Pamalayu ialah nama sebuah ekspedisi ketenteraan yang dijalankan oleh Kerajaan Singhasari yang berpusat di Pulau Jawa,untuk menundukkan Kerajaan Malayu Dharmasraya di Jambi pada masa itu.Ekspedisi ini telah dimulakan oleh Raja Kertanegara pada tahun 1275.Ekspedisi Pamalayu ini merupakan salah satu peristiwa yang membuktikan persaudaraan antara etnik Melayu dan Jawa yang selalu dipandang sebagai hubungan adik beradik yang buruk dalam sejarahnya.

Etnik Melayu dan Jawa kedua duanya berasal dari rumpun Malayo-Polinesian yang mendiami Kepulauan Melayu ini.Etnik Melayu kebanyakan mendiami Sumatera,Semenanjung Tanah Melayu dan sebahagian besar Pulau Borneo.Manakala etnik Jawa pula banyak tinggal di Pulau Jawa,dan ada juga komuniti etnik Jawa yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu,Sumatera dan Surinam di Amerika Selatan(dibawa sebagai pekerja ketika era kolonial dahulu)

Setelah sekian lamannya,perhubungan etnik Jawa dan Melayu diprasangka buruk oleh sesetengah ahli sejarahwan.Banyak pandangan skeptikal diberi kepada kedua dua etnik ini,yang kononnya dianggap saling bermusuhan antara satu sama lain.Tambahan pula,di zaman moden ini,pasang surut hubungan antara Malaysia dan Indonesia kini seringkali dianggap sebagai “kesinambungan semula pertelingkahan Jawa-Melayu”,memandangkan pusat pemerintahan Indonesia terletak di Pulau Jawa manakala pemerintahan Malaysia berpusat di Semenanjung Malaysia kini.

Bagi saya,ini adalah pandangan yang sempit lagikan jumud.Etnik Jawa dan Melayu sejak dari dahulu lagi hidup dengan saling bergantung antara satu sama lain.kedua dua etnik ini walaupun mempunyai budaya,bahasa dan adat kepercayaan yang tampak berbeza,namun hubung kait antara mereka sebenarnya sangat rapat dan saling bergantung antara satu sama lain.Kedua dua mereka mempunyai persamaan genetik dan menjadi etnik yang dominan di Kepulauan Melayu ini.

Etnik Jawa dan Melayu sebenarnya saling bergantungan antara satu sama lain,walaupun saling bertelingkah dan”bertengkar”.Ini adalah biasa kerana hubungan antara Jawa dan Melayu seperti adik dan abang,sama seperti kita dan adik beradik kita yang lain di rumah.Kadang-kadang perkara kecil pun sampai tidak berpuas hati dan bergaduh dengan adik beradik kita.Namun bak kata pepatah,carik carik bulu ayam lama lama bertemu jua.
Begitulah perumpamaan yang diberi oleh saya terhadap hubungan etnik Jawa dan Melayu ini.Huhuhuhu…

Melalui peristiwa penghantaran ekspedisi Pamalayu inilah,kita dapat lihat sebenarnya kedua dua etnik ini saling bergantungan antara satu sama lain.

Kisahnya bermula apabila…..

Orang Mongol,dari tanah mereka di Asia Tengah berjaya membina sebuah empayar daratan yang terbesar di dunia,di bawah ketua mereka,Genghis Khan.Orang Mongol yang terkenal dengan keganasan dan kekejaman mereka,berjaya membumihanguskan pusat kerajaan Islam di Baghdad seterusnya menyebabkan kecemerlangan tamadun Islam di Timur Tengah mula merosot.Tentera berkuda Mongol terus mengganas sehingga ke benua Eropah,di mana banyak kerajaan di sana hangus dimusnahkan oleh mereka.

Empayar Mongol ketika itu menguasai sebahagian besar daratan dunia dan dianggap sebagai empayar besar yang tidak terkalahkan pada masa itu.

Orang Mongol juga mara ke China dan menakluknya,sehingga membawa kepada kejatuhan Dinasti Song yang memerintah China pada masa itu.

Pada tahun 1260,Kublai Khan,cucu Genghis Khan mengistiharkan dirinya sebagai maharaja China setelah berjaya mengalahkan tentera Dinasti Song di Khanbaliq(kini lebih dikenali sebagai Beijing),dan dinasti baru dari keturunan Mongol memerintah China dengan nama Dinasti Yuan.

Kublai Khan kemudiannya mengarahkan kerajaan-kerajaan bawah angin supaya menghantar ufti dan tunduk terus kepada China,di bawah Dinasti Yuan.Oleh itu,beliau menghantar utusan ke negeri negeri tersebut.Sekiranya tuntutan itu ditolak,maka bersedialah untuk diserang negerinya.

Pada tahun 1269,utusan Kublai Khan,bernama Meng-Ki tiba di kota Singhasari untuk berjumpa dengan Kertanegara untuk menyampaikan hasrat tuannya itu.Kerajaan Singhasari terletak di Jawa Timur dan antara kerajaan terkuat di Kepulauan Melayu pada masa itu,selepas kemerosotan Sriwijaya.

Kertanegara murka apabila mendengar tuntutan Kublai Khan itu.Baginda menolak dengan keras tuntutan itu.Bukan itu sahaja,malahan Meng-Ki juga dipotong hidung dan telinganya.Dahinya ditekap perkataan TIDAK dengan besi panas.Utusan tersebut pulang ke China menghadap maharajanya.
Tindakan Kertanegara mencetuskan kemurkaanya.

Kertanegara yang sudah lama mengetahui ancaman yang bakal menimpanya,telah mengerakkan tenteranya untuk menakluk Pulau Madura dan Nusa Tenggara.Untuk bersedia menghadapi ancaman Mongol,baginda mesti menyatukan wilayah wilayah di Kepulauan Melayu di bawah pemerintahannya.

Pada tahun 1275,dengan beratus ratus kapal laut,baginda melancarkan Ekspedisi Pamalayu,di bawah pimpinan ketua turus angkatan tentera lautnya,Kebo Anabrang.

Misi ekspedisi ini ialah untuk menundukkan Kerajaan Malayu Dharmasraya,satu lagi kerajaan kuat di Asia Tenggara pada masa itu.Kerajaan Malayu Dharmasraya merupakan sebuah kerajaan Melayu yang terletak di wilayah Jambi di pulau Sumatera.Kerajaan ini mengawal jalan perdagangan maritim di Selat Melaka selepas kemerosotan Empayar Sriwijaya.

Di bawah Srimat Trailokyaraja,orang Melayu berjaya menguasai semula jalan perdagangan maritim di Selat Melaka selepas kemerosotan Sriwijaya.Kerajaan Malayu dikatakan menguasai selatan Sumatera dan Semenanjung Melayu.Kerajaan Malayu pada masa itu dikuasai oleh raja raja dari Dinasti Wangsa Mauli.

~~~~~~~~

Peristiwa pengiriman Ekspedisi Pamalayu ini tercatat kemas dalam sumber sejarah utama orang Jawa iatu Pararaton dan Negarakretagama.

Tujuan pengiriman ekspedisi Pamalayu yang sebenarnya ialah;

1.Mengukuhkan kekuasaan Singhasari ke pulau-pulau lain di luar Pulau Jawa.

2.Membendung serangan besar besaran dari tentera Mongol
3.Menyatukan kekuatan kerajaan kerajaan di Kepulauan Melayu di bawah satu panji untuk menghadapi ancaman Mongol.

Pada tahun 1277,ekspedisi Pamalayu berjaya menundukkan Kerajaan Malayu dengan baik tanpa sebarang pertumpahan darah,walaupun raja Malayu menentang kemasukan armada Singhasari ke negerinya.

Kerajaan Malayu akhirnya menjadi negeri bawahan Singhasari.Jajahan Singhasari meluas sehingga ke Semenanjung Melayu dan selatan Borneo.Singhasari berjaya menguasai perdagangan maritim utama di Selat Melaka.

Kertanegara berjaya menguatkan tenteranya yang terdiri dari kerajaan kerajaan di sekitar Kepulauan Melayu untuk menghadapi ancaman Mongol nanti.

~~~~~~~~~

Ketika Champa,satu lagi kerajaan rumpun Malayo-Polinesian di tanah besar,bergelut menghadapi serangan demi serangan tentera Mongol dari utara pada tahun 1285,kerajaan Singhasari mengirimkan hadiah persahabatan kepada kerajaan Malayu yang telah menjadi negeri bawahannya.

Pada tahun 1286,Kertanegara telah mengirimkan sebuah arca keagamaan Amogaphasa kepada raja Malayu,iatu Srimat Tribhuwanaraja Mauli untuk ditempatkan di Dharmasraya.Pada pelapik bawah arca itu,terdapat satu inskripsi yang diukir yang menyebut mengenai tujuan pengiriman arca ini.

Dalam inskripsi ini,Kertanegara membahaskan dirinya sebagai Maharajadhiraja yang mengrimkan hadiah kepada Maharaja Tribhunawaraja Malayu.Jika dilihat dari gelaran yang dipakai,Kertanegara meletakkan dirinya lebih tinggi dari pemerintah Malayu,memandangkan Malayu telah menjadi negeri bawahan Singhasari sahaja.

Inskripsi ini menjadi rujukan utama sejarahwan Indonesia,dan kini dikenali sebagai inskripsi Padang Roco.

~~~~~~~~

Sebagai balasannya,Raja Tribhunawaraja mengurniakan dua orang puterinya kepada Kerajaan Singhasari.Dua orang puterinya terkenal dengan nama Dara Jingga dan Dara Petak.

Dara Jingga kemudiannya berkahwin dengan Kebo Anabrang,ketua turus tentera dalam Ekspedisi Pamalayu tadi,manakala Dara Petak berkahwin dengan Nararya Sanggramawijaya,menantu Kertanegara.
Ekspedisi Pamalayu berakhir pada tahun 1293.

~~~~~~~~~~~

Kertanegara sememangnya berpandangan jauh dan bercita cita tinggi.Cita citanya untuk menakluk kerajaan Malayu,untuk menggalang kekuatan Nusantara untuk menghadang ancaman Mongol sememangnya patut dipuji.Kertanegara,seorang raja Jawa juga turut memohon bantuan dari kerajaan Melayu,yang tak lain tak bukan juga merupakan saudara jauh mereka juga.

Namun,sayang seribu kali sayang,penyatuan ini sememangnya tidak berjaya mengekang ancaman Mongol.Kertanegara akhirnya dibunuh oleh Jayakatwang,putera negeri Kediri yang menjadi negeri bawahan Singhasari.Pada tahun 1291,tentera Mongol berjaya memasuki Pulau Jawa dengan pertolongan Jayakatwang.Jayakatwang akhirnya melanggar Singhasari bersama tentera Mongol pada taun 1292 dan membunuh Kertanegara dalam satu upacara keagamaan Tantrik.

~~~~~~~~~

Singhasari akhirnya jatuh ke tangan Jayakatwang pada tahun 1293.Segala perancangan mega Kertanegara untuk menyekat ancaman Mongol,hancur luluh begitu sahaja akibat perbuatan orang dalam yang berbuat khianat.Dari situ,kita boleh mendapat pengajaran bahawa setinggi manapun keagungan pencapaian sesebuah negara itu, ianya boleh musnah dengan hanya melalui pengkhianatan orang dalam sahaja.

Salah seorang kerabat Kertanegara yang terselamat ialah menantunya sendiri,Nararya Sanggramawijaya atau lebih dikenali sebagai Raden Wijaya.

Dengan strategi,kebijaksanaan,kelicikan dan kerjasama dari kaum kerabatnya,Raden Wijaya berjaya menghapuskan pemberontakan Jayakatwang seterusnya mengusir tentera Mongol dari Pulau Jawa.

Setelah keadaan aman,Raden Wijaya meneruskan legasi Singhasari dengan menubuhkan sebuah kerajaan di satu penempatan yang dikenali dengan nama Majapahit.

Majapahit meneruskan legasi Singhasari sebagai kuasa besar di Kepulauan Melayu sekitar abad ke 13,sehingga munculnya Melaka.

Perkahwinan Raden Wijaya dan puteri Dara Petak akhirnya melahirkan zuriat raja Majapahit.

Demikian penerangan ringkas saya mengenai ekspedisi Pamalayu,yang bagi saya antara titik mulanya pertembungan antara tamadun Melayu dan Jawa di Nusantara ini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Raja Ariff Danial bin Raja Azhar, bernasabkan Bugis berbangsakan Melayu. Seorang anak Parit Buntar, Perak yang baru sahaja mencapai umur layak mengundi, kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Sejarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Seorang pencinta sejarah, dan sentiasa berusaha mendalami ilmu sejarahnya selagi masih diizinkan bernyawa olehNya.

Comments are closed.