Pemahaman ‘cross-cultural’ peranan seorang ayah ini memerlukan sensitiviti yang tinggi dalam keluarga. Cubaan untuk memperluas konsep ‘ayah’ ini telah menjadi perdebatan dalam kalangan pengkaji, ahli akademik dan saintis. Namun Marvel berjaya mempamerkan konsep itu dalam filem terkininya “Avenger; Infinity Wars” melalui dua watak utama, Ironman protagonist utama dan Thanos Antagonis utama.
Walaupun Ironman dan Thanos memusuhi satu sama lain, mereka berdepan dengan masalah yang sama, iaitu tanggungjawab seorang ayah terhadap anaknya. Penulis tahu, Ironman tidak mempunyai anak, tetapi beliau telahpun memiliki naluri seorang ayah tanpa kita sedari. Beliau telah mengambil Spiderman sebagai protégé beliau, mereka suit Spiderman dan telah bersedia untuk berkomitmen memiliki sebuah keluarga dengan Pepper Potts. Thanos sentiasa merujuk kepada makhluk di alam semesta sebagai ‘children of Thanos’. Beliau sendiri pun telah mengambil Gomora dan Nebula sebagai anak angkat.
Tetapi pendekatan Thanos dan Ironman berbeza dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang ayah. Ironman lebih kepada ‘protective’ terhadap anak, dalam kes ini Spiderman. Beliau sentiasa melengah-lengahkan pelantikan Spiderman sebagai seorang Avenger, dan menyuruh Spiderman supaya menjauhi bahaya. Dalam masa yang sama, beliau mahu Spiderman menggunakan kebolehan yang dimiliki untuk menjadi superhero yang lebih baik darinya. Ini bertepatan dengan tindakan beliau mengurung Wanda Maximoff (Scarlet Witch) bersama dengan Vision dalam filem Civil War kerana dalam hatinya beliau risaukan Wanda. Beliau mahu yang terbaik untuk anak didiknya.
Thanos pula membiarkan anak-anaknya bergelumang dengan bahaya. Beliau lebih suka untuk memperkuatkan anak-anak menghadapi cabaran. Sebagai contoh, apa yang dilakukan oleh Thanos kepada Gomora sejak kecil sampai beliau dewasa. Gomora menjadi antara makhluk yang paling digeruni di alam semesta kerana kecekalan dan ketabahannya. Dan ketabahan itu datang daripada kehendak untuk membalas dendam terhadap Thanos yang membunuh kaumnya. Situasi yang dilakukan oleh Yondu dan Ego, bapa angkat dan bapa biologi Peter Quill yang membiarkan Quill menghadapi situasi membesar yang bahaya dengan tujuan menjadikan Quill kuat dan tabah.
Thanos dan Ironman memiliki banyak persamaan. Mereka memiliki sumber yang luas, pengaruh yang kuat dan mereka dibesarkan dengan kejauhan kasih sayang seorang ayah. Namun cara mereka membalas kekurangan itu adalah berbeza. Thanos berazam untuk menghapuskan makhluk alam semesta secara rawak agar sumber dunia dapat dikongsi oleh ‘anak-anaknya’ secara adil dan saksama. Beliau berpegang pada hukum alam, iaitu hanya yang kuat layak untuk hidup tetapi beliau tahu tidak ada makhluk yang berani bertindak. Maka beliau mengambil tanggungjawab sebagai seorang ayah untuk bertindak demi kebahagiaan anak-anaknya.
Lain pula pendekatan Ironman. Beliau faham perasaan kehilangan seorang ayah. Jadi beliau tidak mahu perkara yang sama terjadi pada orang lain. Sebab itulah beliau bersetuju dengan ‘Avengers Initiative’ bagi menubuhkan kumpulan superhero untuk melindungi bumi. Beliau bertindak sebagai ketua ‘keluarga’ dan tidak mahu mereka berpecah. Perkara yang sama dilakukan kepada Spiderman, seorang anak muda yang memiliki kuasa luar biasa. Beliau tahu Spiderman mahu menjadi Avenger tetapi dilengahkan oleh Ironman secara psikologi. Beliau tahu Avengers adalah tugas yang bahaya dan tidak mahu melibatkan nyawa orang lain. Dalam filem Avengers yang pertama, Ironman seorang diri telah berkorban untuk membawa bom nuclear keluar atmosfera dan kemungkinan kehilangan nyawanya.
Kedua – dua watak ini digambarkan sebagai yang kuat, hebat dan perkasa. Namun mereka sebenarnya bergelumang dengan dilemma ‘weak father’. Nicolosi (1991) pernah membuat kajian terapi kinikal psikoanalitik dan menyimpulkan bahawa terdapat kaitan antara kehendak homoseksual seseorang dengan hubungannya dengan ayah. Katanya lagi hubungan renggang anatara ayah dan anak lebih tinggi dalam kalangan homoseksual berbanding heteroseksual. Mereka (homoseksual) lebih banyak berdepan dengan ‘rejection’ oleh ayah mereka dalam isu kekeluargaan. Jadi boleh kita katakan yang Thanos dan Ironman tidak mahu dilabel sebagai ‘weak father’ atau ‘gay’ dengan berenggang dengan anak-anak mereka. Ia bukan sekadar menyelamatkan dunia malah ia juga melibatkan isu kekeluargaan dan seksual. (Yelah, tak pelik ke Thanos sangat obses nak kumpul ‘barang kemas’ dekat gauntlet beliau sampai sanggup membunuh?) Penulis tidaklah mengatakan semua orang yang bermasalah dengan ayah mereka homoseksual, kerana kaitan terhadap biologi dan seksual pun masih lemah.
Hubungan anak dan ayah sememangnya penting. Biarpun kehadiran seorang ayah diakui setiap tamadun dan budaya, namun tanggungjawab itu lebih kepada ‘membuat’ anak semata-mata. Peranan seorang ayah bergerak seiringan dengan pembangunan dan peredaran zaman, berevolusi mengikut keadaan. Maka ambil pengajaran selain daripada berhibur dengan filem ini.
RUJUKAN
https://www.youtube.com/watch?v=72QQsWm7yFk&t=369s
(diakses pada 1 Mei 2018)
Seutter, R. & Rovers, M. 2004. Emotionally Absent Fathers: Furthering the Understanding of Homosexuality. Journal of Psychology and Theology Vol. 32, No. 1, 43-49.
Cabrera, Catherine, LeMonda. 2000. Fatherhood in the 21st Century. Child Development Volume 71 (1). Page 127 – 136.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih