Zaman sekarang telefon pintar adalah segala-galanya. Bagi sesetengah orang, telefon pintar menjadi sumber hiburan utama. Untuk keluarga anak ramai, telefon pintar adalah suatu mimpi ngeri kerana setiap seorang perlu sebuah. Ada juga yang bijak menggunakan Facebook dan TikTok untuk mencari rezeki.

Tetapi seekor gorila di Zoo Lincoln Park yang terletak dalam bandar raya Chicago – telefon pintar menjadi suatu kemestian yang tidak boleh diambil.

Ingin baca bagaimana Jepun cuba menjajah China dan Korea pada waktu silam? Beli buku terbaru The Patriots Kitab Tamadun Jepun di: http://bit.ly/KitabTamadunJepun

Amare adalah seekor gorila yang berusia 16 tahun. Kalau kait dengan jangka hayat gorila, Amare sudah menghampiri pertengahan umur. Tetapi jangka hayat gorila memang rumit. Ada yang boleh hidup 40 tahun. Ada yang hidup 50 tahun. Kalau gorila dalam hutan, purata umur hanya 35 tahun. Taburan umur ini boleh bantu kalian faham jarak usia Amare.

Pintu masuk Lincoln Park Zoo.

Tetapi apa yang sama antara Amare dengan remaja zaman sekarang (selain perangai pramatang), Amare amat menyukai telefon pintar sampai ke tahap ketagih pun ada. Punca ketagihan pula bukan kerana penjaga zoo. Semuanya angkara rakan-rakan antara-spesis Amare iaitu manusia sendiri.

Ramai pengunjung selamba menunjukkan gambar dan video pada Amare sampai naik kemaruk dibuatnya (Dudek, 2022).

Implikasi Sangat Besar Terhadap Sifat Liar

Gorila tidak sama untuk dibandingkan dengan manusia. Gorila tiada akal. Gerak-geri dan tingkah lakunya dipengaruhi fitrah dan naluri.

Tanpa akal, mereka tidak mampu berfikir secara rasional. Sangat tertarik pada skrin telefon pintar, Amare seolah-olah keluar daripada persekitaraannya sampai satu hari diserang gorila lain.

Menurut penjaga zoo, serangan ini adalah perkara biasa kerana gorila memang agresif.

“Mak tak bagi tepon.”

Tetapi punca kejadian (kerana terbuai jauh akibat telefon pintar) boleh merisikokan kedudukan sosial Amare dalam kawanannya. Hal yang demikian boleh menjejaskan tumbesaran sosialnya. Amare boleh dipulau. Amare akan tersisih daripada kawanan.

Kerana Amare terlalu kerap tengok telefon pintar (dan minta telefon pintar orang) sampai sudah tidak lagi bersosial dengan kawanan sendiri (Corkill, 2022).

Penggunaan Teknologi Secara Terkawal

Zoo Lincoln Park sekarang sedang mencari jalan untuk membetulkan keadaan. Tetapi bercakap secara kasar, penggunaan teknologi skrin sebenarnya ada baik dan buruknya. Hal yang buruk macam kes Amare sudah dibincangkan. Hal yang baik pula adalah seperti kejadian dalam Zoo Dvur Kravlove yang terletak di Czechia.

Semasa zaman pandemik, pengurusan zoo terpaksa mengatur jadual kerja. Perkara ini memberi kesan buruk pada haiwan seperti cimpanzi yang sangat kenal penjaga. Jadi pihak zoo membuat panggilan video antara cimpanzi dan penjaga (Funnell, 2021). Kadang cimpanzi Zoo Dvur Kravlove akan berpanggilan video sesama cimpanzi di Zoo Brno.

Cimpanzi pun bosan.

Perhubungan secara digital membantu cimpanzi bersosial… lebih baik daripada tiada langsung tetapi tidak sebaik perhubungan fizikal. Perkara hampir sama dibuat Zoo Korkeasaari di Helsinki. Penjaga memberi permainan video kepada monyet saki yang bermuka putih.

Monyet-monyet ini boleh pilih permainan yang mahu dimain, dan pendekatan ini mengurangkan stres dalam kalangan monyet (Evans, 2021). Ada masa mereka boleh pilih tengok filem juga. Perkongsian ini menunjukkan bahawa teknologi skrin sebenarnya ada manfaat. Bagi haiwan tiada akal, manfaatnya jelas… tetapi implikasinya juga sangat besar.

Ingin baca mengenai sejarah Islam di India? Beli buku terbaru The Patriots, Mughal: Mutiara Islam Di India di: http://bit.ly/PraTempahMughal

Jangan sampai telefon pintar ambil alih ruangan utama hidup sampai hanyut. Entah macam mana mereka boleh selesaikan masalah Amare. Ia bukan faham apa pun. Yang faham (pengunjung) perlu faham dulu.

RUJUKAN:

Corkill, B. (2022, April 15). Teenage Gorilla “Addicted” to Smartphones, but are all electronics for animals bad? IFL Science.

Dudek, M. (2022, April 6). Teenage gorilla is getting too much screen time, Lincoln Park Zoo officials say. Chicago Suntimes.

Evans, K. (2021, Februari 25). Amazon Prime-Ate: Monkeys Get Their Own On-Demand TV To Stream So They Don’t Get Bored. IFL Science.

Funnell, R. (2021, Mac 18). Chimps At Different Zoos Are Zooming Each Other To Stay Entertained During Lockdown. IFL Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply