Semasa Per.ang Dunia Pertama, di luar kawat berduri dan jauh dari belenggu di dalam parit kubu, di tengah-tengah ruang yang menjadi pemisah dua kubu pasukan tentera, wujudnya kumpulan tentera tak bertuan berkeliaran di “no man’s land” (perbatasan lebar yang memisahkan parit pertahanan dua pihak tentera yang saling berper.ang.)

Askar-askar ini dikatakan sebagai askar pelarian yang lari dari tugas, mereka datang dari pasukan tentera dari tujuh negara yang bertem.pur di medan per.ang di Eropah, berkumpul sebagai sekumpulan askar yang meninggalkan posisi masing-masing dengan tinggal di sekitar ruang ma.ut yang terpencil antara kubu tentera negara-negara yang berper.ang itu.

Mereka bergerak aktif menyelinap ke dalam parit yang terbiar untuk mengumpulkan sebarang barang berharga terutamanya makanan untuk meneruskan hidup. Dalam Per.ang Dunia Pertama, mereka ini boleh dikatakan sebagai pasukan tentera yang tidak bernegara.

Inilah kisah legenda tentang kumpulan yang digelar “orang liar”, ada kisah yang diceritakan dengan menggambarkan mereka sebagai manusia ga.nas dan memakan manusia lain akibat terlalu lapar.

Manakala pandangan moden yang lebih ‘woke’ percaya bahawa mereka hanyalah golongan anti-per.ang yang nekad meninggalkan kewajiban sebagai tentera untuk menjadi manusia sebenar yang saling mengasihi antara satu sama lain, tanpa mengira seragam negara apa yang mereka pakai.

Di sepanjang ruang literal dan metafora no man’s land itu lah lagenda tentang kemanusiaan dan kega.nasan lahir, dan walaupun kebanyakannya berakar umbi dari aspek sejarah, rata-rata yang lain sebenarnya adalah fiksyen semata-mata.

Sejak per.ang tamat, penglipurlara kisah ketenteraan telah menceritakan banyak versi kisah ini melalui fiksyen sejarah, sekaligus menimbulkan persoalan tentang asal usul kisah ini jika ianya kisah benar.

Orang liar dikatakan bergerak aktif pada waktu malam.

Ia tidak sama seperti Christmas Truce yang menjadi lagenda terkenal pada tahun 1914, di mana tentera Inggeris, Perancis dan Jerman meletakkan senjata untuk sama-sama bertukar hadiah, menyanyi dan bermain bola sepak demi semangat perayaan. Orang liar yang mendiami No Man’s Land semasa Per.ang Dunia Pertama adalah fiksyen sejarah.

Menurut pengkaji cerita rakyat, James Deutsch, Ardern Arthur Hulme Beaman, seorang leftenan kolonel dalam pasukan berkuda British yang menulis “The Squadroon” pada tahun 1920 telah bersumpah bahawa orang liar itu wujud, mereka terdiri daripada tentera British, Perancis, Australia dan Jerman, yang  tinggal di bawah tanah, seperti hantu yang keluar pada waktu malam untuk merom.pak dan membu.nuh.

Pada waktu malam seorang pegawai memberitahunya, mereka sering terdengar jeritan yang menakutkan dan bunyi tem.bakan dari perbatasan per.ang luas yang mengerikan itu seolah-olah binatang sedang berga.duh sesama mereka.

Tetapi pada tahun 1975, sejarawan Paul Fussell menganggap kisah orang liar itu sebagai “legenda per.ang terbaik yang paling cemerlang dalam penciptaan sastera serta paling kaya dengan ciri-ciri simbolik.”

Deutsch telah berusaha bertahun-tahun untuk mendedahkan asal-usul kisah itu, tetapi dia gagal mencari sebarang rujukan yang lebih awal daripada Beaman.

Tetapi itulah keindahan dan tragedi sebuah legenda: cerita yang terbaik dicipta tanpa mengambil kira asas dalam sejarah, tapi mampu kekal berakar umbi walaupun tanpa bukti kukuh, ia masih boleh dipercayai. Itulah kelebihan kisah legenda moden, ia diolah supaya kelihatan cukup masuk akal untuk dipercayai, dan ia tidak semestinya rekaan, tidak semestinya benar.

Situasi sebenar di dalam parit kubu.

Ada teori baru yang mengusulkan bahawa kisah orang liar di No Man’s Land itu telah disebarkan semasa per.ang kerana ia mungkin bertujuan untuk dijadikan peringatan kepada askar agar tidak sesekali meninggalkan kedudukan masing-masing hingga melintasi ruang larangan.

Mungkin askar ditakut-takutkan dengan ancaman sekiranya mereka cuba memasuki kawasan No Man’s Land, mereka mungkin akan ditarik ke bawah tanah oleh manusia yang ga.nas itu, yang akan memakan askar lain.

Ketakutan ini menjadi relevan kerana ketika itu manusia moden belum pernah melihat per.ang yang mengor.bankan nyawa dalam skala yang amat besar ketika Per.ang Dunia Pertama.

Semasa Per.ang Dunia Pertama, beribu-ribu orang atau askar yang terkor.ban gagal dikenal pasti dalam parit kubu di seluruh Eropah.

Gambaran kawasan no man’s land selepas pertem.puran.

Mereka mungkin menjadi mangsa per.ang, tetapi mereka dibangkitkan dalam legenda sebagai orang liar di No Man’s Land, di mana lagenda mereka akan terus kekal, selagi kita terus menyebarkan kisahnya.

RUJUKAN:

Beaman, A. Hulme. (2015). The Squadroon. Palala Press.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Leave A Reply