Kaum yang tinggal di tanah yang jauhnya 100 batu dari Tanah Besar Asia, kaum Jepun adalah kaum yang misteri di penghujung dunia ketamadunan dan peradaban manusia. Tanah yang terasing oleh aktiviti geografi dan kemudiannya manusia menjelajah dan menghuni tanah tersebut, kaum Jepun membangunkan ketamadunan dan kebudayaan terasing, berbeza sedikit dari pengaruh budaya kaum jirannya.

Semasa peradaban Eropah di zaman pertengahan, kebudayaan dan ketamadunan kaum Jepun berkembang pesat di tanah besar Honshu. Melalui Pergunungan Hakone ke Timur Kanto, terdapat dataran luas menjadi sawah padi terbesar pernah ditanam manusia. Manakala bahagian Utara dan Timur Kanto adalah penempatan kaum asal yang lama menghuni sejak Zaman Neolitik iaitu puak Ainu.

Perkembangan ketamadunan kaum Jepun bermula dari Zaman Jomon, iaitu zaman gabungan Mesolitik dan Neolitik di mana pembuatan tembikar menjadi aktiviti tertua di dunia dan wujudnya puak Ainu dan Yamato. Kehadiran puak Yayoi ke tanah Jepun yang kemudiannya berhubung baik dengan puak asal mewujudkan Zaman Yayoi (300 SM – 300 M), memperkenalkan aktiviti tanaman padi dari China dan Korea.

Ramai yang percaya bahawa puak Yamato adalah puak pertama yang dominan dan membentuk sebuah kerajaan atau ‘dinasti’ Yamato di mana puak yang berpendirian atau dominan digelar sebagai uji, puak yang bertanggungjawab sebagai kuasa sebenar di balik tabir takhta diraja. Manakala para ketua puak pula membentuk sebuah organisasi aristokrat untuk mentadbir kerajaan. Mengikut manuskrip Records of The Three Kingdoms, kerajaan puak Yamato paling berkuasa di seluruh Jepun pada abad ke-3 Masihi adalah Yamataikoku. Namun keberadaan kerajaan itu dan perkaitan dengan puak Yamato masih dalam kajian lanjut.

Pada tahun 536, puak Soga menjadi puak dominan dan melahirkan pemimpin terbaik mereka iaitu Putera Shotoku, mereformasikan kebudayaan Jepun dengan memperkenalkan ajaran Buddha dari China. Walaupun ada tentangan, namun penyebaran ajaran Buddha oleh para raja berkembang pesat mulai Zaman Asuka (592 – 710). Masuk ke Zaman Nara (710 – 784), selain menempatkan pusat kerajaan ke Heijō-kyō (daerah Nara sekarang), kerajaan Nara memperkenalkan kesussasteraan baru dengan pengaruh ajaran Buddha. Pada tahun 753 hingga 757, wabak cacar melanda sehingga membunuh 1/3 populasi kaum Jepun sehinga tahun 784, Maharaja Kanmu memindahkan pusat kerajaan dari Nara ke Heian-kyō, iaitu daerah Kyoto sekarang. Dari perpindahan pusat kerajaan itu lahirlah Zaman Heian (794 – 1185) iaitu zaman kekayaan kebudayaan Jepun.

GAMBAR 2: Putera Shotoku

Di akhir Zaman Heian, Perang Genpei berlaku pada tahun 1180 kerana pemberontaka puak Taira atas puak pemerintah iaitu Minamoto. Setelah kekalahan puak Taira pada tahun 1145, seorang samurai bernama Minamoto no Yoritomo dilantik sebagai shogun oleh Maharaja Go-Toba dan membentuk keshogunan pertama Jepun di Kamakura, seterusnya membentuk Zaman Kamakura (1185 – 1333).

Sebelum teruskan sejarah keshogunan pertama Jepun, kita perlu kenal dahulu dari mana wujudnya kelas Samurai. Sejak Zaman Heian lagi berlaku konflik antara puak dalam pemilikan tanah sawah padi. Puak yang dominan sengaja mengenakan cukai penghasilan dan membahagikan tanah kota membentuk daerah kerana kebanyakakn kota tidak berada dalam pegangan kerajaan. Jadi, bagi puak dominan ia adalah kesempatan yang menguntungkan manakala puak yang hanya bergantung hidup akan sawah padi pula merana.

GAMBAR 3: Minamoto no Yoritomo, pengasas Keshogunan pertama Jepun

Konflik sesama puak mencetuskan perang saudara dan kelahiran kelas pejuang bernama Samurai. Samurai seperti kesatria Eropah, berkhidmat kepada puak yang dominan dan samurai juga berkhidmat kepada Shogun. Prinsip Samurai adalah mudah: setia kepada tuan. Samurai memerlukan perlindungan dan kepimpinan. Sebagai ganti, dia perlu setia terhadap apa jua arahan tuannya tanpa sebarang pertanyaan dan sanggup mati mewakili tuannya. Samurai amat menyanjungi nenek moyang mereka dan berjuang mempertahankan tradisi keluarga mereka. Samurai perlulah tegas, sanggup mencari peluang bertarung dan berani walaupun kematian berada dalam hujung tanduk kerana apa yang mereka harapkan hanyalah kepujian tidak putus dari tuannya.

