Sebut saja pasal Kama Sutra orang yang faham tentu sekali senyum saja. Bagi yang tidak tahu, Kama Sutra senang cakap ialah panduan berfalsafah perihal cinta dan syαhwαt. Perlu cakap awal-awal, artikel ini bukan sama sekali untuk bercerita tentang perkara lμcαh.

Tujuan artikel ini adalah untuk merencanakan falsafah dan sejarah di sebalik antara manuskrip paling tua diketahui dunia. Tidak pasti Kama Sutra berasal daripada zaman bila, barangkali antara 400 S.M. hingga tahun 300 (Sengupta, 2006).

Seorang pengkaji tamadun India bernama Wendy Doniger meneliti setiap helaian dan mendapati Kama Sutra sudah disalin semula selepas tahun 225. Kerana versi ini mengandungi kisah tentang dinasti Abhira dan Andhra yang menguasai India Purba. Tetapi Kama Sutra tidak bercerita pasal Empayar Gupta yang membangun bermula abad keempat.

Padahal Gupta merancakkan urbanisasi bandar yang mempengaruhi seni purba termasuk juga kebudayaan Hinduisme.

Suatu Stigma Yang Perlu Dibetulkan

Walaupun berversi, Kama Sutra tetap membawa mesej yang sama dalam 1,250 ayatnya. Sebenarnya ia bukan sebuah buku. Ia adalah himpunan tujuh buku, yang diagihkan lebih daripada 36 bab.

Kandungannya penuh dengan naratif puisi tentang kisah nayaka (lelaki) dan nayika (wanita) dalam situasi terperinci. Antara ayat pertama hingga 40 saja, Kama Sutra sudah berbicara tentang ilmu falsafah iaitu bab dharma, Artha dan Kama.

Masuk saja bab kedua, Kama Sutra mengulas tentang hubungan intim seperti keunikan seorang kekasih. Senang cakap, bab kedua buka habis semuanya. Bukan setakat mengenal pasti minat seseorang – topik membuka luas tentang pra-adegan, adegan dan pasca-adegan.

Asas di sebalik Kama Sutra seakan-akan sama dengan pendapat Islam tentang perkara intim. Kekasih kena didatangi sebagai kekasih… bukannya seperti haiwan. Cuma Kama Sutra mengulas dengan luas sampai masuk bab tepuk-menepuk.

Walau bagaimanapun, bab-bab menyusul bercerita tentang kerohanian seseorang. Perkahwinan adalah suatu piagam yang digunakan untuk mencari calon – mana paling sesuai, mana perlu elak, mana perlu pujuk dan sebagainya.

Apa guna ada kama sutra kalau ini cara kau mengayat…?

Ia berasaskan membina kepercayaan dan menekankan yang hubungan tidak boleh digegaskan. Sini semua boleh nampak seolah-olah Kama Sutra menjadi sasaran stigma, bahawa kandungannya ditabur sekadar lμcαh-melμcαh… walhal jauh sekali, kerana fokusnya adalah sifat semulajadi manusia iaitu keintiman yang dikukuhkan dengan aspek rohani.

Dalam bab tujuh pula, Kama Sutra menerangkan asbab keterampilan. Seseorang perlu ada ciri-ciri fizikal yang elok. Perwatakan fizikal akan mempengaruhi mood dalaman.

Ilmu Purba Menundukkan Pendapat Sosial

Seperti yang semua tahu, India mengamalkan budaya terselindung apabila berbincang tentang bab intim. Mereka pun berpendapat ini adalah aib, yang tidak boleh disembang ramai. Tidak pasti bila mulanya pemikiran begini.

Apabila orang ramai enggan berbincang secara terbuka, warga India beralih ke Kama Sutra untuk belajar tentang “kedudukan”. Mereka menimba pengalaman daripada kitab-kitab Kama Sutra yang cuba membolehkan semua faham tentang tubuh badan.

Dengan Kama Sutra, mereka pandai membezakan antara kemahuan dan keperluan. Kama Sutra juga menerangkan tentang tabiat cμrαng – tetapi tidak mengalakkannya. Setia lebih baik daripada pasang ramai (Doniger, 2016). Maka Kama Sutra sekadar memberi panduan. Kalau mahu ikut, ikut. Kalau enggan, tanggung sendiri.

Akhir sekali, kewujudan Kama Sutra membuktikan bahawa sesuatu ilmu adalah penting. Cuba bayangkan jika Kama Sutra lenyap di sebalik timbunan zaman. Tentu sekali orang ramai akan mencari ilmu dengan cara salah.

RUJUKAN:

Doniger, W. (2016). Redeeming the Kamasutra. Oxford University Press. Halaman 13-14.

Sengupta, J. (2006). Refractions of Desire, Feminist Perspectives in the Novels of Toni Morrison, Michele Roberts and Anita Desai. Atlantic. Halaman 21.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.