“Sesuatu yang telah lama berpecah, pasti akan kembali bersatu. Dan sesuatu yang telah lama bersatu pasti akan kembali berpecah. Demikianlah yang telah berlaku di dunia sejak dahulu kala.”  – Ayat pembukaan Hikayat Tiga Kerajaan.

Berlatarkan sekitar awal abad ketiga, Dinasti Han yang pernah gemilang suatu ketika dahulu kini sedang berada di penghujung usianya. Mereka yang cuba meletakkan diri mereka sebagai pemerintah China seterusnya telah membawa empayar itu ke ambang pepe.rangan.

Sida-sida istana berkomplot, pemerintah jatuh, dan pahlawan hebat dilahirkan dalam pertem.puran epik.  Rakyat jelata yang mendambakan keamanan, tertanya-tanya apa yang akan terjadi dalam hidup mereka apabila pe.rang tercetus di seluruh negara. Dinasti itu tampaknya telah kehilangan “Mandat Syurga”— apa seterusnya?

Ini adalah latar belakang untuk karya sastera klasik Hikayat Tiga Kerajaan, salah satu daripada empat tonggak besar kesusasteraan China. Pengarang yang mencipta karya ini pada abad keempat belas, Luo Guanzhong, menggunakan sejarah dan cerita rakyat untuk mencipta novel fiksyen berwarna-warni yang mempamerkan hal ehwal politik dan sosial era itu.

Ia bukan sekadar sebuah novel, malahan ianya merupakan salah satu bentuk alat propaganda kaum Han dalam usaha mereka mahu menggulingkan pemerintahanan Dinasti Yuan, pemerintahan bangsa Mongol yang sudah lama menjajah tanah air mereka.

Hikayat Tiga Kerajaan.

Selain itu, ia dianggap sebagai buku panduan kepada strategi ketenteraan yang telah disamakan dengan kitab Seni Pepe.rangan (The Art of W.ar) karya Sun Tzu. Melalui Hikayat Tiga Kerajaan, pembaca boleh bertemu berpuluh-puluh watak ikonik dari sejarah, dan menyaksikan pertem.puran dalam setiap skala.

Tiga Kerajaan adalah teras identiti budaya Cina Han, dan terutamanya, konsep yi— unsur pengikat terpenting yang mengikat sebuah masyarakat yang harmoni.

Tiga Kerajaan Berpe.rang

Ketika para panglima wilayah berkumpul untuk bersaing demi ketuanan, tiga pemimpin utama akan muncul. Nama mereka ialah Liu Bei, Cao Cao, dan Sun Quan. Mereka ini adalah lelaki yang mempunyai perwatakan yang menggerunkan, kehebatan, dan tipu daya, masing-masing ingin melihat cita-cita dipenuhi.

Mereka adalah penguasa kerajaan masing-masing iaitu Shu, Wei, dan Wu, dan masing-masing bercita-cita untuk menyatukan empayar “Di Bawah Syurga,” mengikut kaedah dan prinsip tersendiri.

Dengan bantuan kebijaksanaan dan jiwa yang paling berani pada masa itu, ketiga-tiga kuasa ini bangkit untuk berkuasa dan terlibat dalam pertandingan epik demi masa depan China.

Kerajaan Shu-Han

Panglima Pe.rang Liu Bei ialah pengasas Kerajaan Shu. Tuntutannya terhadap takhta empayar adalah berdasarkan darah keturunannya yang merupakan sebahagian dari keluarga pemerintah Dinasti Han dan dengan itu dia berhak meneruskan warisan Han.

Sumpah Bersaudara di Taman Persik

Liu Bei digambarkan sebagai pesaing yang paling sah dan layak. Dia berpandangan jauh dan berjiwa besar, tetapi tak mempunyai sumber dan pengaruh kuasa seperti pesaingnya.

Tetapi perwatakannya yang tinggi bertindak seperti magnet yang menarik minat beberapa tokoh yang bukan calang-calang orangnya — pakar strategi yang membingungkan mu.suh dan para pahlawan yang hampir sem.purna. Bersama-sama, mereka berjaya menubuhkan negeri mereka sendiri.

Perikatan wira-wira ini bermula dalam salah satu daripada bab terawal Hikayat Tiga Kerajaan yang paling terkenal: Sumpah Tiga Bersaudara di Taman Persik. Liu Bei dan dua lagi pahlawan iaitu Zhang Fei dan Guan Yu bersumpah menjadi adik beradik sedar.ah.

Ikatan antara ketiga-tiganya membentuk tema yang kuat yang terus bersatu di sepanjang kisah. Kemudian, pengaruh Liu Bei meningkat dengan cepat selepas mendapat bantuan seorang Taois dan pakar strategi bernama Zhuge Liang.

Beberapa babak yang terkenal dalam novel ini, seperti Mengumpul Anak Panah Dengan Sampan Jerami adalah kesan dari eksploitasi karakter Zhuge.

Kerajaan Wei

Dari ketiga-tiga kerajaan yang bersaing ini, Cao Cao adalah yang paling bercita-cita tinggi dan merupakan saingan Liu Bei yang paling licik dan ke.jam. Berikut adalah contoh dialog antara Cao Cao dan salah seorang pegawai setianya:

Cao Cao: Aku perlu meminjam sesuatu daripada kamu. 

Pegawai: Tentu saja boleh, apa itu?

Cao Cao: Kepala kamu. 

Pegawai: Apa? Tapi apa kesalahan aku?

Cao Cao: Kamu tak bersalah, aku cuma perlukan seseorang menjadi watak penjahat yang menyebabkan bekalan makanan tentera semakin kurang, jadi oleh kerana kamu adalah pegawai yang bertanggungjawab mengendalikan bekalan, kepala kamu diperlukan untuk menaikkan kembali moral tentera.

Pegawai: Tolonglah tuan, aku masih ada keluarga yang menunggu kepulanganku!

Cao Cao: Jangan risau, aku akan pastikan nasib dan kebajikan keluarga kamu terbela.

Cao Cao mempunyai angkatan tentera yang sangat besar dan kesetiaan sebahagian besar gabenor wilayah.  Beliau juga seorang penyair yang berprestasi, di mana karya-karyanya terus memberi impak yang signifikan terhadap gaya puisi Cina.

Kerajaan Wu

Sementara itu, keturunan Sun menguasai sebahagian besar kawasan di selatan China, termasuklah kawasan Vietnam moden. Pada usia 18 tahun, selepas Sun Ce dibu.nuh, adiknya Sun Quan mengambil alih kuasa.

Semasa Pertem.puran Chi Bi yang sengit, Sun Quan bersekutu dengan Liu Bei untuk menghalang armasa tentera Cao Cao daripada mara dan menyeberangi Sungai Yangtze.

Namun, persekutuan mereka tidak kekal lama, dan ketiga-tiga kerajaan itu terus bangkit dan bersaing untuk masa depan China. Tetapi dalam kisah memukau yang penuh dengan kejayaan dan pengor.banan ini, setiap episod akan kembali kepada prinsip yi.

Maksud Yi

Aksara Cina untuk Yi, 義, terdiri daripada 羊 (biri-biri) di atas dan 我 (aku, diriku) di bahagian bawah.  Dalam budaya Cina, biri-biri adalah simbol kemakmuran kerana sifatnya yang jinak dan patuh. Karakter “aku” 我 berasal dari skrip tulang ramalan kuno di mana ia mewakili alat pertem.puran yang lengkap dengan gigi tajam.

Digabungkan, karakter Yi 義 secara literal bermaksud, “Aku adalah biri-biri.”  Secara simbolik, ia mencadangkan simbol pengor.banan di atas nama keadilan.

Judul novel Hikayat Tiga Kerajaan dalam bahasa Cina, San Guo Yan Yi (三國演義), juga boleh diterjemahkan sebagai “Tiga Kerajaan Mempersembahkan Yi.”  Yi (disebut ee) lebih tepat diterjemahkan sebagai “kebenaran” atau “tanggungjawab.”  Walau bagaimanapun, konsep ini berkembang untuk merangkumi penghormatan, kebajikan, kesetiaan, tidak mementingkan diri sendiri, dan persaudaraan.

Rangkuman variasi karakter yi.

Yi menerangkan hubungan yang baik antara pemerintah dan rakyat, bapa dan anak, suami dan isteri, dan antara saudara dan kawan. Dalam budaya masyarakat Cina tradisional, peraturan ini harus diterima iaitu tidak kira apa yang berlaku, seseorang wajib mematuhi yi.

Mungkin jelmaan terulung prinsip yi boleh dilihat dalam watak panglima Guan Yu. Juga dikenali sebagai Dewa Guan Gong, generasi selepasnya mendirikan tokong bagj memperingatinya dan menyembahnya sebagai “Dewa Pe.rang.”

Dalam awal kemunculannya semasa kesemua panglima pe.rang masih bersatu untuk menentang Dong Zhuo yang memperalatkan maharaja, dia bersetuju untuk menentang dengan mu.suh yang lebih kuat.

Maka Cao Cao menuangkan semangkuk wain panas untuk mendoakan kejayaannya, tapi Guan Yu enggan meminumnya dan mengatakan yang dia akan kembali sebentar lagi. Beberapa minit kemudian, dia kembali membawa bersama kepala mu.suh yang dipen.ggal ketika mangkuk wainnya masih panas.

Bersama dengan janggutnya yang lebat, semangat yi yang tidak terkalahkan itulah menjadikan dia antara tokoy yang paling diingati. Bahkan semasa di saat dia menghadapi ambang kekalahan, pahlawan yang sebelum itu tak pernah dikalahkan itu mengucapkan kata-kata keramat:

“Sekiranya tembok kota ditakdirkan runtuh, itu bermakna kema.tian, itu sahaja. Batu jed boleh hancur, tetapi kau tak boleh mengubah keputihannya. Buluh boleh hangus, tetapi sendinya tak boleh dimus.nahkan. Tubuh mungkin binasa, tetapi namanya akan kekal untuk keturunannya.”

Untuk melindungi keluarga ketuanya, Liu Bei, Guan Yu pernah membiarkan dirinya ditangkap oleh mu.suh sendiri, iaitu Cao Cao.

Guan Yu

Cao Cao, yang sudah lama mengagumi bakat Guan Yu sebagai seorang pahlawan, cuba memujuknya agar menyertai pihaknya dengan menawarkan harta yang tak pernah dia berikan kepada pegawainya yang lebih lama setia kepadanya. Bahkan, kuda Kelinci Merah yang pernah digunakan oleh Lu Bu juga diberikan kepada Guan Yu.

Jika Guan Yu seorang lelaki yang lemah, dia pasti akan mudah mengalah, tetapi Guan Yu mengambil peluang yang muncul untuk melarikan diri. Dia mengharungi bahaya besar dan mengatasi kecederaan untuk membawa pulang anggota keluarga Liu Bei dengan selamat.

Namun, dia tak pernah melupakan kemurahan hati Cao Cao yang memberikan dia pelbagai hadiah, bahkan, tak menghalang dia melarikan diri. Bertahun-tahun kemudian Cao Cao telah tewas dalam Pertem.puran Chi Bi cuba melarikan diri demi menyelamatkan nyawanya dengan sisa tenteranya yang telah mus.nah.

Guan Yu dihantar untuk menamatkan riwayatnya, dia berjaya memintas Cao Cao di laluan gunung yang sempit. Berhadapan dengan Guan Yu yang gagah perkasa, Cao Cao yang putus asa dan keletihan mula menyerahkan diri kepada Guan Yu, namun siapa sangka, Guan Yu akhirnya melepaskan Cao Cao pergi.

Dalam keadaan serba salah, Guan Yu telah memilih untuk menerima hu.kuman ma.ti kerana tindakannya yang lebih rela mengingkari arahan daripada dia mengkhianati prinsip yi dengan membu.nuh mu.suh yang tak berlaku ke.jam terhadapnya.

Dah tentulah Guan Yu tak dihu.kum bu.nuh, kerana ternyata Zhuge Liang sengaja menghantarnya untuk membu.nuh Cao Cao kerana dia tahu Guan Yu tak akan dapat membu.nuhnya.

Pakar strategi itu berbuat demikian kerana dia menyedari yang ketika itu China masih memerlukan Cao Cao untuk mengekalkan keseimbangan tiga kerajaan yang sama, tapi itu cerita yang lain.

Walaupun Cao Cao banyak difitnah, dia masih merupakan contoh pemimpin yang mempunyai sifat yi yang lemah. Dia terkenal dengan kata-kata, “Aku lebih rela mengkhianati dunia daripada membiarkan dunia mengkhianati aku.” 

Pertem.puran Chi Bi

Falsafah peribadinya menjadi jelas dalam satu bab di mana Cao Cao yang dalam pelarian selepas cuba membu.nuh Dong Zhou, menerima perlindungan daripada abang angkat ayahnya, Lu Boshe.

Semasa rakannya, Chen Gong, tersedar dari tidur, mereka terdengar bunyi seseorang mengasah pisau dan membincangkan tentang pembu.nuhan. Sikap Cao Cao yang paranoid tercetus hingga dia bersama Chen Gong telah membu.nuh seluruh keluarga Lu Boshe.

Namun, mereka berdua kemudian mendapati yang ahli keluarga Lu Boshe hanyalah sedang bersiap untuk menyembelih seekor babi untuk dijamu buat mereka berdua.

Apabila Lu Boshe kembali dari membeli wain di kota, Cao Cao menyedari dia akan bertanggungjawab. Jadi dia bertindak menghampiri Lu Boshe dan terus meni.kamnya sampai ma.ti.

Dengan protagonis yang disinari dengan prinsip yi dan antagonis yang kekurangan yi, watak-watak Hikayat Tiga Kerajaan seperti Guan Yu meninggalkan pengajaran yang paling penting untuk generasi baru.

Ia bukan sahaja mempunyai kesan yang mendalam terhadap budaya dan masyarakat Cina, novel ini ini menawarkan gambaran ke dalam dunia kuno yang penuh dengan keberanian moral dan kebenaran, dengan prinsip yi yang menyatukannya.

Pengarangnya, Luo Guanzhong, percaya bahawa nasib setiap negara terukir dalam bintang, dan manusia ada keupayaan yang amat terbatas untuk mempengaruhi aliran besar sejarah.

Walau bagaimanapun, beliau juga percaya bahawa jika rakyat jujur ​​dan berakhlak mulia, suatu bangsa mampu mencapai apa saja hal yang luar biasa, membawa kemuliaan kepada diri dan keluarga, meninggalkan warisan bersinar yang melampaui zaman.

RUJUKAN:

Archie, Lee C. (30 October 2000). “The Main Concepts of Confucianism”. Philosophy.lander.edu. Lander University.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.