Penyakit cacar pernah bermaharajalela dulu semasa dunia belum direzekikan sebuah vaksin yang berkesan. Ketika itu ibu bapa sentiasa risau, kerana risiκο kemαtiαη dalam kalangan bayi adalah 30 peratus.

Bayangkan bagi setiap empat anak terkena jangkitan, seorang mesti jalan selepas mengharungi simtom yang sangat teruk seperti demam, ruam dan ulser mulut. Asal-usul cacar tidak dapat dipastikan, oleh kerana tempoh masa beribu tahun.

Seramai empat juta warga Eropah dipercayai meninggal dunia kerana cacar sepanjang abad ke-18 (Hays, 2005). Dua abad kemudian, angka kemαtiαη mencecah 300 juta.

Jadi pemantau perubatan sebelum penubuhan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sudah gigih mencari jalan untuk selesaikan masalah ini.

Gambaran cacar.

Walaupun imbangan alam tidak boleh diganggu, mereka mahu memastikan virus penyebab cacar pυpυs buat selamanya. Variola boleh merebak melalui aktiviti manusia seperti percakapan, bersin atau batuk.

Malah variolajuga terbukti mampu hidup pada tuala dan pakaian. Orang dulu takkan sesekali berkongsi, terutamanya dalam kalangan zon panas. Yang serabutnya, variola mempunyai tempoh inkubasi santara 7 hingga 19 hari. Sepanjang tempoh ini, pembawa boleh menyebarkan kepada sesiapa sahaja.

Maka apabila vaksin berjaya dibuat, orang ramai berpusu-pusu pergi mendapatkannya. Dan akhirnya, keringat mereka berbaloi – kerana variola semakin terαηcαm. Situasi ini seakan-akan sama dengan SARS-CoV-2 yang dihimpit vaksin hari ini.

Bentuk cacar dalam mikroskop.

Tetapi ramai bising pasal dos penggalak pula. Mungkin inilah masa paling sesuai untuk berbicara pasal Janet Parker yang bekerja sebagai jurugambar perubatan pada 1970-an.

Penerima Vaksin Yang Terkena Variola

Banyak makmal menyimpan sampel variola untuk tujuan penyelidikan. Salah satu makmal adalah tempat kerja Janet Parker, yang jatuh sakit pada 11 Ogos 1978. Badannya mula naik ruam. Namun sembilan hari kemudian, baru semua dikejutkan dengan berita buruk: beliau didapati positif Variolla major, spesis paling celαkα yang menyebabkan cacar (Lockley, 2016).

Janet Parker.

Pihak kesihatan berhempas pulas mengenal pasti semua kontak rapat – lebih daripada 500 orang – sepanjang tempoh inkubasi variola. Nama mana yang naik disumbat dalam bilik kuarantin.

Diagnosis ini membuktikan bahawa penerima vaksin tidak kebal. Parker sebenarnya sudah menerima vaksin pada tahun 1966. Tetapi beliau tidak divaksinkan bagi tahun-tahun yang menyusul.

Tiada dos penggalak diberi untuk mengukuhkan sistem imunnya supaya boleh sentiasa melαωαη variola. Dan pαdαhnya sangat teruk: Parker meninggal dunia pada 11 September 1978, orang terakhir yang jalan kerana variola.

Kesan Sampingan Luar Biasa

Variola bermula di bahagian paru-paru sebelum merebak ke kulit, usus, ginjal dan otak melalui salur dαrαh. Kalau ikut rekod, pesakit hanya boleh bertahan selama lapan hingga 16 hari sebelum tubuh badan hαηcυr.

Janet Parker bertahan selama sebulan, membuktikan yang vaksin masih berupaya memberi perlindungan… tetapi tidak cukup kerana tubuhnya tiada dos penggalak.

Ruam pada kaki Janet Parker.

Bukan beliau saja yang pergi – bapanya pun sama; jantung Frederick Witcomb berhenti, dan pihak perubatan tidak berani menjalankan bεdαh siasat.

Sepanjang tempoh gila ini, media bermain persepsi terlalu banyak terhadap Universiti Birmingham. Ramai menuding jari terhadap Henry Bedson, selaku ketua institut perubatan yang terlibat.

Profesor Henry Bedson.

Dalam naratif mereka, Bedson adalah orang jahat. Setiap hari ada saja kisah pasal beliau… sampai satu tahap, Bedson ditemui terdampar di laman rumahnya berlυmυrαη dαrαh di bahagian leher dengan sekeping nota: “aku memohon seribu ampun kerana gagal menjaga amanah ramai sahabat dan rakan kerja.”

RUJUKAN:

Hays, J.N. (2005). Epiδεmics and Pαηdεmics: Their Impacts on Human History. ABC-CLIO. Halaman 151-152.

Lockley, M. (2016, Mei 15). The smallpox (ditapiskan) that locked down Birmingham could have been avoided. Birmingham Mail.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.