Dunia moden amat jarang sekali mendengar atau mengenali kisah legenda tentang sosok pahlawan wanita bersejarah yang bernama Mulan. Tapi pada tahun 1998, ia berubah apabila Disney menerbitkan sebuah filem animasi yang menceritakan mengenai sejarah dan legenda tersebut.

Filem ini memperoleh kutipan lebih daripada $ 300 juta dollar di seluruh dunia dan tercalon untuk Golden Globe dan Oscar. Semenjak itu, kisah Mulan, seorang wanita muda yang menyamar sebagai lelaki untuk berpera.ng demi kedaulatan maharaja China, telah menjadi salah satu naratif yang terkenal dan paling disukai di seluruh dunia.

Dinasti Wei Utara.

Filem animasi Mulan bermula dengan peristiwa bangsa Hun, yang dipimpin oleh Shan Yu yang ke.jam (wataknya diinspirasikan dari tokoh seperti Modu Chanyu, Attila Hun dan Genghis Khan) menyera.ng Dinasti Han di China dengan menembusi Tembok Besar.

Maharaja yang terdesak memilih untuk melancarkan mobilisasi ketenteraan besar-besaran dengan mengeluarkan notis kerahan tenaga yang memerlukan seorang pemuda daripada setiap keluarga dikerah untuk menyertai pasukan tentera Han.

Bapa Fa Mulan yang sudah tua, Fa Zhou, merupakan satu-satunya anggota lelaki dalam keluarga dan seorang veteran tentera. Situasi ini menjadikan hanya dia yang memiliku ciri-ciri yang layak untuk mewakili keluarganya sebagai kerahan tentera.

Oleh kerana Mulan amat bimbang dengan keadaan kesihatan bapanya yang sudah tua dan semakin lemah, Mulan memutuskan untuk merencanakan satu strategi yang sulit.

Mulan mengambil persalinan berperisai lama milik bapanya dan mem.otong pendek rambutnya, dia menyamar sebagai lelaki dan menggantikan tempat bapanya dalam tentera.

Dalam animasi, Hua Mulan dinamakan sebagai Fa Mulan

Selepas melaporkan diri kepada kem latihan, Mulan lulus kelayakan sebagai seorang lelaki dan ditempatkan di bawah perintah Kapten Li Shang, dia menjadi seorang pahlawan yang terlatih.

Pada akhir filem, Mulan mengalahkan Shan Yu dalam satu pertem.puran. Oleh itu, Maharaja terhutang budi dan menghargai tindakan Mulan, dan penduduk kota berkumpul dan memberikan tunduk hormat kepada Mulan sebagai tanda berterima kasih kerana menyelamatkan mereka.

Walaupun Mulan menerima alat kebesaran heraldik Maharaja dan peda.ng Shan Yu sebagai hadiah, dia menolak dengan baik tawaran Maharaja untuk menjadi penasihat. Sebaliknya, Mulan meminta untuk kebenaran untuk pulang ke pangkuan keluarganya.

Setelah pulang ke rumahnya, Mulan memberikan hadiah itu kepada bapanya yang amat gembira kerana puterinya pulang dengan selamat. Setelah terpikat dengan Mulan, Kapten Li Shang tiba dengan alasan mahu memberikan helmet kepada Mulan. Jadi, dia menerima jemputan untuk makan malam dan bermalam di rumah Mulan.

Mulan Yang Sebenar

Adaptasi versi live-action untuk filem ini pada awalnya ditangguhkan kerana halangan pandemik COVID-19, namun nampaknya ia sedikit memecahkan rekod kejayaan filem animasi itu selepasi ia ditayangkan pada tarikh 24 Julai 2020.

Malangnya, watak Mulan dalam setiap versi filem-filem Disney ini terlalu jauh menyimpang dari sejarah Balada Mulan yang asal. Dalam filem, Shang Yu adalah watak antagonis utama, yang bedasarkan tokoh bersejarah pemerintah Empayar Hunnu (Hun atau Xiongnu) proto-Mongol.

Lebih-lebih lagi, latar masa sejarah Balada Mulan sebenarnya berlaku pada zaman Dinasti Wei Utara, ketika itu zaman kegemilangan kaum Xiongnu sudah tamat.

Hua Mulan.

Dinasti Wei Utara pula bukanlah sebuah empayar China Han, ia diasaskan oleh klan Tabgach yang berbangsa Xianbei iaitu bangsa proto-Mongol yang dipengaruhi budaya Turkik (kemudian China) dan memerintah utara China dari tahun 386 hingga 535 M.

Disifatkan sebagai “sebahagian daripada era pergolakan politik dan perubahan sosial dan budaya yang sengit”, terutamanya kerana mereka muncul selepas zaman Tiga Kerajaan dan Dinasti Jin, Dinasti Wei Utara amat terkenal kerana menyatukan China utara pada 439 dan ia juga merupakan zaman pengenalan agama asing secara intensif seperti Buddha.

Semasa kemuncak zaman kegemilangan Dinasti Wei Utara di utara China, satu lagi bangsa proto-Mongol bernama Kekhaganan Rouran bangkit dengan kuasa yang meningkat secara drastik dan mula mengancam sempadan Wei Utara. Menurut catatan sejarah, kedua-dua kuasa nomad ini telah berpera.ng sesama mereka lebih daripada dua puluh kali.

Hua Mulan dalam filem.

Balada Mulan dimulakan dengan kebimbangan Mulan yang sedang duduk merenung watikah bertitah untuk berkhidmat dalam tentera bagi mempertahankan kedaulatan klan Tabgach yang memerintah Dinasti Wei Utara dari sera.ngan dan pencer.obohan tentera Rouran.

Bapanya sudah tua dan lemah, dan adiknya masih kecil.  Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk menggantikan tempat bagi pihak bapanya dan mengucapkan selamat tinggal kepada ibu bapanya.

Mulan wanita yang sudah mahir dalam pertem.puran, seni mempertahankan diri, seni ped.ang, dan mema.nah ketika dia menyertai tentera. Setelah dua belas tahun bertem.pur, tentera dibenarkan pulang dan dianugerahkan pelbagai hadiah.

Mulan menolak tawaran menjadi pegawai rasmi kerajaan dan hanya meminta seekor unta untuk membawanya pulang. Dia disambut dengan penuh kegembiraan oleh keluarganya. Mulan bertemu rakan-rakannya dengan mengenakan pakaian wanita hingga mereka terkejut kerana mereka tak sedar yang Mulan adalah seorang wanita selepas 12 tahun bersama-sama dalam tentera.

Seperti mana budaya Asia yang lain, budaya China juga mengamalkan adat patriarki. Dalam versi puisi yang diperkembangkan melalui puisi China, imej patriotik yang memuliakan Mulan sebagai seorang pahlawan adalah bertentangan dengan falsafah Confucius dan berada di kedudukan yang setara dengan lelaki untuk pertama kali. Semasa Wei Utara memera.ngi Rouran, Mulan turut bertem.pur untuk negaranya.

Tugu menggambarkan kepulangan Mulan disambut bapanya di Xinxiang, China.

Balada Mulan pertama kali ditranskrip dalam antologi Rekod Muzik Lama dan Baharu 568, yang tidak dipulihara hari ini. Teks puisi yang terawal wujud berasal dari antologi abad ke-12 yang dikenali sebagai Biro Koleksi Muzik.

Pengarangnya, Guo Maoqian, secara terangan menyebut Rekod Muzik Lama dan Baharu sebagai sumber kepada puisi itu. Menurut dakwaannya, seorang pengarang yang tak dikenali dari Dinasti Wei Utara mungkin telah menulis balada itu pada abad ke-5.

Dalam sebahagian rangkap balada itu, raja disebut sebagai ‘Khan’, sebuah gelaran dalam budaya Turki-Mongol, bukannya ‘Huangdi’ seperti yang biasa digunakan dalam budaya Cina. Di samping itu, raja juga dirujuk dengan gelaran ‘anak syurga’, satu gelaran lazim di kalangan orang Cina dan Mongol sejak dahulu lagi.

Oleh itu, tak peliklah jika ramai para penyelidik, termasuk dari China sendiri yang percaya bahawa Mulan adalah anak perempuan seorang bekas tentera dari kaum Xianbei atau proto-Mongol kuno yang memerintah Dinasti Wei Utara. Bermakna Mulan mungkin sebahagian dari nenek moyang bangsa Mongol.

Mural menggambarkan Mulan menyertai tentera di sebuah tokong di Taiwan.

Semasa era Taihe (477–499) Maharaja Xiaowen, penasihat China yang berkhidmat di istana telah melakukan reformasi menyeluruh dan memperkenalkan perubahan yang akhirnya menyebabkan dinasti itu memindahkan ibu kotanya dari Datong ke Luoyang pada tahun 494.

Gerakan ini menyebabkan klan Tabgach menggunakan nama Yuan, salah satu nama keluarga bangsa Han sebagai sebahagian daripada proses Sinifikasi secara sistematik. Menjelang tahun-tahun akhir dinasti ini, berlaku perpecahan dalaman yang ketara yang mengakibatkan perpecahan kepada Wei Timur dan Wei Barat.

Semasa era Dinasti Ming Akhir, seorang penulis drama bernama Xu Wei mendramatiskan kisah “Pahlawan Mulan Pergi Berpera.ng Menggantikan Bapanya” dalam dua siri.  Kemudian, watak Mulan telah dimasukkan ke dalam Hikayat Sui-Tang, sebuah novel sejarah yang ditulis oleh Chu Renhuo pada abad ke-17, iaitu pada awal Dinasti Qing.

Seiring berjalannya waktu, kisah Hua Mulan semakin popular dan berkembang sebagai cerita rakyat di kalangan orang-orang Cina Han.

Ahli antropologi Christine Lee dari California State University di Los Angeles dan rakannya Yahaira Gonzalez menghabiskan masa beberapa tahun untuk mengumpul data dari China dan Mongolia.

Mereka mengkaji semula 29 rangka yang ditemui di tapak pengebumian Mongolia purba untuk mencari penanda arthritis, trauma, dan muskuloskeletal, termasuklah tiga rangka wanita Xianbei.

Patung tembaga berbentuk askar berkuda Dinasti Wei Utara.

Dua daripadanya berpotensi untuk disimpulkan sebagai milik pahlawan wanita. Kesimpulan ini dibuat setelah Lee dan Gonzalez menemui tanda-tanda yang berada pada rangka, di mana otot-otot yang tersambung adalah sesuai dengan rangka seorang pahlawan, ia menunjukkan kedua-dua wanita ini berlatih mema.nah.

Dan peranan kaum wanita ketika itu mungkin berkembang berikutan meningkatnya ketidakstabilan politik dan kega.nasan sosial, yang mengiringi sepanjang abad setelah kejatuhan Dinasti Han di China pada tahun 220 Masihi.

Mungkinkah rangka yang ditemui itu adalah rangka Mulan?

Berbeza dengan kesimpulan terhadap dua pejuang wanita tersebut, sisa rangka tiga wanita Turkik yang lain tak memiliki sebarang tanda-tanda otot bahu, yang menyimpulkan mereka tidak berlatih mema.nah.

Kita sedia maklum akan sejarah pertembungan Mongol dan China dan ada banyak hubungan dan ko.nflik di antara mereka, tapi mendakwa Mulan sebagai tokoh berbangsa Cina sepenuhnya adalah salah. Seperti yang ditulis di atas, Dinasti Wei Utara diasaskan oleh kaum Xianbei, iaitu kaum proto-Mongol.

Dan berdasarkan catatan sejarah yang terawal, kisah ko.nflik pepera.ngan di antara Dinasti Wei Utara menentang Kekhaganan Rouran boleh dikatakan hampir tak melibatkan langsung peranan kaum Cina Han.

Ia merupakan konflik antara sebuah empayar separa nomad dengan sebuah lagi kuasa nomad yang juga merupakan nenek moyang bangsa Mongol.

Dan mereka lah antara tamadun yang terawal menggunakan gelaran Khagan/Khan secara tak rasmi sebelum ia dimulakan secara meluas oleh kuasa besar Turki Asia Tengah buat pertama kali dalam sejarah, iaitu Kekhaganan Gokturk.

RUJUKAN:

Golden, Peter B. The Stateless Nomads of Central Eurasia, in Empires and Exchanges in Eurasian Late Antiquity Edited by DiCosmo, Maas.

Hinsch, Bret (2016). Women in Imperial China. Rowman & Littlefield.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.