Shambhala ialah nama kerajaan berupa syurga yang pernah direkodkan dalam manuskrip Kalachakra Tantra dan kitab kuno Zhang Zhung dari barat Tibet. Namanya juga bermaksud ‘tempat yang aman’ atau ‘tempat yang sunyi’.
Mengikut budaya Tibet Buddhisme, Shambhala ialah kerajaan yang hanya diduduki oleh rakyat yang berhati suci, tempat di mana cinta dan kebijaksaan berkuasa, dan rakyat di sana tidak perlu menghadapi tekanan dunia dan tidak perlu risau untuk menjadi tua.
Shambala juga mempunyai banyak nama. Antaranya ialah Tanah Larangan, Tahan Air Putih, Tahan Roh Berseri, Tanah Api yang Hidup, Tanah Para Dewa, dan Tanah Keajaiban. Orang Hindu pula memanggil kerajaan ini dengan nama Aryavartha (bermaksud Tanah yang Layak). Orang China pula memanggilnya dengan nama Hsi Tien manakala orang Rusia kuno memanggil dengan nama Belovoyde. Namun orang Asia biasa menamakan kerajaan mistik ini dengan nama Shambhala atau Shangri-la.
SEJARAH KERAJAAN SHAMBHALA
Lagenda Shambhala bermula pada ribuan tahun dahulu dan kisahnya banyak direkodkan dalam beberapa manuskrip kuno. Manuskrip teks Hindu seperti Vishnu Purana pernah mencatatkan Shambala ialah kota kelahiran Kalki, iaitu identiti akhir dalam fasa inkarnasi dewa Vishnu. Namun catatan terawal yang menerangkan tentang Shambhala terdapat dalam kitaran masa India dan Tibet Buddhisme bernama Kalachakra.
Dalam konteks Kalachakra, Shambhala wujud dalam bentuk fizikal dan dalaman. Bentuk fizikal itu ialah Shambhala wujud berbentuk kerajaan yang hanya didiami oleh manusia yang mengalami karma baik. Manakala bentuk dalaman pula ialah tentang kefahaman Shambhala yang mewakili tubuh dan minda semasa bermeditasi. Shambhala dalam konteks Kalachakra ini kemudian diturunkan dari guru kepada pelajar secara lisan.
Berbalik kepada kerajaan Shambhala, Shambhala seperti Gunung Olympus, tempat tinggal dewa-dewi. Dalam erti kata lain, kerajaan kayangan versi Tibet. Dikatakan kerajaan ini pemula kepada pembentukan tamadun Tibet sebelum kewujudan budaya Tibet Buddhism dan mempunyai teknologi yang canggih setaraf kota lagenda Atlantis. Tambahan pula, hanya manusia tertentu dan berhati suci saja yang layak mengunjungi Shambhala.
PENCARIAN LOKASI SEBENAR SHAMBHALA
Oleh sebab kisah lagenda Shambhala banyak direkodkan dalam manuskrip dan kitab kuno Tibet, para pengembara seluruh dunia berusaha untuk mencari lokasi sebenar kerajaan ini selama berabad-abad. Ramai pengembara mengaku mereka telah tiba di kerajaan tersebut namun kesahihannya masih diragui kerana ketiadaan bukti fizikal yang menyokong penemuannya.
Namun melalui rujukan dan kembara-kembara lepas, lokasi Shambhala dikatakan berada di kawasan pergunungan Eurasia. Dalam kitab Zhang Zhung, lokasi Shambhala ialah di Lembah Sutlej atau pergunungan Himachal Pradesh, dua lokasi berada di India. kisah lagenda orang Altai iaitu kaum yang menduduki selatan Rusia, Gunung Belukha dari Republik Altai adalah ‘gerbang pintu’ menuju Shambhala.
Bagi sami-sami Buddha, Shambala terletak di tempat tertinggi dalam pergunungan Himalaya, iaitu pergunungan Dhauladhar. Tambahan pula, gerbang pintu menuju Shambala juga tersembunyi iaitu di kawasan kuil yang terbiar dan dijaga oleh makhluk yang digelar sebagai Penjaga Shambhala.
Tetapi sehingga kini, Shambhala masih tidak ditemui dan kekal misteri seperti kemisterian kota Atlantis. Malah, ekspedisi Na3i Jerman yang mencari kerajaan ini juga menemui kegagalan. Kegagalan ini menuju kepada konklusi yang mungkin tidak diterima akal iaitu Shambhala berkemungkinan wujud di dimensi lain dan memerlukan ‘jambatan’ untuk menghubungkan dunia ini ke kerajaan tersebut.
Konklusi ini menepati kepercayaan sami-sami Buddha Tibet yang menyatakan Shambhala ialah kerajaan yang sukar dicari dalam bentuk fizikal. Maka, konklusi ini diterima ramai walaupun ramai pengembara masih bertungkus-lumus mencari kerajaan utopia ini.
RUJUKAN:
Holloway, April. (5 April 2014). Mysteries of the Kingdom of Shambhala. Ancient Origins.
LePage, Victoria (1996). Shambhala: The Fascinating Truth Behind the Myth of Shangri-La. Quest Books. pp. 125–126.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih