Masuk sahaja bulan Ramadan, ramai diantara kita bagai dirasuk oleh jembalang tanah apabila sanggup meluangkan masa seawal 1 petang semata-mata mahu mendapatkan nasi arab.

Ada juga yang sanggup potong barisan dan bergaduh hanya untuk nikmati secebis nasi arab bersama lamb shanks.

Ironinya, nasi bukanlah makanan ruji kepada masyarakat Arab kerana mereka telah menjadikan roti sebagai hidangan utama sejak zaman berzaman.

Setiap pembelian buku The Patriots di bulan Ramadan akan didermakan kepada Persatuan Cinta Gaza. Beli di: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

Kalau nasi bukan makanan rugi di rantau Arab ataupun Timur Tengah, macam mana nasi yang dimasak bersama daging, kekacang, sayur dan buah ini boleh tercipta?

Sebenarnya nasi arab merupakan salah satu fusion pilaf yang berasal daripada Tamadun Parsi. Pilaf ini telah tersebar dari Asia Tengah ke Benua Amerika sehingga menjadi kegemaran masyarakat dunia.

Patung Alexander The Great.

Cerita terawal mengenai pilaf dikatakan wujud apabila Alexander The Great telah memulakan operasi penaklukan Parsi pada tahun 330 SM. Alexander The Great dan tenteranya sangat tertarik dengan keenakan pilaf yang dimakan oleh orang Parsi lantas membawa makanan itu pulang ke Macedonia.

Namun, cerita ini hanya dianggap sebagai dongeng di malam hari sahaja.

Jadi rekod rasmi tentang keberadaan pilaf telah wujud semenjak era Kekhalifahan Abbasiyah di Baghdad.

Masyarakat Abbasiyah dianggap pemula kepada masakan pilaf era moden. Cara masakan daripada masyarakat Abbasiyah inilah yang kemudian telah tersebar sehingga dikenali dengan pelbagai nama.

Mungkin ketika itu masyarakat Abbasiyah dan empayar lain sanggup beratur seawal tengah hari di bazar Ramadan Baitul Hikmah untuk menikmati pilaf semasa berbuka.

Poster Alexander.

Bagi masyarakat Parsi pula, Ibnu Sina adalah orang pertama mencatatkan resepi moden pilaf secara lebih terperinci pada abad ke-10. Jadi Ibnu Sina boleh digelarkan sebagai bapa pilaf dunia.

Berlainan pula dengan masyarakat India kerana masakan seakan-akan pilaf telah wujud dalam epik Mahabharata. Malah perkataan “pulao” ataupun “pallao” yang merujuk kepada pilaf sebenarnya berasal daripada karya Sanskrit kuno iaitu Yājñavalkya Smṛti.

Walau bagaimanapun, pendapat ini disanggah kerana rekod mengenai pilaf hanya muncul di sana selepas India ditakluk ketika era pertengahan.

Senang cerita dari pilaf inilah masyarakat Arab mula menghasilkan nasi versi mereka sendiri. Antara nasi Arab yang popular adalah kabsah, mandi dan maqluba.

Kabsa.

Kabsa merupakan pilaf yang berasal dari Yaman dan makanan paling popular di negara-negara semenanjung Arab.

Secara asasnya kabsa dimasak bersama-sama rempah ratus, daging, nasi dan sayur-sayuran. Nak menambahkan lagi selera, kabsa akan dihidangkan di atas talam untuk dimakan beramai-ramai bersama rakan.

Mandi pula adalah pilaf daripada Hadramaut Yaman yang sangat popular di dunia Arab, Turki dan India.

Mandi.

Cara memasak mandi ini kelihatan agak sama sahaja dengan kabsa tetapi uniknya adalah daging akan dimasak secara tandoor. Bermakna mereka akan menggali lubang dalam tanah untuk membakar daging.

Hari ini cara itu tidak digunakan lagi kerana tempayan tanah liat adalah alternatif terbaik untuk memasak daging dan ayam secara tandoor.

Maqluba.

Mungkin anda merasakan mandi unik? Ada lagi pilaf yang unik iaitu maqluba. Seperti mandi dan kabsa, maqlubah masih menggunakan rempah ratus, daging, nasi dan daging.

Bezanya adalah kesemua bahan tersebut disatukan dalam periuk dan diterbalik ke atas talam. Jadi maqluba akan terbentuk seakan-akan kek.

Tambah menarik lagi, pilaf yang dimasak oleh masyarakat Abbasiyah merupakan maqlubah. Maka bolehlah anggap pilaf yang wujud di seluruh dunia pada hari ini adalah fusion daripada maqluba.

Setiap pembelian buku The Patriots di bulan Ramadan akan didermakan kepada Persatuan Cinta Gaza. Beli di: http://bit.ly/KisahKlasikShopee

Kesimpulannya, berterima kasihlah kepada Alexander The Great, masyarakat Abbasiyah dan Ibnu Sina kerana mengangkat pilaf.

Jika tidak kerana mereka, mungkin hari ini anda tidak dapat beratur panjang untuk makan secebis nasi arab yang dituduh sebagai harga Tel Aviv oleh segelintir nurtizen.

RUJUKAN:

History Today. (n.d). Pilaf. Dipetik daripada https://thtsearch.com/content/Pilaf/

Perry, C. (1993, Disember 9). Pilaf : The 5 schools of pilaf : Foodways: From India to the West Indies, cooks have spent centuries refining this non-mushy approach to rice. Los Angeles Time. Dipetik daripada https://www.latimes.com/archives/la-xpm-1993-12-09-fo-217-story.html

Ulysse Tour Travel Agency. (n.d). All about Uzbek Pilaf. Dipetik daripada http://www.ulyssetour.com/EN/guide/14/all_about_pilaf_uzbekistan


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply