Perbicaraan Johnny Depp dan Amber Heard mewajarkan kita bincang pasal Pirates of the Caribbean. Tetapi bukan filem yang bakal ada sekuel tanpa Depp. Topik kali ini adalah mengenai sebuah negara yang dibina kalangan lanun di Laut Caribbean.

Di sini ada 700 buah pulau yang lama menjadi tempat teduhan lanun. Macam-macam dibuat semasa berteduh. Kutip hasil hutan, jika ada. Baiki kapal kalau boleh. Tidur di atas darat tanpa gelora laut.

Zaman lanun menghampiri kemuncak bermula 1650-an. Pemilik-pemilik kapal turun laut untuk melakukan kerja jahat (pada mata kerajaan). Harta rampasan dibuat harta sendiri, sekali gus merugikan negara yang berdagang. Harta hilang; kapal pun lesap. Itulah kerja para lanun seperti Henry Avery dan Benjamin Hornigold.

Dua nama ini sememangnya penting dalam buku sejarah lanun. Pada tahun 1696, Henry Avery membawa kapalnya untuk bertemu dengan Gabenor Nicholas Trott di South Carolina. Trott adalah seorang figura Inggeris yang berkuasa di koloni jajahan Amerika (hari ini menjadi Amerika Syarikat).

Henry Avery.

Avery membayar rasuah emas dan perak pada pihak Trott. Syarat rasuah ini adalah untuk menubuhkan sebuah pengkalan lanun di Nassau.

Jadi perspektifnya mudah: Avery mencari jalan untuk menghalalkan kerja lanun. Dalam buku undang-undang, “pirate” ditukar nama menjadi “privateer” (anggota perang swasta). Setelah menyusahkan bukan main ramai pedagang sampai jadi “Raja Lanun”, Avery akhirnya mendapat pengampunan dan pengesahan kerajaan.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Negara Komunis Sebenar

Henry Avery membina sebuah republik yang mengiktiraf semua lanun. Negara ini sebenarnya tiada kerajaan. Semua lanun dilayan setaraf, berdasarkan jawatan mereka dalam kapal. Tukang masak masuk dapur. Gundik masuk bilik. Nakhoda pula sedarjat antara satu sama lain. Semua wajib mematuhi perlembagaan iaitu “Artikel Persefahaman” yang menentukan nilai disiplin dan pembahagian harta rampasan.

Peta negara Nassau.

Walau bagaimanapun Republik Lanun hanya diiktiraf kerajaan Inggeris sahaja. Kerajaan Perancis dan Sepanyol masih berbulu dengan para lanun. Kalau jumpa, mesti siat sampai ke tulang.

Baru saja tubuh kerajaan, pulau lanun ini digempur gandingan Perancis dan Sepanyol – dua pengaruh yang bersatu untuk melenyapkan lanun. Semua bertempiaran lari meninggalkan pulau tanpa penghuni. Ada yang cabut lari dalam keadaan bogel pun (Craton & Saunders, 2000).

Pihak Inggeris macamlah tidak kenal – kalau terkepung habis, mereka buat apa yang mereka selalu buat: tinggalkan saja. Dasar British punya akal. Selepas Inggeris mengangkat kaki meninggalkan Nassau, saki-baki pengaruh Avery kembali untuk buat suka hati.

Anggota lanun bertambah begitu mendadak sampai “negara lanun” ini kembali menjadi ancaman utama. Sekitar 1713, Benjamin Hornigold mula terjun menjadi lanun dengan hanya satu kapal (Konstam, 2006).

Benjamin Hornigold

Dalam masa sekejap, kekuatan laut Hornigold bertambah sampai lima buah kapal dan 350 anggota. Tidak lupa juga pada nama-nama agung lain seperti Charles Vane, Calico Rackham dan Anne Bonny.

Kejatuhan Sebuah Negara

Semua negara boleh bertahan melawan musuh luar. Negara lemah pun terbukti boleh mengalahkan musuh gergasi.

Macam mana Greece dulu tewaskan Parsi, macam itulah Vietnam tewaskan Amerika Syarikat – dan macam itu juga Ukraine semakin tewaskan Rusia. Apa yang kita boleh nampak pada ketiga-tiga negara besar ini? Kuasa dan tentera agung saja tidak berguna kalau bocor dari dalam.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Republik Lanun mula berpecah belah kerana kuasa Eropah bermain diplomasi. Inggeris antaranya sanggup mengampunkan semua lanun asalkan serah kalah dan menghentikan aktiviti. Dengan syarat “bunuh lanun yang masih bermaharajalela”.

Kalau yang terima pengampunan ini lanun-lanun picisan tidak mengapa juga. Masalahnya, Benjamin Hornigold sendiri terima pengampunan kerajaan dan selamba menggempur laut membunuh lanun lain.

Jelas sekali, sebuah negara bukan setakat penubuhan semata-mata. Rakyatnya harus percaya ia adalah negara. Kalau setakat teduhan atau pengkalan, memang bukan negara namanya.

RUJUKAN:

Craton, M., & Saunders, G. (2000). Islanders in the Stream: A History of the Bahamian People. University of Georgia Press.

Konstam, A. (2006). Blackbeard: America’s Most Notorious Pirate. John Wiley & Sons. Halaman 63.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply