Gunung Vesuvius dan Pompeii berpisah tiada. Apabila gunung berapi itu mele.t.us pada tahun 79 Masihi, ia memuntahkan awan debu dan meliputi kota tersebut selama lebih 2,000 tahun. Ia hanya ditemui semula pada abad ke-18 dan terus menarik perhatian pengkaji arkeologi sehingga hari ini. Tetapi di Herculaneum, sebuah bandar tidak jauh dari Pompeii, ia boleh diibaratkan sebagai Hiroshima era antikuiti!

Hiroshima di sini ialah Hiroshima pasca-se.ra.ngan b.o.m atom Amerika Syarikat pada pertengahan 1945. Bagi ahli arkeologi Domenico Camardo, gambaran itu amat sesuai kepada Herculaneum selepas dibadai aliran piroklas Vesuvius pada 79 Masihi. Dengan suhu aliran sekitar 400-500° Celsius, otak dan da.r.ah penduduk ketika itu akan cepat mendidih sekaligus meninggalkan ma.y.at dalam keadaan menyayat hati.

Rajah 1: Le.tu.san Gunung Vesuvius pada 79 Masihi menjadikan Herculaneum ibarat padang jarak, padang tekukur.

Mungkin ada menganggap label yang diberi Camardo ini sebagai mengarut. Tetapi itulah gambaran tepat rangka yang ditemui di kawasan pantai lama kota itu pada Oktober lepas. Lensa kamera yang menangkap imej rangka yang dinyatakan seolah-olah menunjukkan ia masih segar padahal ia berlaku lebih 2,000 tahun lalu.

Rajah 2: Rangka penduduk Herculaneum yang ditemui pasukan pengkaji baru-baru ini. Sumber: Taman Arkeologi Herculaneum

Pakar arkeologi percaya rangka dipercayai milik seorang lelaki berusia antara 40 hingga 45 tahun itu cuba melarikan diri ke laut sebaik mendapat tahu le.tu.san Gunung Vesuvius. Lelaki tersebut terbu.n.uh selepas terkena aliran piroklas – hanya beberapa kaki dari kawasan laut. Turut ditemui bersamanya ialah sebuah beg kulit kecil yang mengandungi sebuah kotak kayu. Salah satu objek yang terkeluar daripada kotak berkenaan ialah sebentuk cincin.

Pakar pemuliharaan Nunzia Laino percaya semasa le.tu.san berlaku, lelaki itu cuba melarikan diri bersama harta miliknya. Disebabkan beg tersebut mengandungi pelbagai objek termasuk cebisan fabrik, sebarang pengeluaran perlu dibuat dengan berhati-hati. Ini bagi membolehkan kajian dapat dilakukan pada objek yang dikeluarkan.

Ekskavasi di Herculaneum tidaklah seglamor ekskavasi di Pompeii tetapi ia telah berlangsung selama 30 tahun. Di sini, ekskavasi pada 80-an dan 90-an mendedahkan 300 rangka manusia yang masih terpelihara dengan baik. Pengkaji arkeologi percaya rangka-rangka ini terdiri daripada penduduk yang berlindung di pondok-pondok laut sementara menanti peluang untuk diselamatkan.

Selain rangka penduduk Herculaneum, mereka turut menemui rangka milik seorang ten.te.ra Rom pada tahun 80-an berhampiran dengan lokasi rangka baru yang ditemui. Ten.te.ra ini dipercayai sebahagian daripada angkatan laut Rom diketuai Pliny the Elder yang dihantar ke Pompeii dan Herculaneum untuk menyelamatkan orang awam semasa Vesuvius mele.t.us.

Camardo percaya Herculaneum pada mulanya dimu.sn.ahkan menerusi awan piroklas yang memba.ka.r tumbuhan, penduduk dan haiwan ternakan. Ia kemudiannya tertimbus sedalam 20 meter di bawah enam gelombang banjir lumpur. Tetapi berbeza di Pompeii, lumpur yang kemudiannya mengeras memelihara semua tinggalan organik berikutan ia tidak dapat dimasuki oleh oksigen. Antara contoh artifak yang terpelihara di Herculaneum ialah makanan penduduk ketika itu.

Seperti Pompeii, Herculaneum hanya ditemui semula sekitar abad ke-18. Dan pada era antikuiti, ia jauh lebih kaya daripada Pompeii berdasarkan penemuan vila-vila yang dihias dengan fresko dan lantai mozek. Salah satu vila yang ditemui ialah vila House of the Bicentenary (Rumah 200 Tahun) yang ditemui pada 1938.

Aktiviti ekskavasi terbaru di kawasan pantai Herculaneum mendedahkan satu lagi penemuan menarik iaitu inskripsi kuil yang didedikasikan kepada Dewi Venus. Mereka turut menemui perabot-perabot kayu dari kawasan kediaman dan perniagaan di kawasan sama. Sebahagian kawasan pantai yang diekskavasi akan dibuka kepada orang ramai sekitar tahun 2024.

RUJUKAN

Giuffrida, A. (2021, 2 Disember). Er.up.tion of Vesuvius on Herculaneum ‘like Hiroshima bo.m.b’. The Guardian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.