Ramai orang ingat drama Ertugrul ni pasal tokoh Islam semata-mata.

Sebenarnya drama ini juga mengandungi mesej tentang identiti “Turkic” Turki.

Turkic merujuk kepada rumpun etnik yang merangkumi etnik Turki, Azeri, Turkmen, Uzbek, Kazakh, Kyrgyz dan Uyghur.

Etnik-etnik dipercayai berasal daripada suku Turk yang sama, yang muncul di Pergunungan Altai (di sempadan China, Mongolia, Rusia dan Kazakhstan.

Suku Turk ini menyembah tuhan langit (Tengri) dan menjadikan serigala bernama Asena sebagai “totem” mereka.

Sebab tu istilah “tuhan” dalam Bahasa Turki adalah “tanrı”.

Dan orang Turki hari ini masih anggap serigala sebagai sebahagian identiti mereka. Ada kumpulan ultra-nasionalis yang namakan diri sebagai “Grey Wolves”.

Orang tak faham ingat diorang ni Illuminati ke apa.

Orang Turk mendirikan kerajaan Göktürk yang menguasai padang rumput Asia Tengah pada abad ke-6 hingga 7.

Selepas dikalahkan oleh China (Tang), Turk ni mula berpecah. Ada yang memeluk Islam dan berhijrah ke Asia Barat (wilayah Khilafah Abbasiyah).

Yang berhijrah ke barat ni namanya Oghuz. Oghuz tu nama “tribal confederation”, di bawah Oghuz ni ada lagi suku-suku kecil, termasuk Kayı yang merupakan suki Ertugrul.

Setiap suku ni ada “tamga” yang melambangkam identiti kesukuan masing-masing.

Pada asalnya, Kınık ni paling kuat, mendirikan Kesultanan Seljuq yang mendominasi Khilafah Abbasiyah (khalifah jadi boneka saja) dan juga Kesultanan Rum di Anatolia (waktu tu tak panggil “Turki”).

Selepas Kesultanan Rum dilemahkan oleh Mongol, maka Kayı di bawah Ertugrul dan anaknya Osman muncul sebagai ketua Turk yang baharu.

Osman mendirikan Dinasti Uthmaniyah dan cucunya mula memakai gelaran “sultan”.

Selain sultan, khalifah, pemerintah Uthmaniyah juga mempunyai gelaran khan/khagan, menunjukkan asal-usulnya sebagai Turk.

Selepas kejatuhan Uthmaniyah, identiti Turk kembali popular. “Turki” dijadikan nama negara, menimbulkan ketidakpuashatian orang bukan Turk seperti Kurd.

Walaupun identiti Islam kembali popular, identiti Turk masih ditekankan.

Pasukan pahlwan cosplay yang Erdoğan suka tayang tu merujuk kepada “16 Dinasti Turkic”. Bukan “pahlwan Islam” sebab separuh daripada 16 dinasti tu bukan Islam (termasuk Khazar yang beragama Yahudi).

Identiti Turkic ni penting kepada geopolitik Turki sebab negara Stan-Stan di Asia Tengah adalah negara Turkic.

Kalau menekankan identiti Islam semata-mata, tak dapat Turki nak sebarkan pengaruh sebab negara2 ini dah jadi sekular ateis sejak zaman pemerintahan komunis Soviet.

Sebab tu drama Ertugrul digunakan untuk mempamer soft power Turki sebagai abang besar Turkic.

Dan mesej Turkic drama ni memainkan peranan membina solidariti Turki & Azerbaijan (yang juga dari keturunan Oghuz).

Kalau main sentimen agama saja tak boleh sebab Azerbaijan ni Syiah.

Cuma sambutan Ertugrul di Asia Tengah tidak sehangat Azerbaijan.

Yang kelakarnya, Pakistan pula jadi negara paling pro-Turki sejak Ertugrul. Walaupun nama ada “stan”, Pakistan dan Afghanistan bukan negara Turkic.

Harap orang kita pun jangan perasan Turkic pula.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.