Dari Kerajaan Melayu Champa, sehinggalah ke Mamluk di Mesir, Monggol menyerang seperti belalang juta yang memakan tanam-tanaman yang terbentang yang dibangunkan oleh para petani. Salah satu daripada kerajaan yang tidak terlepas dari bala amukan Monggol ialah Jepun yang ketika itu dibawah pemerintahan Maharaja Kameyama. Ada yang gagah bertahan seperti Raden Wijaya pengasas Empayar Majapahit dengan penuh bijaksana dan berhelah. Ada juga yang kecundang awal seperti Dinasti-Dinasti China.
Semuanya bermula ketika tahun 1266, di mana pemerintah Monggol yang bernama Kublai Khan telah menghantarkan kiriman surat kepada maharaja Jepun yang bernama Kameyama, menuntut supaya Maharaja Jepun tunduk pada kekuasaan empayar Monggol. Malangnya utusan Kublai Khan yang merupakan pengasas Dinasti Yuan di China kembali ke China tanpa sebarang jawapan daripada Maharaja. Namun sebarang tindakan tidak langsung dilakukan oleh Kublai Khan ketika itu kerana dia sedang sibuk menundukkan Dinasti di China.
Ia pada 1272, selepas setahun menyatukan seluruh China dan mengasaskan Dinasti Yuan di China, barulah Kublai Khan kembali menumpukan perhatiannya ke arah Jepun. Ianya bermula dengan pembinaan kapal yang akan melintasi Selat Tsushima menuju terus ke Jepun. Dicatatkan bahawa Kublai Khan telah membina sekurang-kurangnya 300 kapal besar serta 400 – 500 buah pengakutan yang lebih kecil seperti perahu. Jumlah tentera yang mampu dibawa oleh Monggol ialah sekitar 40, 000 buah orang. Jepun pula hanya mampu membawa sekitar 10, 000 orang sahaja. Atas kertas, memang Jepun seperti bukan lawan yang standing.
Angkatan gergasi Monggol ini berlepas daripada Masan yang terletak di Korea Selatan hari ini, tepat pada musim Luruh pada sekitar 1274. Beberapa buah pulau di Selat Tsushima dan Pulau Iki berjaya ditawan dan sekurang-kurangnya, 300 orang Jepun yang mendiami pulau itu menjadi mangsa amukan Monggol sebelum terus menuju ke Teluk Hakata.
Ketika gelombang pertama serangan Monggol ini, kita dapat melihat kejutan yang dialami oleh para samurai yang menganggotai pasukan tentera Jepun. Kita semua tahu tentang kod Bushido yang menjadi pegangan tentera Jepun. Budaya perang di Jepun biasanya melibatkan wakil pahlawan dari pasukan mereka akan mara ke depan, mengumumkan nama dan keturunannya, dan mencabar musuh untuk pertarungan satu lawan satu. Tentera Monggol yang melihat apa yang dilakukan oleh para samurai ini naik pelik. Mereka tidak langsung menghantar wakil pahlawan daripada pihak mereka, sebaliknya melancarkan serangan besar-besaran ke atas samurai yang tampil itu serta tentera Jepun yang lain.
Teknologi peperangan yang digunakan oleh tentera Monggol ketika itu pun sebenarnya lebih maju daripada yang dimiliki oleh Jepun. Sebagai contoh, busur panah mereka mampu memanah dua kali lebih jauh daripada busur panah yang dimiliki oleh para Samurai Jepun. Akibatnya, di penghunung pertempuran, Jepun terpaksa berundur daripada medan perang.
Namun, siapa tahu bahawa dalam hal ini, TUHAN telah mengirimkan bantuan yang selepas ini akan membantu Jepun dalam menyelamatkan tanah air mereka. Pada malam itu juga, hujan lebat sedang mencurah-curah turun. Ketika itu, anggota tentera Monggol yang terdiri daripada orang China dan Korea cuba menasihati para jeneral Monggol untuk menjauhkan diri daripada laut. Namun, mereka tidak mengendahkan nasihat daripada para penasihat ini dan kapal-kapal Monggol berlayar ke tengah lautan dan… taufan yang terkenal dalam sejarah iaitu Kamikaze mula membantai armada laut Monggol pada waktu malam.
Pada saat kapal-kapal Monggol dihancurkan oleh taufan Kamikaze, samurai-smurai Jepun telah menyelinap pada waktu malam dan telah membunuh seluruh penghuni kapal-kapal Monggol yang tinggal. Pada saat ini dikatakan bahawa pedang Jepun telah tersekat ketika mahu membelah tubuh tentera Monggol yang dibaluti oleh baju besi. Peristiwa ini telah membawa kepada penciptaan Pedang Katana yang selepas ini, sangat terkenal sehingga sampai ke Malaysia.
Kublai Khan tidak mahu duduk diam sahaja disitu, maka dirancangnya kempen kedua untuk menakluk Jepun. Ianya pada tahun 1280 di mana Kublai Khan telah mengasaskan kementerian baru dalam kerajannya, dan kementerian itu berfungsi khas untuk merencanakan rancangan penaklukan Jepun. Kali ini, bala tentera yang dikirimkan untuk menakluk Jepun jauh lebih besar daripada gelombang pertama Monggol ke atas Jepun. Khabarnya, terdapat 900 buah kapal yang mengandungi 40, 000 orang tentera gabungan Monggol sendiri, Korea dan orang China sendiri yang bergerak dari Misan, Korea. Di selatan China pula, 3500 buah kapal dilancarkan dengan sekurang-kurangnya 100 ribu orang tentera dalam kapal tersebut.
Kapal pertama sampai ke Jepun dari Misan, Namun, tentera Jepun yang berada dibawah Keshogunan Kamakura ketika itu yang berjumlah dalam 40 000 orang telah membina tembok tinggi sepanjang di Teluk Hakata. Ini membuatkan armada kapal Monggol itu tidak mempunyai banyak peluang untuk mendarat. Pada waktu malam pula, samurai-samurai ini akan menaiki sampan dan bot yang lebih kecil, yang lebih mobile dalam pertempuran. Mereka akan menyelinap masuk ke dalam kapal-kapal Monggol dan membunuh mereka. Lagipun mereka tahu tentera Monggol yang kebanyakannya dilatih dalam pertempuran dalam ruang terbuka akan mengalami masalah kalau bertempur secara dekat dan gelap. Mereka lebih terlatih bertempur di atas kuda. Apabila hari mula pagi, samurai-samurai ini akan berundur kembali ke balik tembok yang dibina oleh mereka. Taktik gerilla ini membuatkan bala Monggol itu tidak tertahan dan terpaksa berundur ke Selat Tsushima untuk menunggu 100 ribu dan 3500 buah kapal yang berlepas dari Selatan China. Lalu dua kapal ini bergabung untuk melanggar Jepun.
Tetapi sepertinya, tuhan tidak merestui tindakan Kublai Khan, ketika samurai-samurai ini sedang dalam kerisauan, dua-dua kapal yang sedang dalam perjalanan untuk melanggar Jepun ini sekali lagi dilanggar oleh taufan Kamikaze. Kali ini, dicatatkan bahawa 4000 buah kapal telah karam dibantai oleh ribut taufan. Selebihnya cuba mendarat di atas pantai, tetapi malangnya dibunuh dan dihancurkan oleh bala askar Samurai Jepun. Dicatatkan betapa kehancuran ketika itu, di Teluk Hakata, dikatakan hampir setiap inci pantai dipenuhi oleh tinggalan-tinggalan kapal yang karam.
Orang Jepun percaya bahawa taufan yang menyelamatkan mereka dikirimkan oleh tuhan mereka serta taufan itu diberi nama Kamikaze yang membawa maksud “divine wind”. Kublai Khan seperti berkongsi kepercayaan dengan orang Jepun dan menganggap bahawa tanah Jepun dilindungi oleh satu kuasa yang luar biasa, maka mereka mengambil keputusan untuk tidak menyerang Jepun lagi selepas itu.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih