International Teachers Day jatuh pada 5 Oktober. Tapi di Malaysia, Hari Guru ditetapkan pada 16 Mei. Tahu tak kenapa?
Kerana 16 Mei 1956 merupakan tarikh pelancaran Penyata Razak (“Report of the Education Committee 1956” oleh Tun Abdul Razak Hussein, Menteri Pendidikan) yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan. Guru sebagai peneraju utama pelaksanaan dasar pendidikan, maka 16 Mei ditetapkan sebagai Hari Guru di Malaysia.
Di Sekolah Persendirian aliran Cina pula, Hari Guru selalunya disambut pada 28 September untuk memperingati hari kelahiran Confucius yang diagungkan sebagai “adiguru”.
Bagi pejuang pendidikan Cina, 16 Mei bukan sebuah hari yang patut diperingati. Kerana dalam Penyata Razak ada dinyatakan:
“Tujuan akhir dasar pendidikan ini ialah untuk menyatukan budak-budak daripada berlainan bangsa ini di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimanapun kemajuan ke arah ini hendaklah dilaksanakan dengan berperingkat-peringkat dan tidak boleh dipaksa secara mendadak”.
Walaupun Penyata Razak telah mewujudkan dua aliran sekolah iaitu SRK dan SRJK, tujuan akhirnya adalah untuk menyatukan semua anak Malaysia di bawah satu sistem pendidikan. SRJK Cina dan Tamil hanyalah “temporary measure”. Jadi pejuang pendidikan vernakular melihat Penyata Razak sebagai satu ancaman kepada kelangsungan hidup kepada jenis pendidikan yang mereka perjuangkan.
Isu pendidikan Cina isu yang sensitif. Saya pun tak nak bincang secara lanjut. Cuma saya pun berasal dari SRJK Cina dan nyaris melanjutkan pelajaran ke Sekolah Persendirian.
Biasanya semasa Darjah 6, murid-murid SRJK Cina semua dah kena buat keputusan nak pergi ke SMK atau Sekolah Persendirian. Sekolah Persendirian yuran mahal, syarat pun ketat: kena skor paling kurang 4A dalam UPSR. Saya layak jugalah, cuma tak tau kenapa, tak tergerak hati nak pergi ke sana.
Kawan-kawan semua pakat pergi ke SMK yang majoriti Cina, tinggalkan saya seorang-seorang kat SMK yang majoritinya Melayu. Mungkin blessing in disguise kot, kalau tak, tiadalah Ayman Rashdan Wong seperti yang ada pada hari ini.
Kalau di Singapura lain cerita pula. Sekolah Cina dan Tamil dihapuskan oleh Lee Kuan Yew dengan sepenuhnya. Malah Universiti Nanyang (satu-satunya universiti yang bermediumkan Bahasa Mandarin di luar China dan Taiwan) pun Uncle Lee convert jadi universiti Bahasa Inggeris. Uncle Lee walk the talk. Singaporean Singapore. Dan pengalaman Singapura membuktikan penyatuan sistem persekolahan tidak menjejaskan kebolehan kaum Cina untuk mempelajari Bahasa Mandarin.
Kita? Nation-building masih long way to go. Dengan perkembangan sekarang, memang jauh lagi lah perjalanan kita.
Tapi apa-apa pun, Selamat Hari Guru. Ini saja tujuan saya up status ini. Yang kat atas tu semua cerita bawang ekstra semata-mata. Jangan ambil serius sangat.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih