Inilah rahsia kehebatan China di Olimpik. Latihan yang intensif sejak waktu budak-budak. Macam Chen Long tu masuk sekolah sukan pada umur 7. Sebab China sedar dari segi fizikal mereka kurang kalau dibandingkan dengan negara Barat. Jadi kena kuatkan latihan.
China menyertai Olimpik sejak 1928, tapi tak pernah dapat apa-apa pingat. Sampai orang ejek China sebagai “Sick Man of Asia”. Lembik, tak atletik.
Selepas 1949, China pecah 2. Satu Republik China di Taiwan, satu lagi Republik Rakyat China (komunis) di Tanah Besar China.
RRC boikot Olimpik dari 1956-1976 sebab ada Republik China. Selepas Republik China tukar nama jadi Chinese Taipei, baru RRC join Olimpik 1984. RRC ni lah China yang kita kenali hari ini.
Keputusan China pada 1984 not bad. Dapat 15 emas.
Dan dari 15 emas ni, 13 adalah dari gimnastik, angkat berat, menembak dan terjun.
China sebelum 1984 memang mensasarkan acara-acara ini sebab acara-acara ini sesuai dengan fizikal orang China (kemudian ditambah lagi dengan Ping Pong dan badminton).
Bila dilatih kaw-kaw, maka China jadi dominan dalam sukan-sukan ini.
Atlet dipilih sewaktu usia budak-budak, dalam umur 6-7. Jadi apabila mereka capai usia sama dengan atlet negara lain, mereka dah menerima latihan 2 atau 3 kali ganda atlet negara lain.
Kebanyakan budak-budak ini adalah dari keluarga miskin. Memenangi pingat Olimpik dilihat sebagai jalan singkat untuk keluar daripada kemiskinan (kerajaan bagi macam-macam ganjaran), jadi mereka akan buat sungguh-sungguh. Sakit macam mana pun kena tahan.
Pada tahun 1984, China dapat tempat ke-4 dari segi jumlah pingat. 1988 ke-11, 1992 ke-4, 1996 ke-4, 2000 ke-3, 2004 ke-2.
Untuk memastikan China jadi No. 1 semasa menjadi tuan rumah Olimpik 2008, China lancarkan “Project 119” untuk fokus dalam bidang di luar kekuatan China.
Dan seperti yang diharapkan oleh China, China dapat 48 emas (mengatasi US yang dapat 36 emas) semasa Olimpik 2008. Daripada 48 emas ini, ada 13 bukan 6 bidang kekuatan China.
Dengan itu China mencapai status “sports superpower” setanding US, Rusia, Britain dan Jerman.
Jadi 3 faktor yang saling berkait ini: Strategi (fokus bidang yang sesuai dengan fizikal bangsa), Latihan dan Motivasi (nak bersaing dengan US) menyumbang kepada kehebatan sukan China.
“体育强则中国强” (sukan kuat, maka China kuat) menjadi slogan popular China.
Cuma, semakin kuat dan kaya China, semakin kurang keluarga yang sanggup hantar anak-anak jadi atlet sebab dah ada macam-macam pilihan kerjaya.
Jadi China pun sedang cari cara baharu untuk kekal kecemerlangan sukan. Cara lama dah tak sesuai dengan perubahan sosioekonomi.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih