Setelah kejayaan Train To Busan menawan dunia dengan amukan zombi, Korea Selatan terus menghasilkan begitu banyak series dan filem bertemakan zombi. Antaranya adalah Kingdom, Alive, Zombie Detective, Happiness dan yang terbaru adalah Al Of Us Are Deαd ataupun 지금 우리 학교는.
Bertemakan amukan zombi di sekolah menengah yang memerlukan para pelajar bertahan untuk selamatkan diri, series ini sekali lagi menawan dunia dan berjaya mendaki takhta nombor 1.
Walau bagaimanapun, ramai tidak sedar series ini memiliki banyak persamaan dengan tragedi Feri Sewol yang mengejutkan Korea Selatan pada tahun 2014.
Jadi apa yang sama?
- Rakaman Video
Ketika babak di bilik muzik, pelajar Sekolah Menengah Hyosan yang masih bertahan telah mengambil kamera untuk merakam video. Dalam video itu mereka meminta maaf kepada ibu bapa dengan harapan dapat berjumpa lagi.
Hal sama juga berlaku apabila pelajar daripada Sekolah Menengah Danwon yang terperangkap dalam Feri Sewol telah merakam video meminta maaf kepada ibu bapa dan berharap dapat diselamatkan.
- Lee Su-hyeok dan Choi Nam-ra
Babak di bilik muzik juga kita diperlihatkan oleh kesanggupan watak Lee Su-hyeok mengikat tangannya dengan watak Choi Nam-ra bagi mengelakkan dia keluar daripada kelas. Tindakan itu dibuat bagi memberikan keyakinan kepada yang lain bahawa Choi Nam-ra tidak bertukar menjadi zombi
Perkara yang sama melanda Kim Su-jin dan Lee Jeong-jin ketika mayat mereka ditemui apabila tali jaket keselematan kedua-duanya terikat. Mereka lakukan hal tersebut dengan harapan jika salah seorang selamat, dia dapat selamatkan lagi seorang.
- Pelajar Ditinggalkan
Tentera yang sepatutnya datang menyelamatkan pelajar Sekolah Menengah Hyosan hanya berlegar-legar sahaja dengan helikopter di langit.
Ketika mereka hampir sahaja diselamatkan, pihak tentera telah mengambil keputusan untuk meninggalkan mereka di atas bumbung tanpa sebarang bantuan dengan alasan bimbang akan bertukar menjadi hambies.
Sama seperti pelajar Sekolah Menengah Danwon, mereka telah diminta kekal di atas feri sementara kapten melarikan diri. Penyelamat yang dihantar pula sangat lambat untuk bertindak sehingga memaksa bot nelayan mengambil peranan itu dan ramai pelajar terkorban.
- Lee Cheong-san
Watak Lee Cheong-san telah mengorbankan dirinya dengan menarik perhatian zombi untuk memudahkan rakannya keluar daripada bangunan terbengkalai biarpun cintanya belum dibalas Nam On-jo.
Pada akhirnya, Lee Cheong-san telah mαti apabila serpihan bοm yang dijatuhkan oleh pihak tentera mengenai bangunan terbengkainitu.
Dalam tragedi Feri Sewol beberapa orang saksi melihat Jeong Cha-woong telah memberikan jaket keselamatan kepada rakannya yang lain.
Selepas itu, dia telah bertindak untuk terjun ke laut bagi menyelamatkan rakan yang hampir lemas. Sayangnya, dia juga terkorban dalam nahas itu sama seperti Lee Cheong-san.
- Reben Kuning
Kita dapat melihat reben kuning telah diikat di pagar pusat kuarantin dan pokok dalam episod 12. Reben kuning itu tertulis harapan, permintaan maaf dan luahan perasaan terhadap rakan-rakan yang menjadi zombi dan mangsa letupan.
Babak itu sebenarnya diambil daripada reben kuning yang diikat pada pagar dengan harapan mangsa-mangsa tragedi Feri Sewol dapat pulang dengan selamat. Senang cerita reben kuning itu melambangkan harapan masyarakat terhadap mangsa tragedi agar selamat.
Kesimpulannya, apa yang cuba disampaikan oleh All Of Us Are Deαd adalah teguran dan sindiran kepada tindakan lambat Korea Selatan.
Pelajar sekolah yang dianggap sebagai pewaris negara sebenarnya dipandang enteng oleh sesetengah pihak kerana dikatakan tidak memberi sumbangan.
Pada akhirnya, kegagalan orang dewasa mengawal keadaan bikin pelajar sekolah semakin memberontak.
Bak kata watak Nam On-jo dalam episod 12, kami tidak percaya lagi kepada orang dewasa.
RUJUKAN:
Adams, S. (2022, Febuari 8). Here’s Why “All Of Us Are Deαd” viewers believe the apocalyptic series is based on the Sewol Ferry Tragedy. Koreaboo. Dipetik daripada https://www.koreaboo.com/news/us-deαd-series-sewol-ferry-tragedy/
Jae Ha-kim. (2022, Febuari 7). How “All of Us Are Deαd” uses a zombie attack to examine korean & global issues. Teen Vogue. Dipetik daripada https://www.teenvogue.com/story/how-all-of-us-are-deαd-uses-a-zombie-attack-to-examine-korean-and-global-issues
Simons, R. (2022, Febuari 8). Why viewers are comparing Netflix’s ‘All of Us Are Deαd’ to the Sewol Ferry Tragedy. Newsweek. Dipetik daripada https://www.newsweek.com/all-us-are-deαd-netflix-sewol-ferry-disaster-comparisons-explained-1677079
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih