terlalu bodoh menyangka saya akan menerima segala usaha mereka. Walaupun rakyat kita berbangsa yahudi yang berkhidmat di istana, namun saya menolak impian dan cita-cita mereka menduduki Palestin.”

Sultan Abdul Hamid II juga tegas mempertahankan Baitulmaqdis atau Jerusalem dengan berkata “…kenapa kita nak lepaskan Al-Quds. Ia adalah bumi kita selama-lamanya da ia akan kekal selama-lamanya bumi kita. Ia adalah salah satu kota suci kita. Ia terletak di Bumi islam. Oleh itu Al-Quds akan sentiasa milik kita.”

Kesimpulan

Ketegasan Sultan Abdul Hamid II mempertahkan tahan Palestin menyebabkan gerakan zionis merancang menjatuhkan baginda. Oleh itu mereka berkerja-sama denga gerakan yang memusuhi Sultan Abdul Hamid II seperti Freemason dan kaum Turki Muda sehingga baginda berjaya dijatuhkan pada tahun 1908. Timbul persoalan meskipun Sultan Abduk Hamid II dengan jelas tidak akan menerima agenda Zionis namun mengapakah pintu rundingan masih terbuka? Jawapannya:

1. Memberi tekanan kepada Bank Eropah memberi kelonggaran dan kemudahan kepada kerajaan Uthmaniyah.

2. Membangkitkan persaingan negara Eropah.

3. Baginda tidak mahu ditampilkan sebagai penindas orang Yahudi

Oleh itu umat islam harus mencontohi ketegasan sultan Abdul Hamid II dalam mempertahankan bumi Al-quds. Lihatlah baginda sanggup mempertahankan bumi suci ini walaupun janji Herzl berjanji bulan dan bintang.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nama Diberi Muhammad Iqbal Harraz bin Mohd Yaakub. Masih lagi belajar di UiTM Rembau di dalam jurusan diploma mascomm. Sangat meminati sejarah Islam dan suka berkongsi apa yang dibaca kepada orang ramai. Berpegang kepada prinsip "yang Benar tetap Benar".

Comments are closed.