Tiada siapa sangka yang Kiub Rubik akan menjadi popular. Kadar jualan terawalnya pada Mei 1980 hanya biasa-biasa sahaja. Kalau tengok pada sejarah, kiub ini mempunyai dua asal-usul.

Pada Mac 1970, seorang pencipta puzzle bernama Larry D. Nichols telah mereka sebuah “kotak berpusing” dan berdaftar cap paten Canada untuk melindungi hakciptanya.

Dua tahun kemudian, Nichols melanjutkan cap paten ini di Amerika Syarikat. Sementara itu, Frank Fox pula telah menciptakan sebuah “alat hiburan” puzzle berpusing dengan cap paten United Kingdom pada 16 Januari 1974.

Alat Nichols.

Jadi Nichols dan Fox menawarkan sebuah permainan minda tersendiri. Tidak lama kemudian, ada orang ketiga pula. Emo Rubik sedang cuba kaji tentang struktur binaan – bagaimana sesuatu boleh berpusing tetapi tidak keluar daripada “landasannya”.

Kiub diciptanya juga menjadi alat pembelajaraan. Anak-anak muridnya belajar pasal model 3D dengan menggunakan kiub sebagai bayangan (Sagert, 2007).

Rubik pun pusing punya pusing kiub sendiri. Kemudian baru beliau sedar – “ini puzzle!” Jadi pada 30 Januari 1975, paten keempat pula masuk pendaftaran kali ini di Hungary.

Emo Rubik

Situasi ini rumit, tetapi semua pendaftar dianggap pemegang produk sah. Rubik memberi izin kepada seorang peniaga bernama Tibor Laczi untuk bawa kiub Pesta Permainan Nuremberg untuk mensensasikannya (Holper, 2006).

Seperti yang diceritakan, jualan terawal tidak begitu hebat pun. Orang tidak tahu tujuan Kiub Rubik. Rezeki Rubik teruka pada September 1979, apabila Ideal Toys mula hidu pasal Kiub Rubik. Bincang punya bincang, Ideal Toys dan Rubik mencapai kata sepakat. Sebelum menjalinkan persepakatan, Ideal Toys berdaftar cap dagangan untuk mengukuhkan nama “Kiub Rubik”. Ideal menggunakan pengaruh iklan televisyen dengan sentuhan akhbar untuk promosi.

Dan pada penghujung tahun 1980, Kiub Rubik memenangi Anugerah Khas Game of the Year di Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan United Kingdom. Setahun kemudian, satu dunia menjadi gila pada Kiub Rubik.

Pada tahun 1983, sebanyak 200 juta Kiub Rubik dijual di seluruh dunia. Pengaruh Kiub Rubik mendapat perhatian the Washington Post dan New Scientist. Mereka nampak permainan ini dijual kalah makanan segera tidak kira lapisan usia.

Populariti Kiub Rubik mencanak betul-betul selepas Munich mengadakan peraduan “speedcubing” (pusing paling cepat).

Dalam kalangan 200 juta pembeli, seberapa saja berjaya menyelesaikan Kiub Rubik sampai seorang profesor dalam bidang matematik mengeluarkan sebuah buku bagi menjelaskan helah dan strategi.

Pengembalian Kiub Rubik

Semua boleh faham kenapa Kiub Rubik boleh popular. Zaman itu tiada permainan video seperti hari ini. Media sosial pun tiada. Jadi semua pakat ada masa untuk memutarkan kiub sampai dapat jawapan betul. Malah kiub ini juga memberi manfaat kesihatan kepada pengguna.

Sesetengah orang berkata hilang stres kerana main Kiub Rubik… ada yang cakap lagi tambah stres. Entah mana yang betul. Akan tetapi dari segi saintifik memang banyak manfaat Kiub Rubik.

Populariti kiub ini hanya bertahan selama empat tahun sahaja, sebelum mula kecundang tanpa sensasi panas lagi. Sungguhpun begitu, orang ramai kembali berbicara pasal Kiub Rubik bermula tahun 2001. Acara speedcubing pun kembali pada tahun 2003, diadakan di Toronto dengan 83 orang peserta.

Kalau dulu orang ramai membeli buku dan perah otak cuba faham helah kiub. Sekarang orang buka YouTube untuk belajar kaedah betul.  Bagi orang yang boleh bersabar, Kiub Rubik memang terbaik. Tetapi orang tangan cepat menggeletar baik jangan main.

RUJUKAN:

Holper, P. (2006). Inventing Millions. Orient. Halaman 64-65.

Sagert, K. (2007). The 1970s (American Popular Culture Through History). Greenwood Press. Halaman 130.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.