Pada peringkat awal penubuhan Kesultanan Turki Uthmaniyyah, kerajaan mula berkembang dengan pantas menjadi kerajaan yang kuat ketika era pemerintahan Sultan Murad I (1362-1389), dan Sultan Bayezid I (1389-1402). Ketika pemerintahan Sultan Murad I, Kesultanan Turki Uthmaniyyah mula merempuh benua Eropah dengan jayanya hingga baginda mangkat dalam Pertempuran Kosovo 1389 menentang gabungan negara-negara Balkan. Dalam banyak-banyak pertempuran sepanjang 27 tahun pemerintahan Sultan Murad I, terdapat satu pertempuran yang boleh di anggap antara pertempuran paling ajaib dalam sejarah dunia, iaitu Pertempuran Maritsa pada tahun 1371, kemenangan menakjubkan 800 orang tentera Turki Uthmaniyyah menentang 70,000 orang tentera Serbia.

PERTEMPURAN MARITSA 1371

Pertempuran Maritsa tercetus pada tanggal 26 September 1371 yang berlokasi di Sungai Maritsa, Greece sekarang. Pertempuran ini merupakan sinambungan daripada Pertempuran Maritsa 1364 akibat ketidakpuasan hati Raja Serbia iaitu Vukašin Mrnjavčević yang kalah ketika berdepan Turki Uthmaniyyah yang hanya berjumlah 5,000 orang walaupun tentera Serbia berjumlah 30,000 orang. Dalam Pertempuran Maritsa 1371, yang sekali lagi berlaku antara tentera Turki Uthmaniyyah menentang pasukan Serbia. Pasukan tentera Serbia ingin melakukan serangan besar-besaran ke atas ibu negara Turki Uthmaniyyah di Adrianople (kini dikenali sebagai Edirne) ketika ketiadaan Sultan Murad I di kota tersebut.

Kemaraan pasukan Serbia bersama kira-kira 70,000 orang tersekat di Sungai Maritsa apabila bertembung dengan sebilangan kecil tentera Turki di bawah pimpinan Lala Shahin Pasha dan Evrenos. Melihat kelibat puluhan ribu pasukan Serbia, beliau menyedari yang Turki tiada harapan untuk menang. Secara logiknya, mana mampu 800 orang menang berdepan 70,000 orang tentera. Dengan itu, Lala Shahin Pasha bertindak berpura-pura menyerah kalah kepada Raja Vukasin. Pada sebelah malam ketika tentera Serbia sedang nyenyak tidur, pasukan tentera Turki yang berpura-pura menyerah kalah tadi bertindak menyerang hendak kem tentera Serbia, (dan pelbagai lagi taktik hebat yang tiada dalam rekod sumber sejarah) menyebabkan pasukan Serbia menjadi huru-hara dan bingung. Akibatnya, hampir semua tentera Serbia berjaya di bunuh termasuk Raja dan saudaranya sekali di bunuh oleh 800 orang pahlawan Turki di bawah pimpinan Lala Shahin Pasha.

KESIMPULAN

Peperangan tersebut sebenarnya titik permulaan kepada siri penaklukan Turki Uthmaniyyah dalam menguasai wilayah Balkan yang ketika itu di perintah banyak kerajaan-kerajaan kecil, dan pihak gereja mula bimbang akan kebangkitan bangsa Turki hingga terjadinya Perang Kosovo 1389, dan Pertempuran Nicopolis 1396 yang dimenangi oleh Turki Uthmaniyyah menentang gabungan negara-negara Kristian Eropah.

RUJUKAN

Alyssa Faden (2014), September 26th, 1371 | The Battle of Maritsa, Sep 26, 2014

Battle of the Maritsa River. Encyclopædia Britannica. Retrieved 21-03-2018


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.