Hari ini adalah Mid-Autumn Festival, satu perayaan yang disambut oleh orang Cina, Korea, Jepun dan Vietnam. Cina panggil Zhongqiu (中 / Zhong = pertengahan, 秋 / Qiu = musim luruh), Korea panggil Chuseok, Jepun panggil Tsukimi, Vietnam panggil Tet Trung Thu.
Mid-Autumn jatuh pada hari ke-15, bulan 8 ikut kalendar Cina. Sebab tu tarikhnya berbeza setiap tahun.
Mid-Autumn selalu dipanggil sebagai Mooncake Festival. Istilah yang tak berapa betul sebab kuih bulan tu makanan sempena Mid-Autumun, bukan Mid-Autumn diadakan untuk makan kuih bulan (takkan nak panggil Aidilfitri pesta ketupat kan).
Mid-Autumn bertujuan untuk menyambut musim luruh. Semua perayaan utama orang Cina berkaitan dengan musim: Tahun Baharu musim bunga, Duanwu (Dragon Boat Festival) musim panas, Mid-Autumn musim luruh, Winter Solstice musim sejuk.
Orang Cina dulu sangat peka dengan peralihan musim sebab masyarakat Cina di China dulu adalah masyarakat petani. Musim bunga adalah waktu untuk mencucuk tanam, musim luruh pula untuk menuai.
Jadi, Mid-Autumn adalah hari masyarakat Cina meraikan hasil tuaian untuk setahun.
Orang Cina dulu juga merupakan animis yang memuja unsur-unsur alam. Orang Cina anggap Bulan purnama (full moon) pada malam Mid-Autumn adalah paling terang dalam setahun, maka Mid-Autumn dijadikan hari menyembah Bulan. Kuih bulan pada asalnya dipakai untuk pemujaan.
Macam-macam lagenda dicipta tentang Bulan. Antaranya lagenda pasal Chang E (嫦娥), seorang wanita yang lari daripada suaminya yang zalim dengan menelan ubat sakti milik suaminya. Selepas telan ubat, badannya jadi ringan dan terbang ke Bulan.
Chang E dianggap sebagai dewi Bulan, dan dia dikatakan ditemani oleh seekor arnab sakti.
Kenapa arnab? Sebab orang dulu-dulu nampak bayangan lubang-lubang di permukaan bulan macam seekor arnab yang memegang lesung batu (menumbuk ubat katanya, bukan menumbuk sambal).
Walaupun ia adalah dongeng, lagenda Chang E ni dah sebati dengan budaya orang Cina. Kerajaan China komunis yang tak percaya tuhan pun menamakan kapal angkasa lepas ke Bulan mereka sebagai Chang’e.
Cuma di zaman moden, upacara menyembah Bulan ini dah tak wajib dan kebanyakan orang Cina menyambut Mid-Autumn secara simbolik sahaja (makan kuih bulan yang tak disembah, pasang tanglung). Yang masih mengekalkan tradisi menyembah Bulan ni kebanyakannya suku Teochew.
Perayaan Mid-Autumn turut diamalkan di negara-negara yang menerima budaya Cina: Korea, Jepun dan Vietnam.
Sambutan di Vietnam agak meriah, siap ada tarian singa dan naga lagi. Dan ia juga dilihat sebagai “hari kanak-kanak Vietnam”.
Orang Jepun panggil perayaan Mid-Autumn sebagai 月見 / Tsukimi yang bermaksud melihat (mi) Bulan (tsuki). Kuih bulan versi Jepun dipanggil “dango”, yang juga dipakai untuk upacara menyembah Bulan.
Orang Korea panggil Mid-Autumn sebagai Chuseok (秋夕), yang bermaksud “hari sebelum musim luruh”. Sebab tu sambutan di Korea bermula hari ini, cuti selama 3 hari.
Pada hari Chuseok keluarga Korea akan buat upacara Charye mengenang nenek moyang. Orang Cina tak buat sebab ada hari yang khusus untuk tujuan tu (Qingming dan Chongyang).
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih