Baru-baru ni jadi ada satu kemalangan dekat tempat kerja, dan pekerja tu datang ke klinik untuk buat laporan. Jururawat akan proses permohonan pampasan Perkeso untuk mangsa memandangkan kecederaan pada tulang tapak tangan (metacarpal 5). Kecederaan di tangan mangsa adalah kecacatan sementara menyebabkan dia tidak boleh melakukan kerja akibat kecederaan.

Bila jadi kemalangan macam ni, perkara pertama ialah cari saksi kejadian. Dalam prosedur kerja, perkara pertama kena buat selepas kemalangan ialah beritahu kepada penyelia. Maaf tiada istilah sangka baik, kadang-kadang kemalangan dirumah tapi beritahu ditempat kerja sebab mahu pampasan Perkeso.

Kemalangan didefinasi sebagai satu kejadian yang memberi kecederaan, kematian atau kerosakan harta benda.

Contoh ringkas : sebatang kayu telah jatuh menimpa Ali semasa disedang melalui kawasan tempat kerja (Menyebabkan kecederaan dan kematian).

Sebatang kayu telah jatuh keatas kereta yang diletakkan ditepi tempat kerja(merosakan harta benda).

Satu lagi terma berkaitan kemalangan ialah “near miss”. Near miss ialah suatu kemalangan yang berlaku, hampir menyebabkan kecederaan, kematian atau kerosakan harta benda.

Contoh ringkas : sebatang kayu telah jatuh ditepi Ali semasa dia sedang berjalan. Kejadian ini ialah near miss dimana ianya kejadian kemalangan tetapi tidak menyebabkan kecederaan, kematian atau kerosakan harta benda. Hampir sahaja.

Terdapat beberapa klasifikasi tempat kerja yang sering berlaku:

1. Tersepit antara mesin atau peralatan mekanikal.

2. Tertikam atau terkena objek tajam dari mesin atau mekanikal.

3. Terjatuh dari tempat tinggi.

4. Tersadung atau terjatuh.

5. Renjatan elektrik

6. Melakukan sesuatu melebihi had. Sebagai contoh proses mengangkat beban sehingga menyebabkan kecederaan atau mendengar bunyi terlalu bising sehingga menyebabkan hilang pendengaran.

Bila terjadinya kemalangan, tentu ada sesuatu dengan tempat kerja. Siasatan kemalangan akan dilakukan.

Pengurusan tempat kerja, perlakuan dan sikap pekerja atau leadaan tempat kerja.

Tiga faktor ni yang membawa kepada kemalangan (teori domino punca kemalangan).

Berbalik kepada kayu yang jatuh hampir mengenai Ali.

1. Kayu tersebut disimpan ditepi bumbung bangunan, seekor kucing telah menolak kayu itu lalu jatuh. Ini berpunca dari pengurusan dimana sepatutnya kayu itu disimpan tidak disimpan ditempat yang tinggi.

2. Keadaan tempat kerja. Kawasan tempat yang Ali lalui itu dipasang pagar dan dilabel sebagai peringatan kawasan bahaya kayu jatuh dari atas.

3. Perlakuan dan sikap Ali yang tidak mengendahkan pagar dan peringatan kayu jatuh dari atas. Ini melibatkan kecuaian ditempat kerja.

Berdasarkan tiga faktor ini, sekiranya salah satu daripada tiga faktor diamalkan secara baik ditempat kerja, maka kemalangan ditempat kerja dapat dielakkan.

Selepas siasatan kemalangan, tindakan pembetulan dan pencegahan akan dilakukan. Supaya kemalangan seperti itu tidak lagi berlaku kepada orang lain.

Berdasarkan Seksyen 31, akta kilang dan jentera 1967;

“Kemalangan dan kejadian berbahaya hendaklah dilaporkan sekiranya.

1. Menyebabkan kematian
2. Menyebabkan kecederaan yang serius
3. Menyebabkan pekerja tercedera dan terhalang dari membuat kerja lebih dari tiga hari(cuti sakit lebih tiga hari).
4. Kerosakan serius kepada jentera atau harta benda.

Dibawah peraturan Pemberitahuan Kemalangan, Kejadian berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Keracunan Pekerjaan (NADOPOD 2004).

Seksyen 5 (1) :

Majikan perlu memaklumkan :

1. Dengan segera kepada Jabatan Kesihatan Keselamatan Pekerjaan(JKKP/DOSH).

2. Menghantar laporan bertulis kepada JKKP dalam tempoh tujuh hari.

Majikan perlu menghantar borang JKKP 6, 7 dan 9 untuk proses pemberitahuan kemalangan (Sekarang dah masuk sistem online).

Selepas satu tahun, semua laporan kemalangan akan dihantar sekali lagi sebelum 30 Januari mengunakan borang JKKP 8.

Untuk borang JKKP 10 ialah pemberitahuan keracunan tempat kerja atau kemalangan berkaitan bahan kimia.

Pihak Perkeso akan melalui JKKP untuk proses permohonan pampasan. Jika tiada laporan diterima, akan menyukarkan proses permohonan. Kemalangan semasa datang atau balik ketempat kerja tidak tertakluk dibawah kawalan JKKP.

