Selepas 88 tahun berada di bawah pemerintahan Empayar Mongol, semangat dan moral kaum keluarga Cina Han berada pada tahap yang terendah sepanjang masa. Setiap aspek kehidupan mereka adalah atas belas kasihan pemerintah Mongol mereka yang kebanyakannya, tak terlalu memberi belas kasihan.
Disebabkan takut akan berlaku pembero.ntakan, kaum Han tidak dibenarkan berkumpul dalam kumpulan besar, tak dibenarkan memiliki sen.jata, malah pisau pemo.tong daging dan sayur-sayuran turut dicatu — satu untuk setiap sepuluh keluarga.
Pengawal Mongol berada di mana-mana, mengawasi tukang daging. Mata-mata juga ditempatkan di setiap rumah, di saat kebulu.ran dan kemiskinan mencakar pintu. Undang-undang Mongol dikatakan menuntut ibu jari semua anak lelaki Han dic.acatkan semasa lahir supaya mereka tidak dapat memegang busur.
Menjelang tahun 1368, cerita-cerita itu berterusan, masanya sudah matang untuk pembero.ntakan. Zhu Yuanzhang, lelaki yang suatu hari nanti akan menjadi pengasas dan maharaja pertama Dinasti Ming, ketika itu sama seperti leluhurnya yang mengasaskan Dinasti Han, iaitu seorang pemuda yang dilahirkan dari keluarga petani Han yang sangat miskin.
Walau bagaimanapun, dia mempunyai seorang kawan yang bagus, Liu Bowen, untuk membantunya meningkat menjadi terkenal dan berkuasa. Liu adalah seorang penyair dan ahli falsafah, serta pakar strategi yang luar biasa. Perayaan Pertengahan Musim Luruh semakin hampir, iaitu masa di mana setiap keluarga secara tradisinya bertukar hadiah dan makanan pastri yang dipanggil kuih bulan.
Liu menghantar pemuda ke setiap sudut di tiga wilayah di bawah pemerintahan Mongol, di mana masing-masing akan melawat kedai kuih dan membuag pesanan untuk berjuta-juta biji kuih bulan. Dikatakan, dalam setiap kuih bulan mereka akan menyelitkan sekeping kertas yang bertulis:
“Cahaya kerohanian tersembunyi dalam kegelapan, mereka diam-diam membantu orang ramai untuk mencairkan kedinginan ais. Bangkitlah pada waktu tengah malam, mari kita bu.nuh tuan rumah bersama-sama!” Dan itulah apa yang mereka lakukan, pada malam Perayaan Kuih Bulan, bangsa Cina Han telah dibebaskan.
Sekurang-kurangnya, itu hanyalah salah satu dari puluhan versi cerita. Sumber yang lain mengatakan bahawa mesej itu berbunyi kurang puitis, ‘’Bu.nuh Tartar pada Malam Tahun Baru!’ (Orang Mongol tidak boleh membaca penulisan karakter Cina).
Atau mungkin mesej itu ditulis di atas kertas beras yang diletakkan di bawah kek. Mungkin mesej telah dikodkan, dan hanya boleh dibaca jika ia dipasang dengan cara menggabungkan beberapa kuih bulan.
Semua cerita ini, yang disusun oleh mendiang sarjana sejarah China, Hok-Lam Chan, hanyalah cerita semata-mata. Kita tahu bangsa Mongol menguasai Cina Han dan selama beberapa dekad di separuh kedua abad ke-14, ada pembero.ntakan yang menyebabkan Zhu Yuanzhang merampas kawalan dan mendirikan Dinasti Ming.
Tetapi hampir semua hal lain dari gabungan cerita-cerita ini, bermula dari menca.catkan ibu jari anak-anak lelaki hinggalah ke jutaan pesanan kuih bulan, sama sekali tidak ada bukti yang kukuh untuk menyokongnya.
Terdapat banyak mitos China melibatkan bulan dan berlanjutan di sekitar kuih bulan, seperti Yue Lao (Orang Tua Di Bawah Bulan) atau Chang’e (Wanita Bulan). Tapi hanya legenda tentang penja.jahan Mongol yang sering diulang, yang adakalanya hingga dianggap sebagai kisah benar.
Menurut Hok-Lam Chan, puncanya mungkin berkaitan dengan sejarah kebangkitan semangat nasionalisme Cina Han. Pada penghujung era Dinasti Qing, yang berakhir di sekitar permulaan Pe.rang Dunia Pertama, catatan bertulis tentang legenda kuih bulan itu mula tersebar semula.
Dalam cerita-cerita itu, orang Cina Han, kumpulan etnik yang dominan di China, telah diperintah oleh etnik minoriti yang berbeza iaitu Manchu (yang mendominasi Dinasti Qing).
Kemungkinan cerita itu ditulis dan dikongsi oleh ahli kongsi gelap anti-Manchu. Dengan berkongsi cerita sebagai fakta, mereka mencipta semula ingatan kolektif pembero.ntakan Cina Han terhadap Mongol.
Versi sejarah ini meletakkan pembero.ntakan di tangan rakyat, yang membangkitkan semangat nasionalistik. Tak sukar bagi pembaca berketurunan Han pada masa itu untuk mengaitkan pengalaman mereka di bawah pemerintahan Manchu dengan cubaan sama oleh nenek moyang mereka di bawah Mongol. Liu Bowen pula menjadi wira kontemporari yang boleh dikaitkan dan memberi inspirasi.
Penindasan Manchu terhadap Han adalah kurang mengarut berbanding versi fiksyen Mongol, walaupun ia masih terasa secara tepatnya. Satu contoh yang sangat menarik, yang banyak dijadikan sebagai imej propaganda dari masa itu, ialah gaya rambut Manchu yang wajib digayakan oleh lelaki Cina Han atau etnik-etnik lain. Dikenali sebagai “barisan”, ia terdiri daripada kepala yang dicukur separuh di depan dengan jalinan panjang melata dari bahagian atas kepala.
Secara tradisinya, lelaki dan wanita Cina Han tidak akan memotong rambut mereka sama sekali, sebaliknya mereka lebih gemar menggulungnya menjadi jambul. Tetapi sejak tahun 1644, apabila Beijing ditawan oleh tentera Manchu, gaya rambut “barisan” adalah tanda wajib tunduk kepada pemerintahan Manchu.
Mesej kuih bulan mungkin tidak memainkan peranan secara langsung dalam menggulingkan pemerintahan Mongol, tetapi idea mengenainya memainkan peranan kecil dalam menyebarkan apa yang Chan gambarkan sebagai “manifesto ‘mengusir orang Tartar, memulihkan pemerintahan China’ semasa rev.olusi nasionalis Han.”
Sentimen yang sama ini, seterusnya, membawa kepada penggulingan pemerintahan Manchu. Kisah ini mungkin hanyalah rekaan, tetapi kesan propaganda itu adalah jelas dan nyata, ia dimanfaatkan dengan cara yang sangat elegan oleh para pejuang anti-Qing dan nasionalis Han.
Penentangan politik seperti ini telah membara selama berabad-abad, berbagai jenis penentangan dan pembero.ntakan telah muncul. Antara tahun 1850 dan 1863, sebagai contoh, Pembero.ntakan Taiping menyebabkan berpuluh juta orang m.ati dalam pertem.puran antara pembero.ntak dari selatan China dengan pemerintah Manchu — berdasarkan beberapa anggaran, jumlahnya dua kali ganda jumlah kor.ban Pe.rang Dunia Pertama.
Salah satu peristiwa penentangan mutlak ini adalah Pembero.ntakan Wuchang yang berlaku pada Oktober 1911. Konflik bermula disebabkan oleh pertikaian mengenai nasionalisasi laluan kereta api, tetapi ia berubah menjadi rampasan kuasa.
Lama kelamaan, peristiwa ini dikenali sebagai Rev.olusi Xinhai, dan membawa kepada penyingkiran Maharaja Manchu yang berusia enam tahun pada tahun 1912, berakhirnya Dinasti Qing, dan bermulanya era Republik China.
Peranan kuih bulan dalam hal ini sebagai alat propaganda dan simbol nasionalisme Han mungkin terhad, tetapi ia lebih jelas, nyata dan ketara berbanding kesannya terhadap penggulingan Dinasti Yuan Mongol kira-kira 600 tahun sebelumnya.
Kalau anda berminat dengan artikel berkaitan dengan Tamadun Mongol, kami nak cadangkan buku terbaru kami, KITAB TAMADUN MONGOL untuk tatapan anda, yang akan meneroka sejarah Mongol. Boleh beli di webstore kami: https://bit.ly/pratempahktmktr
RUJUKAN:
Paul Smith and Richard Von Glahn, eds. The Song-Yuan-Ming Transition in Chinese History. (Cambridge, MA: Harvard University Press, 2003)
Hok-Lam Chan, China and the Mongols: History and Legend under the Yuan and Ming (New York, NY: Routledge, 1999; reprinted 2018)
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih