Akhirnya perang dagang (“trade war”) yang dinanti-nantikan semua telah meletus. Sebagai balasan kepada tarif import yang US kenakan ke atas 1,333 jenis produk China, China turut mengenakan tarif import setinggi 25% ke atas 128 produk US.
Kali terakhir US melancarkan trade war pun tahun 1930. Untung hidup zaman Trump sebab boleh menyaksikan perkara yang rare macam ini. Dan seronok juga melihat dua gajah (kuasa besar) beradu. Memandangkan perang nuklear tidak realistik, perang bakar duit pun jadi lah.
Tapi silap Trump mencabar China dalam hal ini. Bab perang ekonomi (“economic warfare”) ni China dah amalkan sejak abad ke-7 sebelum Masihi. Guan Zhong, perdana menteri Negeri Qi ketika Zaman Autumn & Spring ialah seorang negarawan yang berjaya memperluaskan empayar melalui strategi perang ekonomi. Belum kira lagi bagaimana China menundukkan Filipina menerusi “Perang Pisang” (2012-2016) di mana China memboikot pisang Filipina (eksport terbesar Filipina ke China) akibat isu Laut China Selatan.
Sebelum ni Trump dengan yakinnya kata “trade war is easy to win”. Tapi sekarang dah nampak macam U-turn. Dah ketaq lutut lah tu. Anti-klimaks betul.
Kalau nak berjaya dalam trade war, kena ada hubungan “asymmetric dependence” oleh negara diserang kepada negara penyerang. Contohnya macam Filipina. 21.5% daripada jumlah eksport Filipina ialah eksport ke China. Tapi eksport China ke Filipina hanya bernilai 1.0% saja daripada jumlah eksport China. Maknanya Filipina lebih memerlukan China, China tak kisah hilang pasaran Filipina. Itu yang buat Filipina kalah.
Dalam kes US-China, US ialah destinasi eksport terbesar China, sedangkan China hanya pengekspot no. 3 bagi US (selepas Canada dan Mexico). Tu yang Trump beria-ria nak kenakan China, sebab nampak macam China lebih memerlukan US.
Tapi masalah strategi Trump ialah dia pergi kenakan tarif ke atas barangan keluli dan aluminum yang hanya bernilai 2.0% daripada jumlah eksport China ke US. Eksport utama China ke US iaitu barangan komputer dan barangan telefon tidak disentuh. Sebab kebanyakan barangan ini berasal dari syarikat-syarikat US yang buka kilang di China (seperti Apple). Tak berani US nak kacau periuk nasi sendiri.
Tapi sekali China balas, kena dekat bullseye. Produk US yang dikenakan tarif oleh China termasuk tiga eksport US terbesar ke China: kacang soya, pesawat terbang dan kereta. Ketiga-tiga produk ini bernilai 26% daripada jumlah eksport US ke China. Sakit oii.
Yang lagi parah, semua produk ini ada pengganti dia. Kalau China tak import kacang soya dari US, dia boleh import dari Brazil atau Argentina. Kalau China tak import pesawat dari Boeing, dia boleh import dari Airbus. Jadi China tak rugi apa kalau tak import dari US.
Dan rasanya Trump baru sedar, pemodal dan pekerja tiga sektor ni sebenarnya ialah antara “voter base” dia: penanam kacang soya di negeri-negeri Midwest, tauke Boeing dan pekerja kilang kereta di Rust Belt. Time nak election ni silap besar menimbulkan masalah dekat mereka.
Jadi tuan-tuan dan puan-puan, ini antara contoh keputusan yang dibuat mengikut hawa nafsu, bukan ikut facts and figures. Tu yang akhirnya backfire dekat Trump.
Trade war US-China ini tak memberi kesan secara langsung kepada ekonomi Malaysia. Tapi kita wajar ambil iktibar untuk memastikan ekonomi kita tidak terlalu bergantung kepada mana-mana negara untuk mengelakkan blackmail sebegini. Dan itu sebabnya Malaysia mengamalkan strategi “diversification” dalam berdagang dengan semua negara.
(nota: peratusan perdagangan berdasarkan data tahun 2016)
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih