Setiap kali pengkaji Mesir Purba menemui mumia atau artifak, satu barang tidak pernah muncul iaitu mahkota milik Firaun. Tetapi ia digambarkan dalam banyak patung atau lukisan Firaun pada monumen-monumen penting Mesir Purba. Jadi, apa cerita sebenarnya mahkota Firaun ini?

Berdasarkan fakta ketiadaan mahkota bersama mumia Firaun baik di piramid atau Lembah Raja-Raja, hanya satu konklusi yang boleh dibuat. Ia merupakan simbol kekuasaan baginda ke atas kerajaan Mesir Purba, baik pada masa aman mahupun pe.ra.ng semasa hayatnya.

Ini berdasarkan jenis mahkota berbeza yang dipakai para Firaun. Misalnya, Desjret ialah simbol kepada Mesir Bawah, Hadjet (Mesir Atas) dan Psjent ialah gabungan dua mahkota tersebut yang mewakili dua wilayah Mesir di bawah satu pemerintahan Firaun. Sementara Chespresj pula merupakan mahkota yang dipakai Firaun semasa pepe.ra.ngan. Pendek kata, setiap mahkota Firaun mewakili detik penting dalam era pemerintahan mereka.

Rajah 1: Ukiran patung Akhenaten memakai Chespresj semasa menentang musuh dalam pepe.ra.ngan.

Mahkota bukan saja dipakai oleh Firaun tetapi para dewa-dewi Mesir Purba. Ini kerana sebelum kemunculan Firaun lebih 5,000 tahun lalu, dewa-dewi merupakan pemerintah pertama bumi berkenaan. Para Firaun seperti Ramses II, Akhenaten dan Tutankhamun merupakan keturunan terpilih dewa-dewi ini dan dipilih untuk meneruskan pemerintahan mereka di Mesir.

Setiap mahkota yang dipakai melambangkan fasa berbeza kehidupan Firaun. Pada akhir hayat baginda, mahkota terakhir atau hiasan  kepala Nemes digunakan sebagai topeng kemangkatan mereka. Dengan hiasan kepala Nemes, ini menunjukkan pengakhiran kehidupan Firaun di dunia ini dan permulaan hidup di alam barzakh.

Hiasan kepala Nemes bukanlah mahkota sebenar tetapi sehelai kain yang digunakan untuk meliputi mahkota dan bahagian belakang kepala Firaun. Dua bahagian kain ditolak ke bawah bersebelahan dengan telinga dan bahagian hadapan bahu. Sementara bahagian belakang kain diikat dalam bentuk tocang berbentuk cincin. Sementara simbol Uraeus digabungkan dengan semua elemen mahkota bagi melambangkan kekuasaan Firaun ke atas tanah Mesir Purba.

Ini sama sekali berbeza dengan lambang Uraeus yang digunakan oleh Tutankhamun pada mahkotanya. Lambang tersebut digabungkan dengan simbol burung hering sebagai simbol dirinya juga seorang dewa. Ini menjadikan Tutankhamun sebagai Firaun yang penting pada zamannya. Ini juga menjadikan baginda satu-satunya Firaun yang menggunakan dua simbol itu pada mahkotanya.

Rajah 2: Topeng kemangkatan Tutankhamun

Topeng kemangkatan Tutankhamun diperbuat daripada emas dan sejenis batu permata berwarna biru langit bernama lapis lazuli. Lapis lazuli selalunya diletakkan dalam makam-makam dan kubur-kubur Mesir Purba sebagai peneman si ma.ti di alam barzakh. Ia melambangkan peta atau papan tanda yang dilihat si ma.ti semasa mengharungi alam barunya itu. Penggunaan emas dan lapis lazuli melambangkan kehidupan dan kema.ti.an individu berkenaan.

Hiasan kepala Nemes turut digunakan sebagai cara mengira usia sebenar Firaun. Caranya ialah dengan mengira cincin yang terdapat pada hiasan kepala Nemes sebelum disamakan dengan jumlah tahun matahari semasa hayat baginda. Misalnya, pada tocang hiasan kepala Tutankhamun, ia mempunyai 19 cincin bersamaan dengan usia baginda semasa mangkat iaitu sekitar 18/19 tahun.

Rajah 3: Usia Thutmose IV berdasarkan cincin pada hiasan kepala baginda menunjukkan baginda berusia 32 tahun semasa patung ini dihasilkan.

Cara sama boleh digunakan pada ukiran patung Firaun Thutmose IV yang kini dipamerkan di Muzium Louvre, Paris. Baginda dikatakan mangkat pada usia 35 tahun. Tetapi cincin pada hiasan kepala baginda mempunyai 32 cincin sekaligus menunjukkan usia baginda semasa patung itu dihasilkan ialah 32 tahun. Kaedah orang Mesir Purba dalam merekodkan kronologi dan usia pemerintah mereka merupakan satu lagi kejutan menarik buat komuniti pengkaji Mesir Purba.

Nota kaki

Uraeus – lambang ular tedung Mesir yang digunakan oleh Firaun pada mahkota mereka sebagai simbol kedaulatan, diraja dan status mereka sebagai dewa-dewi Mesir Purba.

RUJUKAN

Witteveen, W. (2013, 23 Jun). The Crowns of the Pharaohs. Ancient-Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.