Pampasan terbahagi kepada beberapa jenis iaitu :

1. Faedah Perubatan

Pekerja yang ditimpa bencana pekerjaan atau menghidap penyakit khidmat boleh mendapat rawatan perubatan secara percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital Kerajaan sehingga pulih sepenuhnya.

Bagi kecederaan parah, rawatan mestilah diperolehi dari hospital Kerajaan dan pekerja akan diberi rawatan di wad kelas dua. Rawatan pakar akan diberi, jika perlu.

Bayaran Ganti Belanja
Bagi caj rawatan yang diperolehi dari klinik bukan panel PERKESO, majikan atau pekerja boleh mengemukakan permohonan tuntutan ganti belanja dan bayaran tertakluk kepada kadar yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan atau mengikut Akta Fee 1951.

2. Faedah Hilang Upaya Sementara

Faedah Hilang Upaya Sementara dibayar kepada pekerja sepanjang tempoh cuti sakitnya yang disahkan oleh doktor dan mestilah sekurang-kurangnya 4 hari termasuk hari kemalangan. Walau bagaimanapun, Faedah Hilang Upaya Sementara TIDAK akan dibayar pada hari di mana pekerja hadir bekerja dan dibayar gaji.

Kadar Faedah Hilang Upaya Sementara
Kadar harian Faedah Hilang Upaya Sementara adalah 80% daripada gaji harian purata anggapan pekerja. Kadar minimum bayaran faedah adalah RM30.00 sehari dan maksimum RM105.33 sehari.

3. Faedah Hilang Upaya Kekal

Pekerja yang mengalami hilang upaya kekal akibat bencana pekerjaan boleh memohon faedah ini.

Kadar Faedah Hilang Upaya Kekal
Kadar harian Faedah Hilang Upaya Kekal adalah 90% daripada gaji harian purata anggapan pekerja tertakluk kepada kadar minimum RM30.00 sehari dan maksimum RM118.50 sehari.

Tempoh Tuntutan
Had masa membuat tuntutan adalah dalam tempoh 12 bulan dari tarikh terakhir hilang upaya sementara.

Taksiran dan Pembayaran
Tuntutan akan dirujuk ke Jemaah Doktor untuk taksiran hilang upaya kekal.

Sekiranya taksiran tidak melebihi 20%, bayaran boleh dibuat secara pukal.
Sekiranya taksiran melebihi 20%, 1/5 daripada kadar harian faedah tersebut dibayar secara pukal dan bakinya dibayar secara bulanan sepanjang hayat

4. Faedah Elaun Layanan Sentiasa(ELS)

Orang tanggungan layak menerima faedah ini sekiranya pekerja terlibat meninggal dunia akibat bencana pekerjaan.

Kadar Faedah Harian Yang Akan Dibayar
Kadar harian adalah 90% daripada gaji harian purata anggapan pekerja tertakluk kepada kadar minimum RM30.00 sehari dan maksimum RM118.50 sehari.

6. Faedah Orang Tanggungan.

Orang tanggungan layak menerima faedah ini sekiranya pekerja terlibat meninggal dunia akibat bencana pekerjaan.

Kadar Faedah Harian Yang Akan Dibayar
Kadar harian adalah 90% daripada gaji harian purata anggapan pekerja tertakluk kepada kadar minimum RM30.00 sehari dan maksimum RM118.50 sehari.

7. Faedah Pengurusan Kematian.

Amaun sebanyak RM2,000 akan dibayar sekiranya seseorang pekerja meninggal dunia akibat daripada bencana kerja atau semasa menerima Faedah Hilang Upaya Kekal berkala. Pembayaran faedah akan dibuat kepada waris-waris yang layak. Sekiranya tiada waris, faedah akan dibayar kepada pihak yang menanggung segala perbelanjaan pengebumian itu.

Jumlah bayaran akan dibayar sama ada jumlah sebenar perbelanjaan ataupun RM2,000 mengikut mana yang lebih rendah berdasarkan resit yang dikemukakan.

Nota : Kadar pampasan dan proses kelulusan permohonan adalah tertakluk dibawah Pengurusan Perkeso.

Rujukan dan bacaan lanjut:

1. Skim Bencana Pekerjaan.
https://www.perkeso.gov.my/…/skim-pe…/skim-bencana-pekerjaan

2. Mark A. Friend and James P. Kohn(2007) Fundamentals of Occupational Safety and
Health, Fourth Edition
ISBN-13: 978-0-86587-171-7

3. Guidelines on notification of accident, dengerous occurance, occupational poisoning, occupational disease, Department of Occupational Safety & Health Malaysia.
http://www.dosh.gov.my/…/599-06-guidelines-on-occupational-…

4. Occupational health,A manual for primary health care workers. WHO
Document : WHO-EM/OCH/85/E/L

5. Incident(Accident) investigation: A guide to employers. United State Department of Labor.

6. S. Anand Kumar(2017) Majikan jangan sembunyi kemalangan. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/node/283132


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.