Fahrenheit 451 merupakan sebuah novel karya Ray Bradbury. Novel sains fiksyen ini merupakan salah satu novel dystopia yang diterbitkan pada tahun 1953, mengisahkan tentang pembakaran buku, di mana pada masa akan datang, pemilikan buku adalah satu jenayah dan ahli bomba (firemen) yang asalnya bertugas memadamkan api menjadi mereka yang menyalakan api untuk membakar buku-buku termasuklah tempat simpanan buku. Judul novel ‘Fahrenheit 451’ itu sendiri ditujukan kepada suhu kepanasan yang membakar buku.

Selain memenangi pelbagai pencapaian dari segi sastera, novel ini juga telah diadaptasi kepada filem, teater, drama radio mahupun beberapa koleksi cereka pendek oleh penulis sendiri. Bahkan, HBO juga bakal mengadaptasi Fahrenheit 451 ini ke dalam filem terbaru yang dilakonkan oleh Michael B. Jordan, bakal ditayangkan pada tahun 2018.

Plot cerita berkisar tentang masyarakat di Amerika Syarikat pada masa depan yang tidak lagi membaca buku dan hanya tertumpu kepada televisyen. Sekolah tidak lagi menjadi pusat ilmu, masyarakat kucar-kacir dengan jenayah yang berleluasa di samping peperangan yang berterusan meletakkan Amerika di kancah pembinasaan. Akibat pemusnahan dan ‘pengharaman’ buku, masyarakat tidak lagi mampu berfikir dengan baik dan hanya ‘disuapkan’ dengan televisyen yang melalaikan.

Watak utama novel ini adalah seorang bomba (firemen) bernama Guy Montag yang ditugaskan membakar buku-buku. Namun, pertemuannya dengan seorang gadis yang juga jirannya, Clarisse membawa persoalan yang tidak pernah terdetik di dalam fikirannya sebagai seorang pemusnah buku. Perbualan bersama Clarisse banyak menimbulkan tanda tanya dan sedikit sebanyak membantu Guy untuk berfikir tentang pelbagai perkara. Selain Clarisse, Guy juga berkomunikasi dengan seorang mantan professor yang bernama Faber sebagai dorongannya dalam mendalami buku. Pemusnahan buku dilakukan dengan berleluasa sehingga manusia yang masih sayangkan buku dan ilmu terpaksa menghafal buku-buku sebelum dimusnahkan, menjadikan mereka ‘buku’ yang hidup untuk menyebarkan ilmu kepada generasi akan datang.

Menerusi novel Fahrenheit 451 ini, sebuah buku itu amatlah berkuasa jika ia mempunyai 3 elemen penting.

1. Informasi yang berkualiti.

“Do you know why books such as this are so important? Because they have quality. And what does the word quality mean? To me it means texture. This book has pores. It has features. This book can go under the microscope. You’d find life under the glass, streaming fast in infinite profusion. The more pores, the more truthfully recorded details of life per square inch you can get on a sheet of paper, the more “literary” you are.”

Petikan di atas menunjukkan bahawa buku yang mengandungi informasi berkualiti itu adalah sangat penting. Informasi yang mampu mengubah pandangan, persepsi mahupun hidup si pembaca itu sendiri. Informasi di mana setiap kisah dan potongan ayat mempunyai maksud dan intisari yang terperinci. Buku-buku yang berkualiti mengisahkan tentang kehidupan secara menyeluruh, baik mahupun buruk sebagai satu intipati dan penghadaman oleh masyarakat. Oleh itu, penulis yang baik itu adalah penulis yang melahirkan karya-karya yang mampu menyentuh segenap aspek kehidupan sekali gus mempunyai kuasa untuk mengubah dunia.

2. Masa lapang untuk berfikir.

“But time to think? If you’re not driving a hundred miles an hour, at a clip where you cant think of anything else but the danger, then you’re playing some game or sitting in some room where you cant argue with the four-wall televisor. Why? The televisor is “real”. It is immediate, it has dimension. It tells you what to think and blasts it in. It must be right. It seems so right. It rushes you on so quickly to its own conclusions your mind hasn’t time to protest, “What nonsense!”

Dalam konteks ini, masa lapang (leisure) merujuk kepada masa yang digunakan untuk berfikir. Apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti lain seperti memandu, bermain mahupun menonton televisyen, kita tidak dapat berfikir dengan baik dan lebih mendalam kerana fokus kita akan lebih tertumpu dengan perkara terbabit. Namun begitu, sebuah buku mampu memberikan masa bagi pembaca untuk berfikir dengan baik. Menerusi aktiviti membaca, minda kita akan lebih mudah menerima informasi dan ilmu untuk proses pemahaman berbanding aktiviti lain. Justeru, buku yang baik itu mampu memberikan pembaca masa untuk berfikir dan mempersoalkan kembali sekali gus menghadam setiap potongan ayat yang telah dibaca.

3. Aplikasi ilmu.

“Number one, as I said, quality of information. Number two: leisure to digest it. And number three: the right to carry out actions based on what we learn from the interaction of the first two.”

Kita semua sedia maklum, membaca sahaja memang mudah. Namun untuk mengaplikasikan apa yang dibaca merupakan satu perkara yang sukar. Untuk menyebarkan kepada masyarakat adalah lebih sukar apatah lagi apabila berhadapan dengan masyarakat yang rata-rata lebih cenderung menghakimi si penyebar ilmu berbanding kandungan ilmu yang disebarkan. Apapun, buku itu merupakan objek utama dalam misi pendalaman seterusnya penyebaran ilmu. Buku yang bagus itu adalah buku yang membantu dan menggalakkan pembaca untuk berubah ke arah positiviti di samping mengajak masyarakat melakukan perkara yang sama.

Pengajaran.

“The fact is we didn’t get along well until photography came into its own. Then – motion pictures in the early twentieth century. Radio. Television. Things began to have mass. And because they had mass, they became simpler.”

Antara pengajaran paling utama yang boleh didapati menerusi novel Fahrenheit 451 ini adalah keselesaan masyarakat dengan teknologi yang semakin membangun. Bagi manusia, teknologi yang semakin canggih menjadikan segala-galanya lebih mudah dan pantas, dalam erti kata lain segalanya boleh didapati di hujung jari.

“School is shortened, discipline relaxed, philosophies, histories, languages dropped, English and spelling gradually neglected, finally almost completely ignored. Life is immediate, the job counts, pleasure lies all about after work. Why learn anything save pressing buttons, pulling switches, fitting nuts and bolts?”

Selari dengan plot yang berkisar di masa hadapan, di mana teknologi adalah ‘raja’, kebergantungan terhadap teknologi merupakan salah satu punca utama buku semakin dilupakan dan akhirnya lupus dan musnah di tangan pihak berkuasa. Hal ini menyebabkan tahap pendidikan dan literasi masyarakat semakin merundum. Teknologi yang semakin ‘pintar’ juga akhirnya menggantikan khidmat manusia dalam kebanyakan industri sekali gus mengakibatkan sikap malas semakin berleluasa di kalangan masyarakat.

“Give the people contests they win by remembering the words to more popular songs or the names of state capitals or how much corn Iowa grew last year. Cram them full of combustible data, chock them so damned full of facts they feel stuffed, but absolutely brilliant with information. Then they’ll feel they’re thinking, they’ll get a sense of motion without moving. And they’ll be happy, because facts of that sort don’t change.”

Hakikat manusia yang inginkan kegembiraan dan berpuas hati dengan mudah terbawa-bawa sehingga mereka tidak mampu berfikir dengan baik mahupun membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Manusia lebih menyukai informasi-informasi berbentuk trivia yang ringan dan tidak memerlukan daya fikiran dan pemahaman yang tinggi. Oleh itu, apa sahaja yang ‘disuapkan’ kepada mereka diterima dengan mudah, asalkan mereka merasa bahagia tanpa perlu berfikir panjang.

Justeru, membaca sahaja tidak memberi impak yang besar. Pembaca perlu memahamai dan mendalami isi kandungan bacaan agar dapat membezakan intipati yang baik dengan yang buruk, di antara pengajaran yang boleh dicontohi mahupun tidak. Pembaca juga perlu bijak mempersoalkan setiap informasi yang diterima dan tidak sewenang-wenangnya mempercayai apa yang dibaca bulat-bulat.

Kesimpulannya, Fahrenheit 451 berjaya mengetengahkan dan menekankan kepentingan buku dalam kehidupan. Tanpa buku, masyarakat hidup dalam keadaan yang merisaukan dan tidak mampu berfikir secara kreatif dan kritis. Masyarakat yang membaca merupakan masyarakat yang berfikir. Masyarakat yang berfikir seterusnya berpotensi menjadi masyarakat yang mampu melawan kezaliman, ketidak-adilan mahupun kekerasan yang berlaku dalam kehidupan seharian.

“The good writers touch life often. The mediocre ones run a quick hand over her. The bad ones rape her and leave her for the flies.”

Semoga setiap apa yang kita baca merupakan ilmu yang berguna untuk diri kita sendiri dan juga masyarakat sekeliling.

Rujukan:

  • Bradbury, Ray (2003). Fahrenheit 451 (50th anniversary ed.). New York, NY: Ballantine Books.

Trailer Fahrenheit 451 (2018):

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aku menulis kerana kalian membaca. And for that we compliment each other. Selamat membaca dan semoga terus setia; untuk aku yang bertemankan pena dan kalian yang gigih mendalami kata-kata.

Comments are closed.