Budak-budak zaman sekarang kalau bab hiburan gusti mesti fikir WWE saja. Tanggapan ini tidak salah. Sebab WWE sudah lama menguasai pasaran. Walau bagaimanapun, WWE bukan satu-satunya pemain industri baik zaman dulu atau sekarang.
Kalau tengok zaman dulu, WWE (pada masa itu WWF) sebenarnya sedang berperαηg dengan WCW. Memang pertembungan antara dua gergasi ini sangat serius, sampai mereka saling bertukar-tukar cacian antara satu sama lain.
Dunia gusti mencapai tahap kemuncak bermula tahun 1995. Pada masa itu, semua pihak sedar yang gusti semakin diminati sampai pengguna sanggup melanggan.
Jadi WWE pun bermesyuarat untuk mengenal pasti cara untuk 1) mengukuhkan kedudukan dan 2) mendominasi pasaran.
Lalu mereka membawa sistem baru yang dikenali sebagai The Attitude Era. Sebab itu semua perasan antara 1997 hingga 2002, WWE menawarkan persembahan yang lebih gαηαs, bahasa sangat kotor dan kandungan seκsi melampau.
Pendekatan ini amat menguntungkan WWE. Mereka berani buat apa saja pada ketika itu. The Undertaker campak Mankind daripada bumbung sangkar.
Steve Austin bawa perangai pemberoηtaκ. The Rock dengan gurauan melampaunya. Apa-apa saja yang boleh jual tiket, memang WWE pulun habis-habis.
Paling seronok adalah The Undertaker dan Kane sampai saling bακαr membακαr.
Populariti luar biasa WWE menjatuhkan WCW dan ECW. Dan akhirnya, Vince McMahon menandatangani persetujuan untuk beli rangkaian pesaingnya. Sekelip mata, McMahon memiliki WWE, WCW dan ECW – sekali gus menguasai pasaran gusti (Sabga, 2001).
Kedatangan Pesaing Baru
WWE semakin membosankan selepas berada di atas takhta. Makin lama, kualiti terjejas teruk. Berkali-kali jalan cerita berhenti dalam keadaan tergantung – barangkali kerana penggusti tidak mampu meneruskan (ada masalah kesihatan).
Banyak watak yang dikitar semula pun ada. Watak John Cena misalnya tidak berubah sejak tahun 2008, dan semua boleh nampak sedikit persamaan antara Cena dan Hulk Hogan. Belum lagi persamaan antara Randy Orton dan Steve Austin.
Dan “aura kegelapan” antara Undertaker dan Bray Wyatt pun jelas kelihatan.
Apabila kualiti terjejas, orang akan melayan pada dasar terpaksa. Dan pada waktu inilah akan timbul “alternatif” baru.
Dulu semua pernah dengar pasal TNA yang tidak begitu menjadi. Asalnya TNA dilancarkan Jeff Jarrett untuk mencabar kedaulatan WWE. Tetapi dalam tempoh lima tahun sejak pengasasan, TNA jatuh ke tempat ketiga angkara popularity Ring of Honor.
Kualiti TNA pun terjejas hingga terlepas kontrak bersama rangkaian Spike dengan masalah kewangan tidak kesudahan (Ahmed, 2018).
Jadi TNA memang tidak berjaya menjatuhkan WWE. Pihak WWE pun selamat di kayangan sampailah tahun 2019, apabila satu rangkaian baru timbul daripada dana Pakistan.
Seorang hartawan bernama Shahid Khan (pemilik Fulham) melihat peluang yang bukan main hebat dalam dunia gusti.
Lalu beliau mengasaskan All Elite Wrestling (AEW) dengan sekumpulan pelabur kaya-raya (Joyner, 2019).
Dalam masa dua tahun, AEW sudah berjaya mencabar kedaulatan WWE. Dalam masa dua tahun itu juga, ramai atlet WWE disebat AEW. Jim Ross yang menghiasi bahagian pengulas pun menabur bakti pada AEW.
Cuba tengok WWE. Perasan tidak yang Big Show sudah lama tidak muncul? Kenapa agaknya? Sebab Big Show sudah berhijrah ke AEW!
Dan pada 20 Ogos 2021, bergemanya Chicago apabila CM Punk muncul dalam AEW.
Dean Ambrose yang pernah berganding dengan Roman Reigns dan Seth Rollins pun beraksi untuk AEW sekejap. Cody Rhodes tersisih teruk bersama WWE. Masuk AEW, macam-macam beliau buat. Begitu juga dengan Chris Jericho, Rusev dan Matt Hardy.
AEW sekarang ini masih bertatih. Dan ia sudah menjadi rangkaian kedua paling laris di belakang WWE. Jika kualiti WWE kekal terjejas, tidak pelik satu hari gergasi paling besar jatuh ke tempat kedua.
Kerana penjagaan “branding” sebenarnya sama saja macam sukan-sukan lain. Kalau tidak konsisten, turunlah jawapannya.
RUJUKAN:
Ahmed, T. (2018, Oktober 2). Bracing for Impact Wrestling: Once the World’s Number Two Company, 2018 is Critical to Its Survival. Newsweek.
Joyner, K. (2019, Januari 8). Jaguars owners backing new wrestling venture. ESPN.
Sabga, C. (2001, April 11). ECW Files For Bankruptcy. IGN.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih