Idea komunikasi baharu mula berkembang pada tamadun manusia, ibarat Dewi Nu Wa dalam mitologi Cina Kuno yang menghembuskan kehidupan kepada manusia pertama, Manakala Cang Jie pula mencipta sistem tulisan bahasa Cina yang memberikannya kelahiran baru dalam peradaban Cina.
Menurut lagenda Cina kuno, Maharaja Kuning menugaskan Cang Jie iaitu ahli sejarah dalam empayar cina kuno, beliau telah diberikan satu tugas yang besar.
Cangjie perlu mencipta kaedah untuk menambah baik penyimpanan rekod, Maharaja Huang Di tidak berpuas hati dengan kaedah merekod maklumat mengenai “ikatan tali simpul”, lalu mengutuskan Cangjie untuk mencipta sistem tulisan baharu untuk kerajaannya. Hal ini membebankan Cangjie dengan tugasan yang begitu besar.
Cang Jie dikatakan sedang mengembara di pergunungan untuk memikirkan tentang tugasnya dan secara kebetulan dia ternampak seekor kura-kura.
Tertarik dengan bentuk garisan pada tempurung haiwan reptilia itu, Cang Jie melihat dengan lebih dekat dan mendapati corak dan garisan yang terbentuk pada tempurung itu terdapat makna disebaliknya lalu menjadi pencetus ilham kepada penciptaan tulisan tersebut.
Ini membawa kepada pemerhatian yang lebih mendalam tentang alam semula jadi, makhluk dan prosesnya. Kajian mendalam tentang alam ini membawa kepada perkembangan piktogram atau hieroglif, simbol grafik yang menyampaikan maksudnya melalui persamaan bergambar dengan objek fizikal. Cang Jie kemudiannya menulis perkataan pertama melalui kaedah piktogram.
Cang Jie dikatakan mempunyai empat mata yang mampu menembusi hingga ke ‘alam misteri’ untuk mengetahui kebenaran. Kerana kemampuan yang luar biasa ini, Beliau dianggap sebagai jelmaan deity/dewa kebijaksanaan.
Malah namanya mempunyai makna yang istimewa. Maharaja Kuning sangat kagum dengan kerja Cang Jie dalam usaha penciptaan sistem bertulis sehingga beliau dinobatkan dengan nama keluarga yang istimewa sebagai pencipta kepada sistem tulisan, nama keluarganya bermaksud “orang di atas raja’.
Daripada Skrip Oracle Bone kepada Pengekodan Komputer
Walaupun tiada artifak piktograf asal Cang Jie, bentuk aksara terawal ditemui dihiris atau dipahat pada serpihan tulang dan cangkerang yang digunakan bertarikh kira-kira 1200–1046 B.C. (semasa Dinasti Shang). Tulisan ini dipanggil Oracle Bone Script, atau “tulisan tulang tempurung.”
Dari masa ke semasa, huruf-huruf ini berkembang melalui satu semakan berturut-turut yang direka untuk meningkatkan kecekapan pembelajaran dan penulisan bahasa Cina.
Huruf skrip yang berkembang ini kemudian termasuk beberapa skrip seperti Bronze, Seal, Clerical, Running (semi-kursif), Biasa (atau standard), dan Grass (kursif).
Dalam sejarah terkini, aksara telah diubah suai lagi daripada bentuk tradisional atau panjang kepada bentuk pendek.
Hari ini, aksara Cina ditulis tangan dalam pelbagai gaya kaligrafi atau dicetak berdasarkan beberapa kaedah input data yang dibangunkan untuk mesin taip dan kemudiannya komputer. Salah satu kaedah yang paling popular, terutamanya untuk input aksara tradisional dipanggil Cangjie.
Hari Bahasa Cina: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Betapa pentingnya lagenda Cang Jie?
Aksara Cina dianggap sebagai “mutiara” budaya Cina.
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menubuhkan Hari Bahasa Cina Sedunia untuk mempromosikan kepelbagaian budaya dan pelbagai bahasa. Bahasa Cina juga merupakan salah satu daripada enam bahasa ‘lingua franca’ dalam organisasi pekerjaan, terutamanya di Tanah Besar Cina dan Taiwan.
20 April dipilih kerana orang Cina meraikan Guyu, secara harfiah “hujan sekoi/benih kecil”, sekitar masa ini sebagai penghormatan kepada Cang Jie. Ia terhasil kerana legenda mengisytiharkan bahawa apabila Cang Jie mencipta aksara Cina, ‘rahsia syurga terbongkar. Ini membuat dewa-dewa dan roh-roh menangis, air mata mereka ibarat titisan sekoi/benih kecil jatuh dari langit.
Walaupun kisah ini dianggap bersifat lagenda berbanding ‘historical fact’. Semuanya bermula dengan Cang Jie yang menemui inspirasi dalam tempurung kura-kura yang membawa kepada sistem komunikasi baharu yang akan mengubah keseluruhan budaya, budaya yang diilhamkan oleh Tuhan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih