Baru-baru ini, kumpulan ahli arkeologi China telah menemui fosil burung yang berusia 120 juta tahun dulu di timur laut China. Namun, tengkorak fosil burung yang panjangnya 2 sentimeter ini menarik perhatian pengkaji kerana ia mempunyai persamaan dengan tengkorak T-Rex (Tyrannosaurus Rex), iaitu dinosaur karnivor yang pernah bermaharajalela di zaman dinosaur itu sendiri.

Bagaimana saintis tahu bahawa tengkorak burung yang hanya bersaiz seperti burung pipit ini mempunyai persamaan dengan tengkorak T-Rex? Adakah kedua-dua haiwan ini di bawah satu keluarga dan induk yang sama, kemudian berevolusi dan berpecah kepada dua kumpulan spesis?

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Imbasan CT terhadap fosil tersebut menunjukkan bahawa fosil itu adalah sejenis spesis burung terawal yang telah pupus bernama ‘enantiornithines’. Biasanya saiz burung enantiornithines hanyalah sebesar telapak tangan. Ada antara burung ini saiznya lebih kecil dari saiz lipas.

Walaupun bersaiz kecil, spesis burung ini mempunyai kepelbagaian jenis cakap dan sayap, menjadikan burung ini adalah antara spesis burung terawal yang begitu besar kepelbagaiannya. Sehingga kini, walaupun spesis burung ini telah pupus, ciri-ciri terdapat pada burung tersebut masih ditemui pada spesis burung-burung kini.

Menurut ahli paleontologi bernama Min Wang dari Chinese Academy of Sciences, burung enantiornithines yang mempunyai ‘tengkorak dinosaur’ tidak menghalang burung ini untuk berjaya menyebarkan spesisnya di seluruh dunia selama berpuluh juta tahun semasa fasa Cretaceous.

Pembentukan semula tulang-temulang fosil burung dari fasa Mesozoic

Mekanisme tengkorak fosil burung ini berbeza dengan tengkorak spesis burung kini. Biasanya rahang burung kini bergerak sendiri mengikut arahan otak tetapi rahang fosil burung ini seperti ‘berkunci’ dan tidak bebas bergerak. Tambahan pula, posisi otot rahang burung enantiornithines ini didapati sama dengan posisi otot rahang pada haiwan reptilia seperti buaya dan cicak.

Tambahan pula, bahagian belakang tengkorak fosil burung ini adalah sama dengan bahagian belakang tengkorak haiwan raptor, spesis dinosaur karnivor bersaiz kecil. Dengan keputusan ini, pengkaji mengandaikan fosil ini adalah bukti bahawa spesis burung terawal adalah hasil pembentukan evolusi dari kumpulan dinosaur kecil seperti Velociraptor dan Microraptor. Rahang burung kemudian berevolusi lagi menjadi rahang spesis burung kini bersesuaian dengan diet dan habitat tempat burung kini tinggal.

Velociraptor, satu-satunya dinosaur yang mempunyai bulu

Inilah salah satu bukti yang dapat mengukuhkan teori burung berevolusi dari dinosaur, teori yang dikemukakan oleh majoriti ahli paleontologi yang sekian lama diperdebatkan dalam kalangan mereka. Jika spesis burung enantiornithines pupus semasa kepupusan besar-besaran fasa Mesozoik (66 juta tahun dulu), mungkin spesis burung kini tidak mampu mempelbagaikan populasi mereka.

RUJUKAN:

Capella, C. (26 Jun 2021). This Tiny, 120-Million-Year-Old Fossil Has a T. Rex-Like Skull on a Bird Body. Science Alert.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.