Sejarah kaum India bermula dari Zaman Gangsa pada 4000 SM di mana tamadun Indus adalah tamadun pertama dibina sekitar Lembah Indus. Pada 2500 SM, tamadun Indus mencapai zaman kegemilangan dengan pembinaan kota-kota megah seperti Mohenjadaro dan Harappa serta perkembangan perdagangan darat dan penghasilan produk tempatan.
Tahun 2000 SM, kaum India masuk ke zaman seterusnya iaitu Zaman Kebudayaan Vedik di mana ajaran dari kitab Vedik disebarluas kepada masyarakat dan sistem kasta diperkenalkan bagi mewujudkan kebudayaan sosial masyarakat India. Di zaman itu juga berlakunya peristiwa migrasi kaum Indo-Aryan dari barat daya India. Kemudian India utara berpecah kepada 16 buah kerajaan monarki dan milik bangsawan yang digelar sebagai Mahajanapada. Tambahan pula, ajaran selain kitab Veda berkembang pesat terutamanya ajaran Jain dan Buddha.
Pada abad ke-3 SM, kerajaan Magadha mulai berkembang dengan menguasai kota kerajaan lain, seterusnya terbentuk Empayar Maurya di bawah kekuasaan Maharaja Chandragupta Maurya pada 322 SM. Empayar Maurya mencapai rekod baru sebagai empayar terbesar meliputi hampir seluruh tanah India (kecuali sebahagian India selatan) sehingga menjangkau Afganistan dalam sejarah India. Maharaja Asoka iaitu cucu putera Chandragupta Maurya menjadi tokoh terpenting, sebagai maharaja yang pakar berstrategi dalam kempen perluasan jajahan. Nak tahu jalan hidup Maharaja Asoka, saya sarankan tengok filem Bollywood bertajuk Asoka lakonan Shah Rukh Khan.
Manakala India selatan yang tidak dikuasai dinasti Maurya, ia dikuasai oleh tiga dinasti utama iaitu Chera, Chola dan Pandya yang aktif melakukan aktiviti perdagangan laut dengan Empayar Rom Purba dan Asia Tenggara. Selepas keruntuhan Empayar Maurya pada 185 SM, India berpecah kepada banyak buah kerajaan kecil dan tiada suatu kuasa yang dapat menyatukan seluruh India sehingga akhir Zaman Pertengahan Eropah. Pada abad ke-4 Masihi, wujud sebuah kuasa empayar baru setanding dengan empayar moyang mereka.
Empayar Gupta (320 – 600 M) dapat menyatu seluruh India utara berkat penjajahan wilayah dan perkahwinan politik. Empayar Gupta mencapai zaman keemasan di mana perkembangan kebudayaan masyarakat berkembang pesat: kesusasteraan, sains dan kejuruteraan mencapai peringkat yang tertinggi, berkat kesejahteraan dan kemewahan empayar yang kukuh sistem pemerintahan. Namun, pencerobohan kaum Hun dan kekacauan aktiviti perdagangan di Asia Tengah menjadikan Empayar Gupta runtuh dan berpecah.
Antara abad ke-8 dan ke-10 Masihi, tiga empayar utama di lembah Ganges berada dalam konflik ekonomi yang melibatkan penguasaan kota Kannauj demi memperkayakan empayar melalui kota yang strategik itu. Dari kota Kannauj, di barat daya adalah Empayar Gurjara – Pratihara (550 – 1036), timur daya adalah Empayar Pala (750 – 1174) dan di selatan adalah Empayar Rashtrakuta (753 – 982). Sepanjang tempoh abad tersebut, kota Kannauj sentiasa berpindah tangan dan pada akhir abad tiada satu empayar pun berjaya menjajah kota Kannauj sepenuhnya kerana ketiga-tiga empayar terlalu fokuskan peperangan sehingga mengabaikan misi sebenar. Kemudian pihak bangsawan yang mewakili ketiga-tiga empayar berunding untuk mencapai keamanan.
Manakala di India selatan, dari abad ke-10 hingga ke-13 Masihi sebuah dinasti berjaya mengekalkan kuasa sehingga mampu menguasai seluruh India selatan iaitu Empayar Chola. Tidak sekadar penguasaan di darat, di laut juga Empayar Chola berusaha menjadi kuasa maritim yang menguasai jalan perdagangan laut supaya mudah berdagang dengan Arab dan China. Penguasaan maritim Empayar Chola membawa kepada penjarahan ke atas negara-negara kota Melayu di Asia Tenggara.
Kebangkitan dan kejatuhan empayar-empayar menjadikan India mempunyai kepelbagaian budaya mengikut ajaran agama. Agama Hindu, Jain dan Buddha telah sekian lama mempengaruhi budaya sosial masyarakat sehingga sebuah kerajaan mempunyai masyarakat yang mengamalkan ketiga-tiga agama ini.
Namun pada zaman pertengahan, agama baru muncul mempengaruhi masyarakat India, iaitu Islam. Islam bertapak di India pada abad ke-7 Masihi dan agama baru ini terlibat dalam konflik politik pada abad ke-12 Masihi di mana konflik politik di Asia Tengah memaksa rombongan kaum Turki pergi ke India utara. Kemudian Kesultanan Delhi ditubuhkan pada tahun 1206.
Di zaman kemuncak, Kesultanan Delhi menguasai India utara dan tengah serta berjaya mempertahankan empayar dari invasi kaum Mongol. Selama lima dinasti memerintah dalam tempoh 300 tahun, Kesultanan Delhi dilihat sebagai kuasa besar, simbol keamanan dan mempunyai sumber kekayaan berlipat-ganda. Manakala India selatan pula Empayar Vijayanagara (1336 – 1646) berkuasa dan sentiasa mempertahankan empayarnya dari perluasan kuasa Kesultanan Delhi yang semakin berkembang. Pada 1526, suatu kuasa baru kaum Turki muncul menguasai India sehingga membentuk empayar Moghul, mengakhiri kegemilangan kaum India di zaman pertengahan yang pernah dimiliki oleh nenek moyang mereka.
Kini, Republik of India terbentuk pada 1947 dengan populasi seramai 1.2 billion orang setelah melalui konflik bersejarah dari zaman kegemilangan Islam, zaman penjelajahan Eropah, penguasaan British, sehingga tuntutan memerdekakan tanah India dari masyarakat asal yang diketuai oleh Mahatma Gandhi. India sedang berusaha untuk mengekalkan kuasa ekonomi di darat dan maritim dengan peluang geopolitik yang ada bagi menandingi China untuk mencapai kembali kegemilangan nenek moyang terdahulu.
RUJUKAN:
- Sejarah ringkas dari video game Age of Empires II.
- Asher, C. B.; Talbot, C (1 January 2008),India Before Europe (1st ed.), Cambridge University Press
- Kulke, H.; Rothermund, D. (1 August 2004), A History of India, 4th, Routledge
- Ludden, D. (13 June 2002), India and South Asia: A Short History
- Singh, U. (2009), A History of Ancient and Medieval India: From the Stone Age to the 12th Century, Delhi: Longman
- Stein, B. (16 June 1998), A History of India (1st ed.), Oxford: Wiley-Blackwell
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih