Kurang setahun lagi Piala Dunia 2022 bakal diadakan di Qatar. Tetapi di Merida, Mexico, terdapat satu lagi Piala Dunia baru-baru ini diadakan iaitu Piala Dunia Pok ta Pok 2021.

Pok ta Pok ialah sukan bola yang berasal dari era Tamadun Maya yang menggabungkan sukan bola sepak dan bola keranjang.

Pok ta Pok dikatakan sudah wujud sejak 1,000 tahun lalu di kawasan yang dikenali sebagai Cancun dan Riviera Maya. Dan tidak mustahil sukan ini turut diketahui oleh orang Toltec dan Aztec menerusi variasi Pok ta Pok mereka. Bola yang digunakan ialah bola getah dengan berat melebihi 2kg.

Seperti acara sukan bola berpasukan, matlamat utama ialah menjaringkan gol dalam gawang lawan. Tetapi tidak seperti sukan bola sepak, pemain hanya boleh membuat hantaran dan menjaringkan gol dengan peha dan betis mereka sahaja. Ruang stadium yang digunakan berbeza mengikut saiz dengan sesetengah gawang yang berbentuk bulat boleh mencapai ketinggian 20 kaki di atas gelanggang. Tiada tempoh dinyatakan bila tamat perlawanan dengan sesetengah perlawanan boleh berlanjutan selama berhari-hari.

Walaupun ia merupakan sukan yang menjanjikan keseronokan kepada pemain, ia juga berperanan sebagai alat diplomasi. Ini termasuk menyelesaikan pertelingkahan yang timbul antara kumpulan-kumpulan yang bertelagah dan golongan bangsawan. Jadi, usah terkejut jika pemain atau pasukan yang kalah dikorbankan kepada dewa-dewi Maya sebagai tanda penghormatan. Bagaimanapun, Pok ta Pok kemudiannya diharamkan oleh Conquistador selepas tiba di Mexico pada 1519.

Kini, wujud kumpulan individu di negara-negara yang pernah membentuk tamadun Maya yang ingin mengembalikan sukan itu untuk tatapan peminat. Untuk versi moden Pok ta Pok, tempoh permainan ialah 26 minit (13 minit untuk dua separuh masa) dan pemain hanya dibenarkan menggunakan peha dan betis.

Jika mereka dikesan menggunakan anggota tubuh lain, markah mereka akan ditolak. Setiap pasukan hanya boleh menyepak bola sekali sebelum berganti giliran dengan pasukan lawan.

Walaupun nyawa tidak lagi menjadi taruhan seperti era pra-Columbia. itu bukan bermakna ia tidak bebas daripada risiko. Atas sebab itu, sebelum perlawanan, seorang pawang Maya akan menggoncang dan meniup asap cangkerang pada pemain setiap pasukan sambil membaca mantera. Menurut pawang Maya Tiburcio Can May, dengan berbuat demikian, para dewa-dewi Maya akan merahmati dan melindungi pemain daripada kecederaan.

Bagi seorang pemain Pok ta Pok dari Belize, France Novelo, dengan bermain permainan ini, ia seolah-olah membantu mereka mendapatkan semula warisan kebudayaan yang cuba dihapuskan oleh penjajah. Pandangan tersebut dipersetujui Presiden Persatuan Sukan Bola Nenek Moyang Maya Amerika Tengah dan Carribean, Jose

Manrique. Tambahnya, atas sebab inilah juga ia diteruskan sebagai upacara menghormati nenek moyang dan dewa-dewi Maya mereka.

Piala Dunia Pok ta Pok diadakan buat kali pertama di Chichen Itza, Mexico pada 2015. Ia kemudiannya dianjurkan di Guatemala pada 2017 dan El Salvador pada 2019. Ketika ini, ia hanya terbuka untuk pasukan lelaki.

RUJUKAN:

AFP. (2021, 13 Disember). Pok ta Pok: Mayan ball game that’s serious business.

AMA Travel. POK-A-TOK IS THE ANCIENT MAYAN SPORT WE DARE YOU TO PLAY.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.