Biasanya mitologi direka oleh orang dahulu sebagai cara menjelaskan perkembangan ajaran agama atau sosial mereka. Seperti Yunani Kuno, salasilah dewa-dewi direka sebagai cara penyatuan beberapa buah kota yang menyembah tuhan yang berbeza.
Namun Orang Sumer yang membina tamadun pertama dunia menjelaskan perkembangan tamadun melalui mitologi.
Ia bermula dengan kisah kota pertama dunia, Eridu. Orang Sumer mementingkan pembinaan tamadun secara material. Bangunan, parit, jalan raya. Benda sebegini mereka sangat menitikberatkan sehingga mana yang rosak mereka segera baiki. Dari situ lahir Dewa Enkidu. Dewa Pembangunan, dewa kota Eridu. Dewa Enkidu disifatkan sebagai pengajar ilmu dunia kepada manusia. Dewa itu ada zat atau sifat-Nya dalam bentuk ‘Me’. Sifat-sifat agung Dewa Enkidu diterjemah dalam ‘Me’ (kita sebut Meh).
Manakala kota Uruk atau Unug, rakyatnya menyembah Dewi Inanna, dewi kesuburan dan cinta. Sejarah Dewa Inanna yang pernah menjadi pelacur melihatkan kelahiran dewi itu bermula dari kehidupan rakyat kota Uruk yang mengamalkan kehidupan seks rambang. Pelacuran di mana-mana. Hubungan sejenis menjadi kebiasaan. Macam rakyat kota Sodom yang dilaknat oleh Allah SWT.
Namun kota Uruk berkembang menjadi kota yang megah mendahului kota Eridu. Perkembangannya diterjemah dalam mitos pertemuan Dewi Inanna dan ayahandanya, Dewa Enkidu.
Dewi Inanna berniat untuk meminta permohonan dari ayahandanya dan Dewa Enkidu yang mengetahui hajat anaknya mengarahkan rakyatnya untuk menyediakan jamuan dan layanan istimewa.
Tiba di kota Eridu, mereka berdua berpesta dan apabila Dewa Enkidu mabuk, Dewi Inanna memukau ayahandanya dan merelakan memberi semua ‘Me’ kepada Dewi Inanna.
Sedar dari mabuk, Dewa Enkidu perasan semua ‘Me’ miliknya telah hilang. Dia bertanya kepada menterinya dan dia ceritakan segalanya. Dewa Enkidu murka dan mengarahkan menteri dan beberapa ekor raksasa mengejar Dewi Inanna yang belayar mengunakan Boat of Heaven.
7 kali kempen mengejar dilakukan namun Dewi Inanna tetap terlepas dari cengkaman ayahandanya itu. Tiba di kota Uruk, dewi Inanna persembahkan keabadian kepada rakyatnya. Itulah penamat kisah Dewa Enkidu dan Dewi Inanna.
Tidak pasti apa pengakhirannya namun apa yang pasti dalam realiti kota Uruk menjadi kota paling megah dalam tamadun Mesopotamia kerana berkat usaha Dewi Inanna dan seterusnya melahirkan raja Uruk yang lagenda, Gilgamesh.
Rujukan:
Paul Kriwaczek. Babylon: Mesopotamia and The Birth of Civilization, p.p 23 – 37
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih