Baru-baru ni saya tertengok satu video tentang orang asli kat TikTok. Saya terbaca komen-komen di video tu, Nampak lah ramai yang persoalkan kenapa orang asli berstatus bumiputera dan bukannya Melayu? Saya sendiri nak tahu kenapa jadi aku buat research dan saya rasa saya dah jumpa jawapan kepada persoalan ni.

Kita lihat semula secara ringkas sejarah kedatangan manusia ke Nusantara. Secara amnya kita tahu gelombang pertama perpindahan manusia ke Semenanjung Malaysia ni ialah Melayu Proto yang harini kita kenali sebagai orang Asli dan 1000 tahun selepas tu muncul gelombang kedua yang digelar Melayu Deutro. Dari sejarah ini kedua-dua gelombang ini digelar Melayu namun pada masa kini, bagaimana boleh terpisah menjadi ‘Melayu’ dan ‘Bumiputera’?

Dalam akta perlembagaan Artikel 160 Perlembagaan Malaysia mentakrifkan pelbagai istilah yang digunakan dalam Perlembagaan Malaysia.

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan (a) lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau Singapura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Persekutuan atau Singapura atau (b) ia adalah keturunan dari seseorang yang tersebut.

Baiklah saya akan highlightkan point yang perlu kita ambil kira dari akta ini. Seseorang itu mendapat status Melayu jika beliau beragama Islam, mengamalkan adat istiadat Melayu dan boleh bertutur dalam Bahasa Melayu. Kita lihat semula kepada identiti Orang Asli, mereka mengamalkan adat istiadat Melayu (Hasil kajian lapangan saya tentang orang asli Jakun, ada rezeki saya akan tulis artikel mengenai orang Asli Jakun), mereka boleh bertutur dalam Bahasa Melayu (mengikut loghat negeri masing-masing) tetapi, kebanyakan orang Asli bukan beragama Islam.

Carta demografik di Malaysia.

Dapat diulaskan disini bahawa Orang Asli hanya ada 2 ciri dalam point yang saya telah highlight tadi. Perkara ini lah yang memisahkan Melayu Proto dan Melayu Deutro pada era moden ini. Hal ini turut terjadi kepada bumiputera lain seperti Iban dan Kadazan.

Selain daripada status bumiputera kepada Orang Asli, ada juga yang mempertikaikan mengapa orang Jawa, Bugis, Banjar dan lain-lain boleh dapat status Melayu di Malaysia sedangkan mereka merupakan ras yang berbeza. Jawapannya sudah saya ulaskan, kerana mereka beragama Islam, mengamalkan adat istiadat Melayu dan boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Tambahan pula, sebahagian besar dari mereka telah menetap dan lahir di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan lagi. Jika kita telusuri sejarah kesultanan Melayu Melaka mahupun Kesultanan Johor, orang Jawa dan orang Bugis memainkan peranan besar sejak dahulu lagi.

Kesimpulannya, status ‘Melayu’ diberikan berpandukan perlembagaan sedia ada di negara kita dan juga mengambil kira dari sejarah. Penulisan artikel ini bertujuan untuk membuka mata masyarakat dan menjawab kekeliruan. Bukan sekadar hentam tanpa kajian. Mohon maaf dari saya jika terdapat khilaf dalam penulisan ini. Sekian terima kasih.

Artikel ini dinaikkan dengan persetujuan daripada Zahir Halim.


Ada banyak buku-buku menarik yang menanti anda di https://shopee.com.my/thepatriotsasia


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Leave A Reply