Mesir Purba memang kaya dengan sejarah. Selain daripada sejarah, tamadun ini turut disebut tiga agama Ibrahim. Kerana di sini berlakunya dua kisah sangat penting. Pertama sekali, kisah Nabi Yusuf (as) yang memulakan episod Bani Israil di Mesir.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Kedua pula, kisah Nabi Musa (as) yang mengeluarkan Bani Israil daripada Mesir. Konteks Nabi Yusuf (as) adalah positif, iaitu semasa Hyksos menguasai Mesir Purba.

Manakala Nabi Musa (as) pula diangkat ketika Qibti kembali di Mesir Purba dengan seorang penguasa yang sangat berjaya tetapi terlalu angkuh.

Gambaran Keberangkatan Bani Israil.

Kerana latar ini, Mesir Purba memang takkan lekang daripada ingatan. Mesir Purba adalah pertemuan antara sejarah dan sirah bagaikan kucupan kebenaran. Inilah tamadun yang zaman kegemilangannya sungguh tidak terhingga.

Inilah tamadun yang banyak kerajaan menggigil dalam ketakutan semasa zaman kemuncaknya. Banyak Firaun Mesir hidup dalam keadaan serba mewah, bagaikan adikuasa dalam sebuah rantau. Namun ada sebuah kerajaan yang mungkin tersenyum saja apabila sebut pasal Firaun.

Memperkenalkan Bangsa Yang Agung

Sungai Nil banyak disebut dalam Kitab Bibel. Contohnya dalam Kitab Keluaran 15:18, Tuhan menokhtahkan suatu perjanjian dengan Nabi Ibrahim dengan firman bahawa tanah daripada “Sungai Mesir” ke sungai agung, yakni Sungai Eufrat, akan diberi kepada anak baginda.

Tengok secara kasar, Sungai Nil mengalir daripada Tasik Nasser dan melimpah ke Laut Mediterranean. Tetapi sebenarnya, ia melingkar sana sini dengan panjang 6,650 kilometer daripada bumi Sudan lagi.

Lingkaran Sungai Nil

Kawasan sepanjang Sungai Nil ini dipanggil Nubia, wajar dikatakan antara rahim manusia terawal kerana pengaruhnya daripada zaman 5,500 tahun dahulu. Di sini bangkitnya sebuah tamadun purba bernama budaya Kerma.

Lama budaya ini kekal di Nubia, hinggalah jatuh pada tangan Thutmose I sekitar 1500 S.M. Keturunan Thutmose I akan pegang Nubia selama 400 tahun. Tetapi warisan Thutmose I akhirnya terbµrai – dan bumi Nubia dipegang kerajaan Kush bermula 1070 S.M.

Kush adalah sebuah kerajaan merdeka yang minum daripada telaga Kerma dan telaga Mesir. Bagaikan dua kehebatan yang bersatu, Kush mula menunjukkan kepada dunia bahawa nilai kebangsaannya bukan primitif.

Dan Kush turut mencakar langitnya dengan mercu berpiramid, sama seperti Mesir Purba dulu. Ibu negara kerajaan ini berpusat di Meroe, sebuah kota sangat sesuai untuk bangsa ini… hebat dengan seni bina dan karya seni yang sentiasa mengagung-agungkan raja, ratu dan dewa.

Sebenarnya Kush mempunyai perlindungan geografi yang sangat strategik. Mesir Purba perlu menjaga diri daripada Assyria, Parsi dan Yunani. Kush cuma perlu mengawasi sempadan supaya Mesir Purba tidak cari pasal.

Bumi Meroe pula penuh dengan sumber alam. Jadi warganya dilatih untuk melombong emas misalnya. Limpahan emas ini pula mewarnai kuil dan istana Kush.

Piramid Kush.

Tidak pasti sama ada untuk menca.bar… atau sekadar suka-suka, Kush mempunyai lebih daripada 200 piramid di Meroe. Inilah fakta yang ramai tidak tahu: Sudan sebenarnya ada lagi banyak piramid daripada Mesir.

Sama seperti Mesir Purba, piramid-piramid ini menjadi lambang kebesaran Kush. Dalam zaman yang emas menentukan segalanya, siapa yang berani menghalang Kush?

Tambah pula Mesir Purba pada masa ini sudah mula mengalami kejatuhan. Akhirnya raja paling agung Kush bernama Piye (744-714 S.M) terus menakluk Mesir Purba untuk tempoh yang sangat lama sehinggalah ke 656 SM, apabila raja terakhir Kush yang bernama Tantamani memerintah. Ini menjadikan tempoh tersebut, Firaun Mesir ialah mereka yang berkulit hitam.

Meskipun sedemikian yang Kush tidak lagi memerintah Mesir apabila Dinasti Ke-26 naik, Kush tetap berdiri sehingga tahun 350 SM, melihat jatuh bangun Mesir Purba ini sebelum berpec.ah belah kerana pember.onta.kan dalaman. Dan akhirnya, kerajaan ini dimµs.nahkan Aksum, sebuah kerajaan baru di sekitar wilayah Sudan.

RUJUKAN:

Castellano, N. (n.d.). Rival to Egypt, the Nubian kingdom of Kush exuded power and gold. National Geographic.

Stirn, I., & Kushkush, M. (2020, Ogos 23). Why Sudan’s remarkable ancient civilization has been overlooked by history. The Smithsonian Magazine.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.