Peradaban Mesir dikenali sebagai peradaban yang paling awal di dunia yang memahatkan ketamadunannya di atas peta dunia dengan pelbagai penciptaan teknologi yang tidak masuk akal dan sistem sosial masyarakat yang teratur serta muka buminya yang kaya dengan sumber mineral alami.
Hebatnya peradaban Mesir ini terletak pada nyawanya iaitu sungai Nil, yang sudah jelas kita mengetahui sungai ini memberikan peluang kepada masyarakat status bawah meneruskan kehidupan dengan menanam pelbagai hasil tanaman seperti gandum, buah delima, buah zaitun dan sebagainya. Dengan kepelbagaian hasil tanaman ini memberikan peluang kepada pihak pemerintah membekalkan bekalan makanan yang dimana ianya dieksport di pelbagai negara yang berhampiran dengannya.
Dengan kekayaanya yang diperoleh melalui sistem cukai ke atas rakyatnya, terutama cukai ‘Shemsu Sor’ yang penting ke atas pihak pemerintah, Firaun dan para bangsawan dapat menikmati kesenangan makanan dan harta tanpa batasan.
Kutipan cukai melalui beberapa buah nome (nama khusus wilayah pada zaman Mesir Kuno) yang subur dengan pelbagai jenis tanaman, menjadikan kerajaan Mesir stabil melalui dari segi kewangan secara tidak langsung pihak pemerintah mampu membangunkan pelbagai kemudahan infastruktur yang berguna kepada masyarakatnya serta adakalanya hasil kutipan cukai ini juga digunakan untuk kegunaan peribadi kerabat diraja mahupun bangsawan.
Daripada pengenalan yang ringkas ini, kita dapat melihat yang fungsi utama sungai Nil adalah sebagai lokasi yang sangat subur untuk tujuan pertanian bahkan perkebunan. Dengan kesuburan ini secara tidak langsung, bidang utama yang dipegang oleh masyarakat pada masa itu adalah petani dan pekebun. Melalui kutipan hasil cukai yang dikenakan ke atas masyakarat terutama yang bekerja di dalam bidang petani, maka pihak pemerintah akan mendapat hasil kutipan yang lumayan lalu hasil ini akan digunakan untuk pembangunan piramid, Sphinhx, istana Firaun, mengupah pasukan tentera elit dari luar dan lain-lain lagi.
Semua ini tidak boleh berjalan sekiranya masyarakat pada masa itu tidak menyusun atur waktu bertani dengan tepat dan secara berjadual mengikut musim.
Dalam kalendar kuno Mesir, masyarakat mereka membahagikan tahun dalam 12 bulan yang didalamnya terkandung sebanyak 365 hari dan dibahagikan bulannya mengikut tiga musim sahaja. Dalam tiga musim ini, dinyatakan adakalanya satu musim berjalan selama tempoh 4 bulan atau 120 hari sahaja.
Maka, apakah nama musim-musim yang menjadi ‘kiblat utama’ masyarakat yang berstatus petani mahupun pekebun dalam menentukan waktu menabur benih dan menuai hasil tanaman?
1. Akhet (Musim Banjir).
Pada musim ini, paras air sungai Nil akan membanjiri kawasan tepian tebing dan lembah (yang menjadi kawasan utama penempatan masyarakat). Paras air sungai akan melimpah setiap tahun pada tempoh ini yang dimana di dalam kalendar moden ianya akan berlaku dari pertengahan bulan Julai sehingga ke pertengahan bulan November. Pada musim ini, masyarakat Mesir mengaut keuntungan mereka dengan menangkap ikan dan menjual hasil tangkapan ini di pasar melalui sistem barter. Paras air sungai yang meningkat dan menenggelamkan kawasan sekitarnya ini secara tidak langsung akan menambahkan kandungan nutrien di dalam tanah. Masyarakat Mesir percaya yang Akhet sebagai musim yang suci kerana pada musim ini, tanah-tanah akan menjadi subur untuk pertanian dan mereka menetapkan bahawasanya musim Akhet sebagai bermulanya tahun baharu dalam kalendar matahari mereka.
2. Peret (Musim Pertanian).
Ya, setelah empat bulan masyarakat menghadapi musim banjir dan sungai Nil mula menampakkan paras air yang menurun maka ianya telah menandakan Mesir telah memasuki Musim Pertanian, Musim Kemunculan, Musim Pertumbuhan, musim yang dinanti-nantikan oleh seluruh masyarakat. Kawasan tanah di sekitar sungai Nil yang ditenggelami selama empat bulan oleh sungai mulai timbul di permukaan secara perlahan-lahan. Tanah yang segar, mengandungi zat nutrien yang tinggi, merupakan tanah yang disukai oleh petani pada masa itu. Apabila tanah tidak lagi menunjukkan struktur yang lembut dan selamat untuk berjalan diatasnya maka para petani akan keluar beramai-ramai untuk memulakan kerja-kerja membajak dan menabur benih. Pada musim ini, para petani merupakan manusia yang paling sibuk menjaga kawasan hasil tanaman mereka. Tanaman utama yang ditanam seperti gandum, buah delima, barli, bijan dan jagung. Musim ini berlangsung dari pertengahan bulan November dan berakhir pada akhir bulan Mac.
3. Shemu (Musim Menuai).
Setelah 4 bulan lebih menanam pelbagai tanaman, masyarakat Mesir mula menuai hasil tanaman mereka secara beransur-ansur dan menyiapkan bekalan untuk menghadapi musim Akhet kembali. Musim ini dibahagikan kepada empat fasa yang berfungsi untuk memudahkan masyarakat pada masa itu sentiasa berjaga-jaga dan bersiap sedia untuk menghadapi paras peningkatan air di sungai Nil semula.
– TAMAT –
Sumber rujukan:
1. Middle Egyptian: An Introduction to the Language and Culture of Hieroglyphs oleh James P.Allen.
2. Ancient Egypt oleh David P. Silverman.
3. The Rise and Fall of Ancient Egypt oleh oleh Toby Wilkinson.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih