Perkara paling penting bagi setiap organisme bernyawa adalah makanan. Dan manusia terhutang budi kepada industri pertanian. Penanaman dan penternakan telah lama menjadi sebahagian daripada cara hidup manusia. Manusia sudahpun mula makan bijirin sejak 100,000 tahun dahulu. Haiwan pula didapati mula diternak di Mesopotamia, sekitar 15,000 tahun yang lepas.

Tetapi hakikatnya, manusia bukan satu-satunya spesis di Bumi yang mampu bertani. Malah, manusia bukannya spesis yang mempunyai sistem pertanian terbaik pun. Itulah hakikat kerana pertanian telahpun menjadi asas bagi sekurang-kurangnya 250 spesis semut. Dengan pengalaman jutaan tahun, semut bukan sahaja mampu hasilkan makanan untuk kekalkan populasi dalam sarang. Semut telahpun mencapai kemampuan yang seiring dengan perkataan industri.

Berdasarkan teori evolusi, serigala sebagai contohnya mempunyai hubungan naluri yang kuat antara ibu bapa dan anak. Sedikit demi sedikit spesis mereka akan berubah, berdasarkan faktor tertentu seperti cuaca. Perkara yang sama boleh dilihat dalam manusia. Jika seorang manusia dihumban dalam dugaan, tentu watak periangnya boleh berubah sehinggalah satu tahap jiwanya akhirnya berlainan. Begitu juga dengan semut, yang mana pengamalan nenek moyang serangga ini telahpun kukuhkan naluri agar dapat berdikari dengan diri sendiri demi kebajikan koloni masing-masing.

Budaya ini dipercayai bermula apabila semut mula hidup di kawasan kering, dimana kulat tidak dapat hidup secara sendiri tanpa kelembapan yang diperlukan. Dijangka berlaku sejak 30 juta tahun dahulu, pada ketika Bumi mula sejuk menjadikan kawasan-kawasan kering, kulat mula hilang keupayaan untuk hidup secara sendiri. Perubahan iklim sebegini telahpun cetuskan simbiosis antara semut dan kulat. Dan kerjasama dua kehidupan ini telah menghasilkan satu kejutan bagi alam semulajadi.

Penanaman kulat secara zahirnya akan bermula apabila puteri ratu semut tinggalkan sarang untuk tubuhkan koloninya sendiri. Puteri ini akan mengambil secebis daripada stok kulat sarang ibunya untuk dijadikan induk. Dan akhirnya hubungan bersama semut telah membuatkan kulat bergantung kepada serangga ini.

Proses ini sangatlah sama dan lazim seperti jagung yang boleh pupus tanpa manusia. Setengah semut pula mampu jinakkan kulat ini agar dapat halau penyakit dalam keadaan pertumbuhan yang sesuai. Inilah yang dikatakan dengan industri semut secara tersendiri. Dan pengalaman warisan semut mampu mengajar manusia untuk amalkan pertanian pada kadar yang lebih baik lagi.

Semut juga memiliki sejenis bilik rumah hijau seperti manusia. Dalam ruangan ini, semut mampu kekalkan kelembapan yang diperlukan. Kalau terlalu kering, semut akan keluar untuk dapatkan air. Dan mereka akan serap air jika terlalu basah. Jadi, tidak kira jika iklim berubah sekali lagi, kulat masih lagi dapat dihasilkan dalam ruangan-ruangan ini. Semut mampu berikan kulat apa-apa jenis zat yang mirip seperti baja agar dapat elakkan penyakit, perosak dan kemarau.

Maka berdasarkan bukti-bukti yang ditemui ini, manusia tidak boleh secara rakus musnahkan habitat semut. Selama 30 juta tahun (barangkali 60 juta tahun), semut telah menubuhkan industri yang sangat pesat. Terlalu banyak ilmu yang tersembunyi dalam biologi mereka. Sememangnya lebih relevan bagi setiap pengusaha belajar daripada yang lebih berpengalaman.

Dan siapa yang lebih berpengalaman, kalau bukan semut?

Rujukan

[1] https://blogs.scientificamerican.com/observations/humans-feasting-on-grains-for-at-least-100000-years/

[2] https://books.google.co.il/books?id=N5dN_A29v58C&printsec=frontcover&hl=ru&source=gbs_ge_summary_r&cad=0#v=onepage&q&f=false

[3] http://www.news24.com/Green/News/ants-mastered-agriculture-30-million-yrs-before-man-20170413

[4] https://www.washingtonpost.com/news/speaking-of-science/wp/2017/04/11/how-humble-fungus-farming-ants-turned-into-agricultural-titans/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.