Kentut ataupun buang angin merupakan antara salah satu tindak balas alami di dalam kehidupan. Kentut bukan sahaja datang dari manusia, bahkan haiwan pun turut kentut seperti lembu. Kentut kadangkala menjadi alat manusia untuk mengenakan antara satu sama lain. Bila membicarakan hal kentut atau buang angin ni, kadangkala memang bunyi nya kelakar. Isu kentut juga pernah dibahaskan di dalam Parlimen British sekitar 400 tahun yang lalu.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

House Of Common ataupun Dewan Rakyat United Kingdom (sama taraf dengan Dewan Rakyat Malaysia) merupakan sebuah tempat di mana kerajaan United Kingdom berbahas mengenai dasar-dasar negara mereka.  Ahli-ahli dewan ini dipilih oleh rakyat semasa pilihan raya yang diadakan di negara mereka tiap-tiap 5 tahun sekali.

Pada tahun 1601, Sir Henry Ludlow telah dipilih sebagai wakil rakyat bagi kawasan Andover dan kawasan Ludgherhall pada 1604. Pada tahun 1607, semasa Speaker membahaskan isu mengenai naturalisasi terhadap bangsa Scotland, Sir Henry Ludlow  secara tidak sengaja terkentut semasa mendengar speaker itu berbahas dan membuatkan semua hadirin yang ada di dalam dewan itu tergelak kerana mereka dapat mendengar bunyi kentut yang dihasilkan oleh Sir Henry Ludlow itu.

Menurut salah seorang ahli pembangkang, Nicolas Fuller, bunyi kentut itu menandakan Henry sedang sakit perut manakala seorang lagi, Sir Henry Jenkins mengatakan bunyi kentut itu tak adalah kuat sangat, tetapi baunya amat “harum”.

Ketika abad ke 17, undang-undang Dewan Rakyat menetapkan semua ahli hendaklah bersikap serius di dalam dewan kerana ia mencerminkan raja mereka dan kadangkala Raja England turut mencemar duli untuk mendengar perbahasan di dalam dewan.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Jadi, peristiwa  kentut tadi telah menjadi isu kerana dianggap mencemarkan kemuliaan Dewan Rakyat itu sendiri dan satu dikri telah dikeluarkan bahawa setiap ahli mestilah mengawal diri mereka semasa di dalam dewan atau pun bahasa mudahnya, kalau nak kentut, sila di luar, bukan di dalam dewan.

Satu puisi juga telah dikarang hasil dari peristiwa itu dan puisi itu menyindir ahli-ahli Dewan Rakyat mereka yang sering terkentut. Antaranya ialah Earl Oxford yang terkentut berhampiran dengan pengiring Ratu Elizabeth sehingga beliau hampir dipenj.ara atas tindakannya itu. Beliau kemudian mendapat pengampunan dan amaran dari tindakannya itu.

Kesimpulannya, walaupun kentut nampak biasa dan kadang-kadang menjadi bahan ketawa, kentut Sir Henry Ludlow pula bukan sahaja membuatkan dewan itu bergema, tetapi mengubah sejarah parlimen negara itu sendiri.

RUJUKAN:

Tadley and the Parliament Fart. Tadley and District History Society. (n.d.). https://www.tadshistory.com/https:/www.tadshistory.com/tadley-and-the-parliament-fart/.

McRae, A. B. and A. (n.d.). C. The Parliament Fart (1607-). The Parliament Fart (1607-) – Early Stuart Libels. https://www.earlystuartlibels.net/htdocs/parliament_fart_section/C0.html.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.