Fenomena UFO sekian lama sinonim dengan kehidupan seharian kita sebagai warga Bumi. Kehadiran ‘mereka’ sama ada rekaan semata-mata atau benar-benar berlaku sememangnya membuatkan kita terfikir akan kewujudan hidupan selain kita di angkasa lepas. Teknologi angkasa yang semakin canggih juga telah hidangkan kita akan kewujudan segala isi di alam semesta seperti bintang, planet, galaksi, dan kluster (kumpulan para galaksi).

Namun, satu persoalan penting yang menjadi tanda tanya sehingga sekarang. Mengapa kita masih sukar menemui makhluk asing ini? Adakah makhluk asing ini sengaja tidak menonjolkan diri secara umum atau sememangnya rekaan sahaja demi menakutkan warga dunia

Star Trek, antara siaran TV bersiri sci-fi yang menjadi pencetus minat terhadap tamadun di luar Bumi. (Sumber: IMDb)

Bagi menjawab soalan ini, terdapat satu kajian bertajuk “The Number of Possible CETIs within Our Galaxy and the Communication Probability among These CETIs” telah diterbitkan oleh dua orang pengkaji bernama Wenjie Song dan He Gao dari Department of Astronomy di Beijing Normal University. Kajian ini mengemukakan soalan: Berapa lama lagi manusia harus hidup demi mengetahui kewujudan makhluk asing ini?

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Jawapannya? Sehingga 400,000 tahun.

400,000 tahun adalah tempoh yang mustahil bagi spesis Homo Sapiens yang bertahan hidup selama sekitar 200,000 tahun dan hanya menemui ilmu pertanian sekitar tahun 12,000 tahun. Namun, 400,000 tahun adalah tempoh yang tidak mustahil jika tamadun manusia mampu mencapai tempoh ini dengan teknologi pengubahsuaian ke atas manusia.

Usaha Menemui Tamadun Luar Bumi

Sumber gambar: Big Think

Mempelajari tamadun lain di luar Bumi adalah sukar kerana kita hanya mempunyai satu-satunya data hidupan, iaitu Bumi. Tetapi para saintis tetap mencari jalan apa sekalipun demi menemui tamadun hidupan luar Bumi ini atau dikenali dengan nama Communicating Extraterrestrial Intelligent Civilizations (CETIs).

Contohnya ialah kajian hidupan luar Bumi pada tahun 2020, menunjukkan bahawa terdapat 36 CETIs di dalam Bima Sakti! Walau bagaimanapun, kajian ini hanya anggaran saja dan berapa banyak CETIs di Bima Sakti masih lagi misteri, hanya bergantung harap kepada teknologi angkasa.

Untuk mengetahui jumlah CETIs di Bima Sakti ini, kita harus mneggunakan pengiraan matematik bernama Persamaan Drake (Drake Equation). Persamaan Drake adalah pengiraan asas untuk mencari hidupan di luar Bumi. Perlu ingat, jumlah CETIs bergantung kepada tempoh kita berpeluang melihat makhluk asing tiba di Bumi. Jika banyak tamadun luar Bumi, peluang tinggi kita menemui mereka.

Namun persamaa ini terdapat kelemahannya yang telah dibongkar oleh ahli akademik sendiri. Kelemahan itu ialah Persamaan Drake mempunyai pembolehubah yang tidak selari dengan sangkaan, maka jumlah CETIs kadang kala tidak masuk akal seperti bercampur dengan jumlah planet tidak berpenghuni. Namun begitu, Persamaan Drake hanyalah pengiraan hipotesis berbanding pengiraan sebenar.

Jadi, bagaimana kedua-dua saintis ini mampu anggarkan tempoh 400,000 tahun untuk menemui makhluk asing jika jumlah CETIs dalam Bima Sakti masih samar-samar?

Kita merujuk kembali kajian tahun 2020 yang mendakwa mereka anggarkan sebanyak 36 CETIs ini. Pengiraan ini sebenarnya pengiraan jumlah CETIs yang termasuk dengan sejarah formasi pembentukan galaksi, dan jumlah bintang yang memberikan hidupan terhadap planet seakan-akan Bumi yang berada di dalam zon habitat (habitable zones). Pengiraan ini mereka percaya, sekurang-kurangnya mendapat jawapan jumlah CETIs yang sebenar.

