Perkahwinan adalah idaman ramai orang. Alam Melayu menantinya bagaikan kelengkapan fitrah. Dunia Barat pula mengimpikannya kerana lama anggap satu kejayaan peribadi.

Cukup lafaz, mulalah fasa lebih manis daripada madu… sebelum sedar diri dua-dua perangai macam Degawan dan Nenek Kebayan. Benda sama jadi di Malaysia. Benda sama jadi di Indonesia. Benda sama jadi di Amerika Syarikat.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Ada yang bertelingkah, berper.ang dingin dan berbµnµh-bµnµhan. Namun ada yang bercinta bagai nak rak… tetapi tiba-tiba bawa alasan entah apa-apa.

Macam “kita pµtµs sebab mak saya terima pinangan orang lain. Saya tak tahu pun. Kad kahwin pun dah edar. Saya serius tak tahu mende pun.”

Memang cincau betul.

Kejadian sebegini bukan berlaku di Malaysia saja. Amerika Syarikat pun ada, cuma alasannya lain sampai masuk dalam The Washington Post dan CNN-TV.

Memperkenalkan Pengantin Yang Melarikan Diri

Jennifer Wilbanks dan John Mason memang dua merpati sejoli. Mereka jatuh cinta dan berhubung mesra begitu lama. Dan kedua-dua pihak (dan keluarga) bersetuju untuk kahwin pada 30 April 2005.

Segala persiapan sudah dibuat. Tiba-tiba pada 26 April, Jennifer pula hilang. Apabila hilang, memang spekulasi teruklah. Pihak media bermain andaian, sampai ada yang tergamak cakap John membµnµh Jennifer.

Macam ayam tiada kepala dibuatnya. John dalam keadaan panik sentiasa takut, risau, resah dan gelisah sampai bajunya sentiasa basah. Nasibnya baik kerana spekulasi bµnµh hanya bertahan selama tiga hari sahaja.

Pada 29 April, Jennifer menghubungi John daripada Albuquerque, New Mexico. Terkejut beruk John dibuatnya – Jennifer dicu.lik seorang lelaki berbangsa Hispanik yang telah mence.marinya (Texeira, 2005). Cuma pengakuan ini sangat pelik kerana:

  1. Jennifer menghubungi daripada pondok telefon (katanya dibebaskan pencµ.liknya)
  2. Kemudian Jennifer menghubungi talian kece.masan untuk memberitahu apa yang berlaku. Katanya penc.µlik beredar, meninggalkannya “entah di mana”.

Tetapi pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat menghidu sesuatu yang tidak kena. Banyak persoalan berselirat dalam fikiran. Contohnya, kenapa penc.µlik susah payah ambil dan lepas? Kenapa di Albuquerque? Kenapa itu? Kenapa ini?

Faham-faham sajalah akal penyiasat yang dibayar gaji sangat tinggi. Bertubi-tubi FBI menghen.tam Jennifer, sampai akhirnya mereka diberitahu perkara sebenar.

Tiada siapa yang menc.µlik Jennifer pun. Jennifer katanya hanya perlu masa dan ruangan sahaja untuk keluar daripada tek.anan pra-perkahwinan. Walaupun sudah masuk dalam wad mental, Jennifer masih tidak terlepas daripada tµdµhan “false statement” (CNN, 2005).

Apabila diberk.as…

Tetapi beberapa hari kemudian, keluarga Wilbanks mencapai persetujuan dengan perbandaran Duluth. Jennifer hanya perlu bayar AS$13,000 sebagai kos ganti rugi.

Saman-Menyaman Macam Penyamµn

Tindakan Jennifer Wilbanks memang menghan.cµrkan mahligai perkahwinan yang belum didirikan pun lagi. Cerita belum habis. Jennifer mengemukakan perintah saman terhadap John Mason.

Rumusan saman:

  1. Jennifer berada dalam hospital mental dimana beliau memberikan kuasa rundingan kepada John.
  2. John berunding dan jual kisah mereka kepada seorang penerbit di New York. Mereka bersetuju dengan harga AS$500,000. Tetapi John menggunakan semuanya untuk beli sebuah rumah.
  3. Jennifer berpendapat AS$250,000 dalam rumah itu adalah miliknya. Jadi Jennifer pun tuntut bahagian ini. Tidak cukup, Jennifer turut menuntut pampasan AS$250,000.
  4. John membalas saman dengan tuntutan keced.eraan emosi. Kedua-dua pihak bersetuju untuk menggugurkan saman masing-masing.

Pada Jun 2010, Jennifer mengumumkan yang beliau sedang berkawan dengan seorang pengusaha landskap bernama Greg Hutson yang sudah dua kali bercer.ai (Cook, 2010).

RUJUKAN:

CNN. (2005, Mei 26). ‘Runaway bride’ (ditapiskan) with making false statement.

Cook, W. (2010, Jun 23). (ditapiskan) Bride Jennifer Wilbanks Finds Love. National Ledger.

Texeira, J. (2005, Mei 6). Fleeing bride-to-be’s tale opens old racial (ditapiskan). NBC News.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.