Haiwan zaman dulu dan sekarang sebenarnya tidak begitu berbeza… melainkan dengan saiz semata-mata. Gajah zaman prasejarah besar gila.

Babi pun sama – harap badan saja besar, belum tentu pandai bagi signal. Pada zaman sama, bumi Amerika Selatan amat kaya dengan flora dengan fauna tersendiri. Salah satu haiwan gergasi yang pernah hidup di hutan sana adalah Megatherium americanum.

Tengok pada nama pun boleh agak. Ia mesti besar. Memang sinis sangat kalau beri nama ‘mega’, tetapi pendek macam perempuan tinggi 155 sentimeter ke bawah.

Dalam bahasa mudah, M. americanum merupakan spesis sloth gergasi (giant sloth). Spesis ini mula timbul pada zaman Pliocene Awal barangkali melalui proses evolusi yang mengambil masa jutaan tahun (Delsuc, n.d., 2019). Mungkin ada yang akan hilang arah selepas baca “proses evolusi”.

Berkali-kali kena ulang: buang tanggapan buruk pada evolusi, kerana Charles Darwin tidak pernah berkata evolusi adalah manusia daripada beruk.

Saiz seekor M. americanum boleh mencecah enam meter panjang, yakni daripada kepala ke ekor (Haines & Chambers, 2007). Jadi senang cakap, panjang dan beratnya setanding dengan Gajah Asia. Tetapi ciri-ciri fizikal membuatkan M. americanum jauh lebih menggerunkan.

Malaysia ada kain pelikat gajah duduk. Mereka ada gajah berdi

Mudah kata, cuba bayangkan seekor gajah di atas pokok. Situasinya hampir sama macam Arsenal. Kita tidak tahu macam mana boleh panjat sampai masuk dalam kelayakan Liga Juara-Juara Eropah. Tetapi kita tahu mesti jatuh bawah balik punya.

Masalahnya, M. americanum mempunyai kuku tajam yang serba panjang… sangat sesuai untuk berpaut pada pokok. Kalau ia jatuh, memang dasar perangai macam Harry Maguire. Itulah kiasannya.

Hidup Dalam Kawanan

Sloth zaman sekarang suka hidup menyendiri, hanya bergaulan semasa musim mengawan sahaja. M. americanum dipercayai suka hidup berjemaah.

Tetapi saintis juga berpendapat yang spesis ini tiada masalah untuk hidup menyendiri dalam gua (sebab itu aku cakap pasal Harry Maguire).

Selama jutaan tahun, spesis ini ibaratkan terasing daripada rantaian makanan semulajadi. Ia tidak bermusuh dengan sesiapa, dengan sifat herbivor yang tidak mengancam imbangan alam karnivor.

Untuk makan, M. americanum akan menggunakan kaki belakangnya supaya boleh berdiri. Ketika ini ekornya memainkan peranan sebagai “kaki kelima”… sementara dua kaki depan berfungsi macam tangan.

Lakaran berdiri.

Dengan cara ini, M. americanum boleh makan dengan selesa – bergantung pada otot rahang yang sangat kuat untuk bantu gigi semasa mengunyah.

Dan M. americanum dijangka akan makan begitu banyak sampai perlu tidur seketika… sama macam segelintir dalam kalangan pembaca.

Kenapa Ia Pupus

Oleh kerana tiada musuh sejati, Megatherium americanum hidup sangat lama. Spesis ini merupakan antara yang paling tahan lasak kerana mengharungi masa selama jutaan tahun.

Sains mengenal pasti spesis ini hidup sampai 8,500 S.M. (bermakna ia pupus dalam lingkungan 10,000 tahun yang lalu).

Manusia tersebut digambarkan 1.8 meter tinggi. Mana yang pendek faham-faham sendirilah.

Apa punca kepupusan? Boleh agak barangkali. Punca utama adalah tidak lain tidak bukan manusia (Steadman, et al., 2005). Mudah kata, alam flora dan fauna menjadi pentas spesis tanpa musuh memburu dominasi.

Dan M. americanum tewas pada spesis manusia prasejarah yang berakal. Dua sampel tulang mendedahkan sisi gelap prasejarah, kerana manusia prasejarah terbukti cuba menyembelih M. americanum.

Nampaknya sejarah sekarang sedang berulang… kerana banyak spesis sudah tumbang dan banyak lagi dijangka akan pergi buat selamanya angkara manusia.


Kalau anda berminat dengan haiwan-haiwan spesis pra-sejarah seperti ini, kami nak cadangkan buku terbaru kami, TERHEMPASNYA PESAWAT MH747, mengisahkan survivor para penumpang pesawat yang terpaksa berhadapan dengan haiwan pra-sejarah seperti Sloth Gergasi ini untuk kekal hidup. Beli di: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

RUJUKAN:

Delsuc, F., et al. (2019). Ancient Mitogenomes Reveal the Evolutionary History and Biogeography of Sloths. Current Biology. 29 (12): 2031-2042.

Haines, T., & Chambers, P. (2007). The Complete Guide to Prehistoric Life. Firefly Books. Halaman 192-193.

Steadman, D., et al. (2005). Asynchronous extinction of late Quarternary sloths on continents and islands. Proc. Natl. Acad. Sci. USA. 102 (33): 11763-11768.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply