Tema “The Devil Judge” adalah “tyranny of the majority”.
Drama ni menyentuh tentang persoalan “adakah suara majoriti melambangkan kebenaran?” “Adakah keadilan dicapai sekiranya rakyat menjadi penentu segala-segalanya?”
Dalam drama ini, sistem kehakiman dijadikan macam sebuah reality show. Rakyat akan menentukan tertuduh bersalah atau tidak, menerusi undian di App.
“Rakyat hakim negara” ni sebenarnya pernah berlaku, iaitu di Athens pada 2500 tahun yang lepas.
Athens ketika itu mengamalkan sistem demokrasi langsung (direct democracy), di mana semua warga kota (citizen) boleh mengundi dan menganggotai kerajaan. Jawatan kerajaan diisi secara rawak, semua akan dapat mengikut giliran.
Warga Athens bangga dengan sistem mereka, sehingga kejadian “trial of Socrates”.
Socrates adalah warga Athens yang mengasaskan ilmu falsafah. Musuh Socrates menuduh dia sebarkan ajaran sesat, dan dia dihadapkan ke mahkamah yang dianggotai 500 juri dari kalangan warga Athens.
280 daripada 500 juri berpendapat Socrates bersalah, maka dia dihukum mati.
Kematian Socrates menyebabkan anak muridnya Plato menjadi pengkritik demokrasi yang lantang. Plato anggap demokrasi sebagai sistem yang zalim kerana keputusan dibuat oleh majoriti yang tak berilmu.
Ahli falsafah/sains politik selepas Plato pun anggap demokrasi langsung akan mengancam kebebasan individu. Mereka berpendapat tyranny bukan hanya berlaku apabila seorang pemerintah menyalahguna kuasa, malah boleh berlaku “tyranny of the many/majority” yang menindas minoriti.
Jadi mekanisme seperti “separation of powers” dan “checks and balances” diwujudkan sebagai pengimbang kepada suara majoriti. Dalam sistem demokrasi moden, rakyat juga tak buat keputusan secara langsung, tapi secara tidak langsung menerusi “wakil rakyat”.
Sistem ni dipanggil “liberal democracy”. Demokratik, tapi pada masa yang sama liberal (menjamin hak individu).
Sistem kehakiman dipisahkan daripada politik, supaya hakim boleh mengadili kes secara profesional.
Namun, pada tahun-tahun kebelakangan, arus “populisme” melanda Eropah dan US. Semakin ramai orang anggap sistem demokrasi liberal sebagai undemocratic, malah hanya memperkayakan “wakil rakyat”. Jadi mereka mahu lebih banyak control/kuasa.
Hasilnya mereka undi ahli politik populis seperti Trump yang tunggang nama rakyat, langgar sini sana, menghakis asas demokrasi liberal.
Di Korea Selatan, masalah korupsi yang berpanjangan juga buat orang takut populisme akan bangkit dan mengancam institusi demokrasi liberal.
Jadi drama ni memberi sedikit gambaran tentang bahayanya sentimen populisme yang boleh membawa kepada tyranny of the majority.
Kang Yo-han dalam drama ni adalah seorang “populist hero” yang menjunjung kedaulatan rakyat melebihi segala-galanya.
Mula-mula, penonton rasa syok tengok dia menghukum orang kaya korup. Tapi lama-kelamaan, boleh nampak sisi buruk kaedah “public trial” ini.
Tak ada jaminan orang tak bersalah tak akan dianiayai, jika sentimen orang ramai dijadikan kayu ukur untuk menjatuhkan hukuman.
Lebih-lebih lagi orang ramai buat keputusan ikut emosi, yang dipengaruhi oleh Kang menerusi persembahan media.
Ini adalah hint kepada ahli politik populis yang suka memanipulasi pendapat umum menerusi media sosial, yang fokus kepada sentimen/persepsi, bukan fakta/bukti.
Dan walaupun kelihatan sebagai people’s champion, Kang pun nampak ada agendanya sendiri. Rakyat hanyalah anak catur baginya menjatuhkah musuh.
Dari segi pemikiran, drama ni lebih deep berbanding Vincenzo, dan lebih depressing.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih