Kebiasaannya penganut mazhab fikir Teori Konspirasi dan Anti-Vaksin akan menuduh sistem kesihatan konvensional sebagai penyokong utama syarikat farmaseutikal gergasi (big pharma) dalam memasarkan ubat-ubatan.

Rata-rata golongan tersebut mengatakan bahawa; kaedah perubatan berasaskan sains dan teknologi sebagai ‘falasi’, yang bertujuan untuk merosakkan tahap kesihatan masyarakat umum, khususnya golongan pesakit kronik yang perlu makan ubat.

Kata mereka, ubat-ubatan ciptaan Big Pharma adalah satu bentuk ‘racun’ sistemik; yang mampu membawa kesan sampingan buruk sehingga boleh beri mudarat kepada pesakit lebih daripada penyakit yang sedang mereka hadapi.

Golongan ini turut menuduh kakitangan kesihatan yang terdiri daripada doktor, ahli farmasi, jururawat dan lain-lain sebagai ‘jurucakap’ syarikat Big Pharma; dibayar gaji atau insentif lumayan berdasarkan KPI yang telah ditetapkan.

Hipotesis mudahnya adalah; semakin ramai pesakit yang didiagnos dan diberi preskripsi ubat, semakin kayalah kakitangan kesihatan tersebut.

Kenyataan berikut adalah satu pertuduhan jelik dan jahat, yang bertujuan untuk menjauhkan masyarakat daripada menerima rawatan di hospital

Modus operandi ‘fearmongering’ sebegitu rupa terbukti berkesan, lebih-lebih lagi mereka berjaya membuatkan orang ramai berasa skeptik dengan legitimasi sains.

Pada masa yang sama, orang-orang yang gemar menyebarkan dakyah songsang seumpama itu akan mengutarakan kaedah rawatan ‘alternatif’ yang mereka amal atau sediakan; kononnya terbukti berkesan, selamat digunakan dan kurang mudarat.

Apa yang lebih memualkan adalah, mereka tanpa segan silu menunggang agama secara rakus demi mempromosikan produk-produk atau rawatan alternatif yang dikatakan ‘menepati al-Quran dan al-Sunnah’; walhal realitinya tidak begitu.

Dalam pada mereka menuduh Big Pharma atau sektor kesihatan nasional dan swasta sengaja mengenakan caj perkhidmatan yang tinggi, ironinya mereka turut meletakkan tanda harga yang langsung tidak munasabah. Bak kata orang tua-tua; harga serupa Yahudi.

Masakan tidak, beberapa sesi kelas ‘beranak secara semulajadi’ pun boleh mencecah harga sehingga ratusan ringgit; meskipun tenaga pengajarnya bukan tergolong dalam kalangan pakar dan beliau dipercayai hanya memiliki ‘sijil kelulusan’ daripada YouTube dan Google semata-mata.

Ini termasuk jualan-jualan produk serta khidmat rawatan alternatif lain yang gigih menunggang nama agama Islam, seperti ‘jus sunnah’ atau rawatan berasaskan ‘Islam’; dengan mengenakan caj yang terlampau tinggi, sedangkan ia tidak disandarkan pada bukti keberkesanan.

Justeru, masyarakat umum harus bijak mengenalpasti kewujudan golongan-golongan rakus sebegini supaya kita tidak mudah tertipu dengan dakyah-dakyah songsang yang jauh daripada norma akal fikir sihat.

Memang benar, tidak ada salahnya pun jikalau seseorang individu ingin mengamalkan mana-mana rawatan alternatif yang diiktiraf badan kesihatan berautoriti; seperti perubatan tradisional, rawatan menggunakan herba dan sebagainya.

Cuma anda tidak perlu tuduh atau fitnah kaedah perubatan konvensional berasaskan sains dan teknologi; seolah-olah kesemua pengamal perubatan profesional kita, khususnya pakar-pakar kesihatan beragama Islam sebagai tidak amanah, rakus dan jahat.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sekadar penulis amatur.

Comments are closed.