Baik, kita teruskan sejarah keshogunan Jepun. Setelah kemangkatan Yorimoto, puak Hojo mengambil ahli keshogunan Kamakura. Di zaman Kamakura juga ajaran Zen Buddha dari China diperkenalkan dan menjadi ajaran popular dalam kalangan samurai. Pada tahun 1274 – 1281, invasi puak Mongol yang diketaui Kublai Khan berlaku dan dapat dipatahkan oleh keshogunan Kamakura. Namun pada tahun 1333, penguasaan puak Hojo atas keshogunan Kamakura berakhir dengan rampasan kuasa oleh Maharaja Go-Daigo dan berusaha memulihkan kekuasaan sebenar keshogunan selama 3 tahun.

GAMBAR 4: Maharaja Go-Daigo yang bertanggungjawab mengembalikan kegemilangan Keshogunan Kamakura

Tidak sempat memulihkan semula keshogunan Kamakura, Maharaja Go-Daigo digulingkan oleh samurai Ashikaga Takauji dan menubuhkan Zaman Ashikaga atau Muromachi (1336 – 1573) dengan menubuhkan keshogunan baru yang bertempat di Muromachi, Kyoto. Keshogunan Muromachi gemilang di zaman pemerintahan Shogun Ashikaga Yoshimitsu di mana kesussasteraan Zen Buddha berkembang maju, berevolusi menjadi kebudayaan Higashiyama dan kekal sehingga abad ke-16 Masihi. Namun, disebalik kegemilangan keshogunan itu, ia tidak dapat menahan kekuasaan para tuan tanah (daimyo) dan berlaku perang saudara bernama Perang Onin bermula tahun 1467, membuka kepada fasa Sengoku (perang sesama kerajaan).

Pada abad ke-16 Masihi, kehadiran pedagang dan para Jesuit Portugal yang pertama kali menjejak tanah Jepun, membuka peluang perdagangan dan pertukaran budaya sesama Jepun dan Barat. Ini peluang besar kepada daimyo Oda Nobunaga untuk memiliki teknologi dan senjata api Eropah bagi menumbangkan daimyo lain. Fasa usaha Oda Nobunaga sehingga dapat menyatukan Jepun adalah fasa yang dikenali sebagai zaman Azuchi – Momoyama (1573 – 1607). Selepas Nobunaga dibunuh oleh pemberontak iaitu jeneral Akechi Mitsuhide, pewarisnya iaitu Toyotomi Hideyoshi menyatukan Jepun pada tahun 1590 dan melancarkan invasi Korea pada tahun 1592 dan 1597 yang mana keputusannya adalah gagal.

GAMBAR 5: Oda Nobunaga

Tokugawa Ieyasu berkhidmat sebagai pengganti kepada anak lelaki Hideyoshi dan menggunakan posisinya bagi mendapat pengaruh politik dan sokongan ketenteraan. Bila peperangan berlaku, Ieyasu menumbangkan puak seterunya dalam Perang Sekigahara pada tahun 1600. Ieyasu kemudian dilantik sebagai shogun oleh Maharaja Go-Yozei pada tahun 1603 dan menubuhkan keshogunan Tokugawa di Edo (Tokyo sekarang). Keshogunan ini menubuhkan suatu undang-undang iaitu Buke Shohatto, kod kawalan kuasa autonomi daimyo serta dasar tutup pintu atau Polisi Sakoku selama dua setengah abad menjadikan Zaman Edo (1603 – 1868) berkekalan lama.

GAMBAR 6: Tokugawa Ieyasu

Seterusnya Zaman Pemerintahan Maharaja Meiji (1868 – 1912) yang berusaha menyatupadukan Jepun dari perpecahan. Penglibatan Jepun dalam Perang Dunia Pertama dan Kedua menjadikan Jepun sebagai kuasa besar mampu menandingi Empayar Nazi Jerman dan Negara Soviet Union dengan penguasaan pantai Asia dan Asia Tenggara. Sehingga penyerahan kalah Jepun pada 1945 disebabkan pengeboman Hiroshima dan Nagasaki, Jepun bangkit kembali dengan mengalami pertumbuhan ekonomi sehingga menjadi negara dengan ekonomi kedua terbesar dunia, melepasi negara China pada tahun 2010.

RUJUKAN:

  1. Sejarah ringkas dari video game Age of Empires II.
  2. Beasley, William Gerald (1999).The Japanese Experience: A Short History of Japan. University of California Press. p. 42.
  3. Brown, Delmer M., ed. (1993).The Cambridge History of Japan. Cambridge University Press. pp. 140–149
  4. Denoon, Donald; Hudson, Mark (2001).Multicultural Japan: palaeolithic to postmodern. Cambridge University Press. pp. 22–23.
  5. Ohtsu, M.; Ohtsu, Makoto (1999). “Japanese National Values and Confucianism”.Japanese Economy27 (2): 45–59.
  6. Takashi, Okazaki; Goodwin, Janet (1993). “Japan and the continent”.The Cambridge history of Japan, Volume 1: Ancient Japan. Cambridge: Cambridge University Press. p. 275.
  7. Turnbull, Stephen (2010).Toyotomi Hideyoshi. Osprey Publishing. p. 61.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.