Sebuah gunung berapi pendam berhampiran Antartika dikesan mula aktif sejak dua tahun lepas. Sejak ia dikesan aktif oleh komuniti saintifik, Gunung Berapi Orca mencetuskan 85,000 gempa bumi!

Aktiviti seismik gunung berkenaan direkodkan dari Ogos hingga November 2020 dan terkuat pernah direkodkan di Antartika. Penyelidik Simone Cesca percaya ini berlaku disebabkan oleh pergerakan magma dalam bahagian kerak bumi.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Bagi komuniti saintifik, perkara ini bukan sesuatu yang baru kerana fenomena sama turut direkodkan di gunung-gunung berapi pendam lain di seluruh dunia. Tetapi peristiwa yang berlaku di Antartika antara Ogos hingga November 2020 merupakan yang pertama seumpamanya disaksikan di benua berkenaan. Bagi Cesca, komuniti saintifik merasa beruntung kerana peristiwa sebegini jarang berlaku dalam jangka hayat manusia.

Ilustrasi zon seismik aktif di luar Antartika. Sumber: Cesca et al. 2022, Communications Earth & Environment

Gunung Berapi Orca mempunyai ketinggian 900 meter dari dasar laut di Selat Bransfield – satu laluan sempit antara gugusan Kepulauan Shetlands Selatan dan barat daya Antartika. Di sini, zon tektonik Phoenix berada di bawah zon benua Antartika. Ini sekaligus menghasilkan rangkaian zon sesar dengan sebahagian daripadanya meluaskan bahagian kerak dan rekahan di tempat lain.

Gempa bumi pertama yang berlaku pada Ogos 2020 dirasai para saintis yang bekerja di stesen-stesen penyelidikan di Pulau King George. salah satu pulau di Kepulauan Shetlands Selatan. Sebaik berita itu diketahui oleh komuniti saintifik ketika itu, penelitian data mula dibuat menerusi data stesen-stesen seismik termasuk dua di kepulauan berkenaan dan satelit.

Stesen Penyelidikan Carlini di Pulau King George, Kepulauan Shetlands Selatan. Di sinilah, ia menempatkan peralatan mengukur seismik yang berhampiran dengan Gunung Orca. Sumber: Milton Percy Plasencia Linares

Dengan menggabungkan semua data yang ada, saintis dapat mengetahui dua gempa bumi kuat yang berlaku akibat Orca. Dua gempa bumi terkuat yang direkodkan ialah gempa berukuran 5.9 skala Richter pada Oktober 2020 dan 6.0 sebulan kemudian.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Cesca juga tidak menolak sekiranya berlaku letusan dalam air membabitkan Orca, ia pasti berlaku dalam tempoh siri gempa bumi itu berlaku. Tetapi tiada sebarang bukti menunjukkan perkara itu berlaku. Jika saintis mahu mengetahui sama ada ia berlaku atau tidak, satu misi saintifik perlu dihantar ke situ bagi mengukur kedalaman lantai laut dan membandingkannya dengan peta-peta sejarah. Semua dapatan ini diterbitkan dalam jurnal Communications Earth & Environment keluaran bulan April.

RUJUKAN

Ghose, T. (2022, 28 April). Underwater volcano in Antarctica triggers 85,000 earthquakes. Live Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply