Kadangkala jalan mudah sesak (jammed) walaupun di depan tiada kemalangan, tiada kereta masuk dari lorong lain atau tidak hujan. Apabila jalan mula tak sesak, kita pelik kenapa awal-awal tadi boleh sesak sedangkan tidak ada apa-apa pun.
Ini fenomena “phantom jam” disebabkan hanya kereta terlalu banyak.
Apabila kereta banyak, satu cara untuk pastikan kereta berjalan lancar ialah dengan memastikan setiap kereta kekalkan kelajuan yang sama dan berada dalam jarak optimum (tidak terlalu dekat atau tidak terlalu jauh) antara kereta lain.
Kalau kereta semua ikut rapat-rapat, dan satu kereta mula perlahan secara tiba-tiba akan mengakibatkan kereta-kereta di belakang pun akan ikut perlahan, lalu mengakibatkan kesesakan. Kesan domino.
Memperlahan kereta tiba-tiba boleh berlaku disebabkan oleh banyak faktor seperti memotong, ada orang masuk lorong dan sebagainya. Kalau kereta banyak, tidak sesuai sebenarnya memotong kerana akan bertambah sesak dan berlakunya “phantom jam”.
Ada kemalangan di seberang jalan pun boleh akibatkan “phantom jam”. Lorong anda tak ada kemalangan, tapi lorong sebelah sana ada kemalangan. Mesti ada yang perlahankan kereta tiba-tiba sebab mahu melihat kejadian tersebut. Macam gampang.
Baru satu kereta. Kalau banyak kereta macam ini? Bertambah teruk kesesakannya.
Menariknya, ada kajian dibuat cuma semut sahaja yang dapat elakkan “phantom jam” ini. Dalam satu lorong kecil, semut dapat bergerak dengan lancar walaupun mereka banyak.
Sebabnya apa? Sebab mereka mempunyai tujuan yang sama, mereka bekerjasama dan ada koordinasi. Manusia tidak sebegitu. Setiap individu di atas jalan raya mempunyai tujuan masing-masing, mempunyai kecemasan masing-masing dan kita berkecenderungan mementingkan diri sendiri di atas jalan raya. Yang penting urusan kita selesai dulu, urusan orang lain boleh pergi mampus.
Ada orang cakap, kalau semut pandu kereta, kesesakan pun berlaku. Tidak betul kerana manusia yang tidak memandu kereta pun boleh sesak seperti keluar stadium dan keluar masjid sewaktu solat Jumaat. Masuk ke dalam kereta api boleh sesak sebab berebut-rebut.
Maka, untuk selesaikan masalah trafik ini sebenarnya semudah mengurangkan penggunaan kenderaan peribadi dan banyak gunakan pengangkutan awam terutamanya kereta api. Sebab apa?
Sebab kereta api dapat membawa individu-individu pentingkan diri ini dalam satu koordinat yang tersusun.
Kita nak cepat ke, ada kecemasan ke, mahu tenang-tenang pergi Bulan ke, pergi mampus ke semua akan bergerak dengan kelajuan yang sama.
Namun, pengangkutan awam kita pun tidak begitu efisyen.
Sebab itulah ramai lebih suka menggunakan kenderaan sendiri. Teapi kalau efisyen, kesesakan jalan raya dapat dikurangkan sebab orang akan mengutamakan kenderaan awam. Kenderaan atas jalan raya dapat dikurangkan.
Di masa hadapan, antara tujuan utama penciptaan kereta pandu sendiri (autonomous car) adalah untuk meningkatkan kecekapan pemanduan dan melancarkan arus di jalan raya selain daripada untuk menurunkan kadar kemalangan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih