Terdapat lapan planet dalam Sistem Suria ini. Yang paling indah sememangnya Bumi. Tetapi setiap planet ada ciri keunikan tersendiri. Bumi ditemani satu Bulan. Musytari ada 79 bulan, manakala Zuhal pula dikelilingi 82 bulan.

Cakap pasal Zuhal, ada satu lagi benda unik tentangnya. Ia mempunyai cecincin berbentuk gelang, yang mengelilinginya.

Saiz lingkaran ini boleh tahan dahsyat – mencecah 400,000 kilometer lebar. Mudah kata, ini jarak antara Bumi dan Bulan. Punya besar lingkaran untuk satu planet bergas.

Ada beberapa teori yang menjelaskan tentang proses kejadian Gelang Zuhal. Rata-ratanya bersetuju pada asas: graviti Zuhal kuat menarik semua objek sekeliling (asteroid, bulan dan komet). Tetapi tarikannya terlalu kuat sampai objek-objek ini pecah sebelum sampai “garisan terakhir”.

Dari jauh nampak kemas.

Sisa yang melepasi “garisan terakhir” ini pasti akan masuk dalam permukaan gasnya. Tetapi oleh kerana jarak masih selamat, sisa objek-objek ini menjadi cecincin yang melingkari Zuhal.

Kira dalam kalangan lapan planet, hanya Zuhal saja yang berkahwin. Secantik-cantik perkahwinan, tiba satu masa akan berpisah jua.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Sama ada kerana mati atau perceraian. Zuhal semakin hilang cincinnya. Perkara ini sudah lama diketahui. Namun baru-baru ini saintis mengesahkan proses perceraian Zuhal sedang berlangsung sangat cepat. Cepat mana? Kalau ikut usia angkasa, lagi cepat dan ganas berbanding kes perceraian Johnny Depp dan Amber Heard.

Apa Punca Kehilangan Lingkaran

Pada tahun 1977, NASA melancarkan prob Voyager 1. Tiga tahun kemudian, Voyager 1 melepasi Zuhal dengan kelajuan 61,000 kilometer sejam. 45 tahun sudah berlalu dan Voyager 1 sekarang sudah 18.8 bilion kilometer jauh.

Batu-batu bersaiz rumah.

Akan tetapi, semasa melepasi Zuhal, prob ini mengesan suatu situasi yang unik. Rupa-rupanya Zuhal ada hujan. Banyak kajian dibuat selepas saintis tahu tentang situasi semulajadi ini. Dan mereka mengesahkan hujan Zuhal adalah kerana kandungan ais daripada sisa komet.

Apabila cecincin ini berlanggaran antara satu sama lain, zarah ais akan pecah dan jatuh ke arah langit Zuhal. Sampai saja di lapisan atmosfera, zarah ais mencair dan lenyap begitu saja. Kapal angkasa Cassini kemudian meluaskan lagi pengetahuan saintis tentang situasi semulajadi ini (Drake, 2018).

Sebelum ini saintis ramal Zuhal akan bergelang selama 300 juta tahun. Tetapi sekarang Gelang Zuhal didapati akan hilang dalam tempoh 100 juta tahun sahaja (Raviv, 2019).

Cakap guna usia manusia, memang merepek sangatlah untuk fikir tentang perkara ini. Tetapi usia angkasa lain. Sistem Suria misalnya berusia 4.571 bilion tahun. 100 juta tahun hanyalah 2.18 peratus sahaja daripada usia Sistem Suria.

“You should have gone for the head.” – Thanos.

Sebab itu analogi Johnny Depp digunakan. Kalau Zuhal dipadankan dengan usia manusia, gelangnya akan patah habis dalam masa setahun lapan bulan sahaja.

Itu kalau tengok pada data semasa. Jika pelanggaran berterusan dan semakin cepat, maka takkan mungkinlah 100 juta tahun. Mesti lagi awal. Keadaan ini membayangkan yang Sistem Suria sebenarnya masih belum “lengkap”. Banyak benda sedang terjadi dan masih menjadi.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Prosesnya pula tentu sekali ada sebab-sebab saintifik (kerana kehendak-Nya tidak pernah suatu kebetulan). Dan apa yang sedang berlaku sekarang boleh membantu saintis faham tentang Sistem Suria sendiri. Sama ada perkara ini mendatangkan kerosakan pada Bumi, jawapan mudah: tidak. Sebab manusia sudah pasti akan menghancurkan Bumi sebelum Zuhal hilang gelangnya.

RUJUKAN:

Drake, N. (2018, Oktober 5). Rain falls from Saturn’s rings—and a dying spacecraft tasted it. The National Geographic.

Raviv, S. (2019). Saturn Could Lose Its Rings in Less Than 100 Million Years. The Smithsonian Magazine.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply