Tengah malam semalam sebenarnya telah memasuki hari ke-9 CNY di mana orang Hokkien akan menyembah Ti Kong (Mandarin: Tian Gong).

Sambutan adalah lebih meriah berbanding hari pertama CNY sebab Tian Gong adalah dewa tertinggi dalam kepercayaan orang Cina.

Tian Gong (天公) ialah Dewa Langit dalam sistem kepercayaan orang Cina. Nama rasminya Hao Tian Shang Di (昊天上帝), Taois panggil Yu Huang Da Di (玉皇大帝), Cina Selatan panggil Tian Gong. Semua merujuk kepada dewa yang sama.

Disebabkan orang Cina anggap langit itu alam tertinggi, maka Dewa Langit dianggap sebagai dewa paling tinggi.

Dalam kepercayaan orang Cina yang asal tidak wujud tuhan pencipta. Dewa Langit juga merupakan makhluk dan dia mempunyai hari jadi.

Menurut Taois dan sub-etnik seperti Hokkien, hari jadinya jatuh pada hari ke-9 tahun baharu.

Kenapa 9? Sebab 9 dianggap digit paling besar dan mulia dalam metafizik Cina.

Tapi bagi sub-etnik seperti Hakka, hari jadi Tian Gong jatuh pada hari pertama CNY.

Tapi cara orang Hokkien menyambut hari jadi Tian Gong adalah lebih well known di Malaysia. Salah satu sebabnya ialah Hokkien merupakan majoriti di kalangan Cina Malaysia (hampir 40%).

Orang Hokkien juga mempunyai legenda berkaitan Tian Gong yang dikatakan berlaku semasa Dinasti Ming (1368-1644).

Dinasti Ming terkenal dengan masalah serangan Wokou (lanun Jepun), dan wilayah Fujian (Hokkien) merupakan tempat yang paling dahsyat diserang.

Diriwayatkan semasa orang Hokkien lari daripada Wokou, muncul satu hutan tebu yang menjadi tempat perlindungan mereka. Mereka selamat dan keluar daripada hutan tersebut pada hari ke-9 CNY.

Maka orang Hokkien menjadikan hari itu sebagai hari berterima kasih kepada Tian Gong.

Bunyi perkataan “tebu” (kam chia) juga hampir dengan “terima kasih” (kam sia) dalam Bahasa Hokkien. Jadi ia dianggap sebagai bahan yang paling sesuai untuk tujuan penyembahan.

Perasan tak bunyi “kam sia” lebih kurang sama dengan “kamsa” dalam Bahasa Korea?

Tak perlu ragu, kedua-dua perkataan berasal dari 感謝. Sebutan Hokkien lebih hampir dengan Korea sebab kedua-dua Hokkien dan Korea ikut sebutan Middle Chinese, tetapi Mandarin tidak (jadi “gan xie”, pelik semacam).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Leave A Reply