Siapa sangka kediaman megah Althorp House milik keluarga Puteri Diana di London rupanya di bawah terkandung sebuah tapak kem Neanderthal manusia prasejarah.

Hal ini pertama kali dikesan semasa sepasukan Ahli Arkeologi sedang giat menjalankan ekskavasi pada sebuah tapak perkampungan yang dipercayai wujud semasa zaman abad pertengahan, mereka menemui kepingan cengkerang yang tidak jauh dari kem Neanderthal tertua sekurang-kurangnya 40,000 tahun.

Dari Kem Neanderthal > Kampung Olletorp  > Althorp House

Telegraph melaporkan bahawa ahli arkeologi berharap dapat menemukan lokasi perkampungan Olletorp abad pertengahan yang telah ditinggalkan berikutan wabak Black Death yang dahsyat melanda pada abad ke-14.

Penyelidik mengikuti firasat mendiang John Spencer, ayah kepada Puteri Diana yang mempercayai tapak perkampungan tersebut terletak 1000 meter (914 meter) dari arah

Serpihan Alat Paleolitik Yang Digunakan Neanderthal

sebelah barat kediaman milik keluarga bangsawan ini, iaitu rumah Althorp tersergam indah yang dibina pada tahun 1688.

Catatan mengenai Olletorp muncul dalam Domesday Book, manuskrip “Great Survey” pada tahun 1086.

Perkampungan Olletorp telah lenyap pada saat nenek-moyang Lady Diana membeli tanah harta pusaka pada tahun 1508. Ia telah menjadi harta keluarga Spencer sejak itu.

Ahli arkeologi dari Institut Arkeologi Digital (IDA) telah meninjau rumah zaman kanak-kanak Puteri Diana itu sejak setahun yang lalu. Pasukan ini menggali lubang dan parit, menggunakan teknologi radar yang menembusi tanah dan mengambil lebih dari seratus sampel dari tapak ini.

Kepingan Cengkerang Zaman Prasejarah

Zaman Neanderthal Di Kawasan Tanah Althorp

Pengarah Eksekutif IDA, Roger Michel menyatakan bahawa mereka telah menemui bukti mengenai penempatan manusia prasejarah zaman Palaeolitik (3,3 juta hingga 11,650 tahun lalu) yang mungkin merupakan kawasan penempatan bagi sekumpulan Neanderthal.

Penemuan karbon dari cengkerang laut yang diukir dari tapak ini menunjukkan bahawa berusia fosil ini sekurang-kurangnya 40,000 tahun. Ini menjadikannya salah satu penempatan tertua yang terdapat di Britain setakat ini.

Berdasarkan hasil dari proses radiocarbon dating, kawasan kediaman Althorp yang megah itu rupanya pernah menjadi penempatan bagi Neanderthal 40,000 tahun yang lalu.

Neanderthal diketahui berada di Britain seawal 400,000 tahun yang lalu. Terdapat bukti arkeologi menunjukkan bahawa ketika glasier( sungai ais yang bergerak perlahan dan

Illustrasi Sekumpulan Neanderthal

bersaiz besar) bergantian antara zaman ais, kumpulan Neanderthal kembali ke Britain sekitar 30,000 hingga 50,000 tahun yang lalu.

Kira-kira 40,000 tahun yang lalu, manusia moden(Homo-Sapiens) pertama kali menjejakkan kaki di Britain.

Oleh itu, penemuan tapak prasejarah di Althorp bermula pada masa ketika Britain menjadi rumah bagi dua spesis manusia berlainan dikala kewujudan Neanderthal mengalami kepupusan.

Serpihan cengkeramg laut dijumpai menunjukkan ia adalah tapak pembuatan alat Palaeolitik. Penyelidik tidak menyangka cengkerang itu akan menjadi sisa makanan Neanderthal kerana lokasi Althorp yang berjauhan dengan laut.

Neanderthal di Britain

Britain terkenal sebagai penempatan bagi empat spesis manusia prasejarah yang berlainan, termasuklah Neanderthal dan Homo-Sapiens.

Tapak Neanderthal dijumpai di Britain sekitar 400,000 tahun hingga 30,000 tahun yang lalu.

Awalnya, antara 180,000 tahun dan 50,000 tahun yang lalu tidak ada bukti wujud penempatan Neanderthal di Britain, walaupun mereka dapat ditemui di tempat lain di Eropah pada masa itu sehinggalah penemuan baru-baru di Alhtorp dibuktikan keberadaan mereka.

Bagaimanapun dengan penemuan ini bukanlah penutup akhir bagi kajian mengenai Olletorp, Tinjauan geofizik mendedahkan lebih banyak penemuan menarik yang memerlukan penerokaan selanjutnya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Leave A Reply