Semiramis.

Nama yang unik, bukan? Namun nama ini tidak pernah wujud dalam kalangan kita yang menetap di Asia Tenggara khususnya Malaysia. Tahukah anda bahawa nama ini popular dan biasa digunakan oleh masyarakat Asia Barat?

Banyak monumen di Asia Barat dan Asia Kecil (Turki) mengambil nama Semiramis sebagai nama sesebuah monument itu. Kaum ibu dari Iran, Iraq, Turki dan Syria menjadikan nama Semiramis sebagai nama anak perempuan. Begitu juga dengan nama-nama lokasi di zaman tamadun Mesopotamia seperti Media, Parsi, Asia Kecil, Arab dan Asia Kecil dinamakan oleh Semiramis sendiri, memperlihatkan bahawa Semiramis itu sendiri wujud dalam tamadun pertama dunia ini. Pengaruh Semiramis amat kuat dalam kalangan masyarakat Asia Barat. Dari situ kita perlu lihat, siapakah yang bertanggungjawab membawa pengaruh Semiramis sehinggalah namanya disebut di zaman kini?

Diodolus Siculus, sejarahwan Yunani Kuno adalah individu yang bertanggungjawab menyebarkan kisah lagenda Ratu Semiramis ini. Memperoleh kisah dari ahli fizik Ctesias dari kota Cnidus, Diodolus menyebarkan kisah yang penuh epic kepada masyarakatnya. Menurutnya, Semiramis adalah anak dewi ikan bernama Derketo dan ditinggalkan saat kelahirannya. Sekumpulan burung merpati menjaga bayi itu sehingga ditemui oleh Simmas, pengembala kambing diraja, seterusnya menjaga dan membesarkan Semiramis.

Semiramis berkahwin dengan Onnes, jeneral perang raja Ninus, raja kerajaan Assyria. Teruja akan keberanian Semiramis menentang tentera Bactra, raja Ninus menawarkan anak perempuannya kepada Onnes sebagai pengganti Semiramis. Onnes menolak tawaran itu. Raja Ninus mengugutnya sehingga Onnes ketakutan, terus menggantung diri. Semiramis kemudian berkahwin dengan raja Ninus dan dikurniakan putera bernama Ninyas.

Setelah kemangkatan Raja Ninus, Semiramis menabalkan dirinya sebagai pemerintah baru selama 42 tahun dan meneruskan penaklukan Asia yang telah suaminya lakukan termasuklah Libya dan Aethiopia. Setelah merampas kembali Babylon, ratu Semiramis membina tembok batu mengelilingi kota Babylon, kemudian membina istana di Parsi, termasuk kota Ecbatana. Seterusnya ratu Semiramis berperang dengan raja Stabrobates (Sthabarpati) dari India. Baginda mengarahkan para artisan untuk mereka para tentera bergajah palsu bagi menarik perhatian para tentera India bahawa baginda juga mempunyai tentera sebegitu. Cubaab pertama berjaya namun ratu Semiramis cedera dalam serangan balas India dan mengarahkan para tentera berundur ke barat Sungai Indus. Itulah kisah yang sempat Diodolus beritahu.

Dari kisah lagenda Semiramis, kita tahu walaupun ia mitos hasil penceritaan mulut ke mulut, namun ratu ini benar-benar wujud dalam lipatan sejarah dunia. Sebenarnya, Semiramis adalah sebutan pelat masyarakat Yunani Kuno dari nama Shammuramat yang bermaksud ‘syurga teratas’. Ya, ratu Shammuramat adalah figura sebenar di balik figura fiksyen ratu Semiramis. Ratu Shammuramat adalah isteri kepada raja Shamshi-Adad V (bukan raja Ninus), pemerintah kerajaan Neo-Assyria dan mempunyai putera bernama Adad-nirari III.

Setelah kemangkatan suaminya (atas sebab-sebab tidak diketahui) pada 811 SM, ratu Shammuramat mengambil takhta sebagai pemerintah seterusnya. Sepatutnya putera Adad adalah calon sesuai tetapi memandangkan ketika itu dia terlalu muda untuk dijadikan sebagai pemerintah, ratu Shammuramat berkorban sebagai ‘pengganti’ pemerintah. Reaksi rakyat ketika perlantikan baginda itu mengejutkan kerana tidak pernah dalam seumur hidup mereka wanita memegang jawatan sebagai raja namun mereka menerima saja.

Terlalu sikit sumber untuk mengetahui sepanjang pemerintahan ratu Shammuramat tetapi apa yang pasti di zaman pemerintahannya kerajaan semakin rapuh kerana siri-siri pemberontakan yang mendiang suaminya hadapi. Selama 5 tahun baginda menstabilkan kerajaan Neo-Assyria kemudian menyerahkan takhta kepada putera Adad. Dari kisah benar inilah nama ratu Shammuramat menjadi bualan masyarakat. Sehingga muncul zaman Hellenistik iaitu pasca-penaklukan Alexander The Great, kisah ratu Shammuramat kedengaran di tiap telinga rakyat Yunani Kuno kemudian menyebarkannya, sekaligus nama bertukar kepada Semiramis.

Bukti kewujudan Ratu Shammuramat adalah satu artifak berupa stela atau batu obselik yang ditemui di kota Ashur. Terdapat inskripsi pada obselik tersebut dan dibaca berbunyi:

“Stele of Sammuramat, queen of Shamshi-Adad, King of the Universe, King of Assyria, Mother of Adad Nirari, King of the Universe, King of Assyria, Daughter-in-Law of Shalmaneser, King of the Four Regions of the World.”

RUJUKAN:

1. Reinhard Bernbeck (2008). “Sexgender, Power And Sammuramat: A View From The Syrian Steppe'”. In Bonatz, Dominik; Czichon, Rainer M; Kreppner, F Janoscha. Fundstellen: Gesammelte Schriften Zur Archaologie Und Geschichte Altvorderasiens. Ad Honorem Hartmut Kuhne. Harrassowitz. p. 352.

2. Semiramis :https://www.ancient.eu/Semiramis/

3. Mystery Of Queen Semiramis: Famous And Powerful Ancient Ruler And Warrior Queen: http://www.ancientpages.com/2018/02/15/mystery-queen-semiramis-famous-powerful-ancient-ruler-warrior-queen/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.