Kajian tahun 2020 ini membawa 2 parameter yang menghasilkan pengiraan sebegini. Pertama ialah berapa jumlah planet yang berpenghuni dan perubahannya mencapai tamadun yang maju. Kedua, apakah peringkat bintang yang menyokong planet berhabitat ini.

Kemudian para pengkaji ini menjadikan parameter ini sebagai pembolehubah dalam pengiraan mereka. Kebarangkalian untuk hidupan hadir dan berevolusi menjadi CETIs merujuk kepada (fc), manakala peringkat bintang pula merujuk kepada (F). Song dan Gao menggunakan pengiraan ini dan memecahkan kepada dua keadaan: optimistik dan pesimis.

Dalam keadaan optimistik, katakan nilai F = 25% dan fc = 0.1%. Maka, sebuah bintang mempunyai sekurang-kurangnya 25 peratus untuk memastikan hidupan dalam planet yang mengorbit mencapai CETIs dan hanya 0.1 peratus peluang untuk wujudkan CETIs. Jumlah CETIs yang wujud ialah 42,000 namun jumlah ini tidak hadir dengan serentak. Mungkin di masa akan datang wujud CETIs yang baru.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Dengan jumlah sebegini, manusia hanya memerlukan 2,000 tahun lagi untuk menemui makhluk asing. Mungkin telah ramai komuniti makhluk asing dari planet lain bdalam Bima Sakti erjaya berhubung sesama sendiri, hanya menunggu manusia ikut serta.

Bagaimana jika Bima Sakti berada dalam keadaan pesimis? Katakan nilai F = 75% dan fc = 0.001%. Sebuah bintang tidak mampu menampung kehidupan planet berhabitat. Mungkin tidak berupaya mencapai CETIs. Peratusan wujudkan CETIs juga sangat rendah. Maka, jumlah CETIs yang wujud di Bima Sakti adalah 111, Dengan jumlah inilah manusia berkemungkinan berhubung dengan makhluk asing dalam tempoh 400,000 tahun, seperti apa Song dan Gao anggarkan.

Kesimpulan dari kajian tahun 2020, kebarangkalian manusia berhubung dengan makhluk asing bergantung kepada keadaan Bima Sakti yang menyimpan kepelbagaian planet terutamanya planet berhabitat yang masih tidak diketahui jika wujud sebarang kehidupan, terutamanya wujudnya tamadun luar lebih canggih.

Sumber gambar: Science Alert

Kita tidak tahu apakah masa dengan manusia jika kita teringin berhubung dengan makhluk asing yang sekian lama mengetahui kehadiran kita (jika mereka mencapai kecanggihan teknologi yang mampu meneroka angkasa lebih jauh). Mungkin manusia akan berhaddapan dengan Great Filter, iaitu fasa ‘penapisan’ di mana populasi manusia mengurang sehingga wujud manusia-manusia yang ‘survive’ dengan segala bencana alam dan manusia.

Mungkin juga kita menjadi penghuni planet Marikh atau Martian, menjadi sebahagian dari koloni luar Bumi yang diusahakan jutawan terkenal seperti Elon Musk ini. Mungkin juga kita menjadi manusia yang ‘super’ setelah teknologi ubahsuai genetik sebati dalam diri kita, sehingga kita menjadi spesis paling bertahan berbanding spesis hidupan lain.

Dengan kebarangkalian ini, menunggu selama 400,000 tahun demi berhubung dengan makhluk asing adalah tidak mustahil. Namun begitu, kita hanya merancang saja. Hanya Tuhan saja mengetahui apakah nasib manusia di masa akan datang, atau berpeluang untuk menghubungi makhluk asing yang sekian lama kita impikan.

RUJUKAN:

Gough, Evan. 3 May 2022. Humanity May Not Hear From Aliens For 400,000 Years, Scientists Say. Science Alert.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply